Sunday, June 10, 2012

MEDICAL CHECKUP

tadi aku ditemani mak ke hospital untuk buat medical checkup..
hah! dah kenapa sakit ke aku?
tak la, nak fly jauh ni..kena buat checkup..hee~

sampai je tanya costumer service, miss saya nak buat medical checkup..

pergi bilik no9 jumpa pegawai kesihatan..

~KAT BILIK NO.9..bagi semua dokumen, dan dapat flow untuk pergi pelbagai bilik dan kaunter.. pegawai kesihatan tu cakap terlalu pantas, nasib telinga masih tajam, otak tak bebal, dan dapat tangkap apa yang dia cakap..

pergi kaunter A amik no. giliran..tak ada masalah, sebab amik nombor je..hee~

pergi kaunter B, tunggu giliran..
TIBA-TIBA terlihat satu adegan..antara pekerja kaunter dan warga asing.
AWAK CEPAT SIKIT BOLEH TAK, NAK APA? BAGI IC! ( mak eh garang gile pekerja kaunter ni..)

aku pun tanya, mak boleh ke layan macam tu? dia kan kerja gomen, takkan layan orang macam tu..

ala dik dengan orang asing ni kena tegas, kalau tak kena pijak kepala.. mungkin orang tu dah strees kot, ramai orang hari ni..

akupun cuba la nak tengok muka makcik tu, actually macam kenal suara tu.. tapi ignore je la..

sampai giliran aku..TIBA-TIBA hai SISTER ROSNAH..(oke tu mak aku, baru naik pangkat oke, staff nurse ke sister) aku pun tak paham sangat flow pangkat nurse ni..

erk.. aku pun salam la mak cik yang bertegur dengan mak aku ni..

eh, ni bukan auntie zaini ke? auntie ke yang garang tadi? hehehe..

auntie zaini dahi dah berkerut..( nampak dahi je la sebab dia pakai mask)

amboi kau direct! nak buat apa ni..

nak buat medical checkup..

aik, dah besar2 pun heret mak lagi?

erk!( aku sentap kot, cari pasal ni..huhuhu)

mak aku pun menyelit, aku yang nak teman dia, bahaya sekarang anak dara jalan sorang2..

dah abis bayar semua, terus pergi buat ujian air kencing dan periksa xray..

~KAT BILIK X-RAY..
mak, kenapa semua pekerja lelaki?

memang lelaki la, bahgian xray ni..

erk? mak nanti teman masuk..

eh kau ni..mana boleh!

ala mak, semua lelaki tu, malu kot.. (Ya Allah lindungi la aku) aku pikir macam2..huh..

~kat bilik persalinan
lahai, aku memang benci betul part xray ni.. macam mana boleh terjebak ni..

tuk..tuk..tuk.. cik dah siap, boleh xray sekarang..

erm..pakai tudung boleh tak? dosa ni nampak aurat..

tak boleh cik, kejap je ni, darurat, tak pe koT..procedure memang macam tu..

erk! tak ada pekerja pompuan ke? segan la aku..

kejap je cik tak sampai berapa saat pun..

YA ALLAH AMPUN LAH DOSA KU SESUNGGUHNYA NI DARURAT..

keluar dalam keadaan muka tebal, dan memang berlaku dengan pantas proses xray tu..

dah selesai cepat2 aku keluar dari bilik tu,, rasa azab dalam bilik tu..
sumpah tak datang sini lagi dah..

~kat bilik doktor..

awak pernah masuk wad?
pernah, sakit darah keluar kat hidung..( aku tak tau sakit ape, aku cakap je yang aku tau )

tekanan darah rendah sangat! tau tak sebelum ni?
tau.. pernah check masa nak derma darah dulu..

ada sakit apa2 tak?
setakat ni tak ada, tapi tak tau la lepas doktor cek ada pulak.. ( aku geram, nama je doktor, tapi tanya aku ada sakit ke tak.. buat keje la elok2..)

huh..horror sangat buat medical checkup ni, macam2..

p/s: setelah buat semua nya, aku disahkan sihat walafiat walaupun tekanan darah rendah..

yours sincerely,
keeya mustafa

No comments:

wow awesome!