Thursday, July 19, 2012

kawal emosi,,jangan marah!


Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. *Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

*bila air panas dalam cerek menggelegak, mulalah dia naik histeria. sangat sinonim kan dengan ayat ini! Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.

Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka. MERDEKAKAH KITA?

Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu.
*Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan. *fikir dulu, baru bertindak, jangan main terjah je!

p/s : jangan marah-marah, nanti cepat tua, bila dah nampak tua, mulalah menjerit,
AAAAaaaaa keduuuut! tak dapat mak nak tolong!

yours faithfully,
keeya mustafa

Wednesday, July 18, 2012

santai c.i.n.t.a..yew! jiwa nye!

emergency! icu please! hahaha.. dah kenapa pulak kau ni? tiba2 je yop!
penyakit beli buku aku telah merebak dan sangat kritikal buat masa ni, menurut kata doktor dah tahap 4..hahaha,, positifkan penyakit ni, bukan senang nak dapat.. ni namanya penyakit ulat buku,, apa nak buat, dah terjebak melepak kat kedai buku..
kalau dah tersesat kat situ, memang sah beli satu buku, tangan mesti ada something, tak akan kosong keluar dari kedai buku..

ok! lupakan penyakit ulat buku,, aku sebenarnya nak kongsi satu buku yang kecil, simple, santai dan yang penting aku suka penulisnya! iaitu DATo' FAZLEY YAAKOB! ops! pembetulan bukan suka2! tapi suka karisma beliau..

owh ye! inilah buku nya!

*MOTIVASI SANTAI #cinta @FazleyYaakob
terbitan karangkraf, cuma RM9.90 sahaja

untuk makluman semua, buku ini beliau tulis untuk orang yang perlukan kata2 cinta a.k.a jiwang, ia juga sebagai panduan dan renungan bersama. buku ini sesuai untuk dijadikan pengganti diri dan pengganti sms bagi mereka yang sedang dan ingin bercinta.

erk? macam mana aku boleh terlibat membeli buku ini? *hohoho tak sajak langsung.. sebenarnya masa pegang buku ni, aku tak belek2 pun, terus je amik sebab dato' fazley yang tulis! ok bukan2! sebab minat dengan karisma dato' fazley. peace yaw!

dato' fazley menjadikan buku ini sebagai penghargaan kepada semua followers beliau di twitter.. *hohoho. terharu beta!

p/s : congrats Dato' Fazley, menang MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA YANG PERTAMA! wee~

yours sincerely,
keeya mustafa

Tuesday, July 17, 2012

HADIAH CINTA UNTUK ILAHI

salam semua, kita nak kongsi satu buku yang paling sesuai untuk makanan minda dan menambah ilmu agama. bak kata pepatah melayu 'menuntut ilmu biarlah sampai ke negara china'. jauhnya sampai negara china? bukanlah sampai ke sana, tapi maksudnya selagi masih bernyawa, ilmu perlu dicari kerana ilmu ada dimana sahaja dekat atau jauh, dengan ibu bapa kita juga kita boleh dapat ilmu, dengan guru atau pensyarah sudah semestinya. pepatah arab juga ada mengatakan 'menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim'.


*HADIAH CINTA UNTUK ILAHI NUKILAN MUHAMMAD RASHIDI BIN HAJI WAHAB
TERBITAN KARANGKRAF BERHARGA RM18 SAHAJA

penulis berasal dari kedah, baru berusia 27 tahun dan sedang melanjutkan pengajian diperingkat sarjana(MA)Usuluddin di UDM/UniSZA.

buku ini mesti kita miliki kerana terdapat kupasan Ramadhan dan ibadah puasa secara mendalam, lengkap dengan sejarah, panduan ibadat, kelebihan dan keistimewaan setiap ibadat, membantu memahami persoalan puasa dengan lebih terang, mendapatkan kualiti puasa yang optimum, memandu mengisi waktu ramadhan dengan mendekatkan diri dengan-Nya dan akhir sekali mendapat impak puasa yang unggul.

p/s : pada pendapat saya, buku ini sangat bagus kerana memberi penerangan yang teliti berkenaan puasa, penekanan perkara yang penting yang selalu dipandang ringan telah memberi kesedaran supaya lebih berdisiplin dan berhati-hati dalam melakukan sesuatu ibadat supaya diterima dan diberkati Allah. *testimoni saya :)

'SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK" BERSAMA KITA MENDEKATKAN DIRI PADA-NYA DAN SEMOGA SEGALA IBADAH KITA DITERIMA. AMIN. :)

yours faithfully,
keeya mustafa

Friday, July 13, 2012

ANAKKU..HIDUP SEKALI BIAR BERERTI

seperti biasa, kedai buku menjadi lubuk aku menangkap, mengait ilmu dan buku. sudut yang selalu menjadi persinggahan aku ialah sudut motivasi yang diterbitkan oleh karangkraf dan alaf21. menelek, membelek, mengimbas setiap tajuk buku, aku tertarik tentang buku ini :

*anakku.. hidup sekali biar bererti..nukilan AYAHANDA ANWAR NURSI
SATU PERINGATAN AGAR ENGKAU TIDAK ALPA
HANYA RM18.00.

kandungan yang paling menarik minat aku
1. NO BOYFRIEND NO PROBLEM
2. NILAI SEORANG SAHABAT
3. ANDAI MARUAH ITU KAU JAGA
4. SOLAT ITU MUDAH.. USAH DILALAIKAN
5. BERAKHALKLAH WAHAI PUTERA PUTERI KU

bila baca buku ni, aku rasa ayahanda anwar nursi ni terlalu dekat menasihati diri aku sebagai anak. nasihat beliau sangat bererti, meremang bulu roma dan menggigil bila ada nasihat dan peringatan yang berkaitan dengan hidup aku, kekhilafan aku, kesilapan yang aku buat dalam hidup. rasa kejadian ciptaan Allah yang sempurna ini telah aku cacat celakan. ASTAGHFIRULLAH, istighfar terluah apabila setiap yang ditinta dalam buku ini rasa tertuju pada diri ini. AMPUNILAH DOSAKU YA ALLAH! jadikan aku anak yang solehah dan tempatkan aku dikalangan hambaMu yang beriman.. amin..

p/s : memang betul takdir semua di tangan Allah, tapi kita sebagai manusia harus melakukan yang terbaik dalam hidup untuk menjadi yang terbaik di mata-Nya bukan di mata manusia sahaja.

ingatlah : Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka.

insyallah, aku akan kongsikan kandungan buku ini untuk kita bersama. moga ada kelapangan :)

yours faithfully,
keeya mustafa

Thursday, July 12, 2012

nama cute?

hari ni pergi pejabat pos, nak pos barang untuk sahabat tercinta kat ipoh tuh, tapi sebenarnya untuk anak sedara dia yang comel tu..

disebabkan telah terjebak dan terbabas berada di pejabat pos, aku teringat nak daftar jadi pemilih.. baru nak daftar? ye, baru nak daftar, kenapa dah lambat sangat ke? pak najib tak ada inform kat aku pape pun? bhahaha, besor betul pangkat kau..

akak yang beruniform biru mintak aku ic dan menyebut nama aku.. CUTENYE NAMA AWAK!
~erk? kak, nama kite tak cute, nama kite unik, kalau akak nak tau sape yang cute, cute tu kite la.. hee~ :) *ohmy perasan sungguh!

mana dapat nama ni?
~owh, nama ni kite beli kat tesco, satu huruf RM3!
main2 ye awak ni..
~betul la kak, kite jawab soalan akak elok je, tengok ni, keychain kite --> ade 5huruf, jadi RM15 la, ni tak campur lagi tali ala2 jam tangan ni..

ok2, maksud akak, sejarah nama ni?
~abah kite bagi, amik dari surah Al-Waqi'ah..
owh ye,tu macam pernah dengar.. betul cute ni..

dah siap daftar, seperti biasa habis je urusan, ucapan terima kasih sebagai penutup.. dengan lurus bendul nye, aku cakap --> TERIMA KASIH KAK, CAKAP KITA CUTE..hee~ :)

p/s : akak tu cakap : tahun ni awak tak boleh mengundi taw, kena tunggu tahun lain.. ~owh ye? pape je la kak, janji dah daftar, dah buat tanggungjawab, kalau undi nanti pangkah yang buat kerja elok2, bukan yang kuat songlap..syuuuu...

yours sincerely,
keeya mustafa

Wednesday, July 4, 2012

si adik 1st day outsider!

today!
belanja adinda kesayangan hamba makan kat kenny..
actually, belanja dia sebab she got 8As! hooyeah!
memang agak lambat untuk belanja dia atas kejayaan yang diraih.
mana tak nye, dia dapat result bulan 12 last year, aku belanja dia bulan 6 this year..makan setengah tahun juga nak menunaikan janji..hee~


*tengok muka dia, gembira sungguh dapat makan spaghetti! TANGY CHICKEN SPAGHETTI!

lagipun adik aku dah sekolah teknik, sebelum ni duduk kat asrama, dah 5bulan kat sana, tiba2 nak jadi outsider pulak! layankan je la budak2 zaman sekarang ni, macam2!
untuk melayan budak kempunan ni, aku dah sampai dulu kat angsana dan tunggu dia kat sana. sampai je dia kat sana, dia call aku tak dapat, jumpa2 je dia muka dia dah lain.. hahaha,, sumpah budak ni nak nangis.. tergelak aku tengok..

~KAK! NAPE TAK ANGKAT FON..*muka merah padam..
~ALA TUNGGU KEJAP JE PUN, TAKKAN AKU NAK TINGGALKAN KAU, KAN DAH JANJI KAT SINI..NAK NANGIS LA TU?

pang! senget punya budak, belasah aku dengan buku!
amik kau kena tonjol kepala dengan aku..+ aku gelakkan dia kaw2!

terus pergi kenny, dan mak datin ni order mengikut cita rasa beliau..

*tengok ni budak yang betul2 lapar! sungguh gelojoh nye!

so, disebabkan hari ini hari pertama dia bergelar outsider, dan tak pernah serta tak tau macam mana nak balik naik bas, aku pun berkorban untuk hari ni, demi mengurus dan teman dia supaya selamat sampai ke rumah dengan selamat. tunjuk segala bas yang ke sana ke sini, no bas itu dan ini, tekan loceng begini dan begitu, cakap begini dan begitu.

mula2 dia pening juga, maklumlah tak pernah survive sendiri untuk naik kenderaan awam yang bernama BAS TAMBANG, selalunya naik cab je.. dan setelah diterangkan dengan nyata, she looks ok! walaupun agak risau sebenarnya, takut adik aku ni tak sampai rumah. serisau aku ni, mak aku yang paling risau, sebab adik aku ni first time ever katanya.

insyallah, you can do it adik! lagi pun kau dah 16.. tak tau tanya, kalau tak tanya sesat jalan..

p/s : masa sekolah dulu aku merasa pergi sekolah jalan kaki macam mana, tak perlu bas sekolah, sebaliknya adik aku sekolah pagi petang akan ada bas sekolah yang jemput. kalau tak, mungkin aku macam adik aku, berkerut-kerut nak naik bas mana satu.

yours sincerely,
keeya mustafa

Tuesday, July 3, 2012

MUTIARA RINI HILL

sudah lama tak mengepost entry nampaknya! ini disebabkan
~~~we're here! MUTIARA RINI HILL!

hooyeah! hooyeah!

selamat berpindah ke rumah baru, yang tersergam indah..
rumah 2tingkat 4kamar tidur dan 3kamar mandi..

masa rumah ni belum siap, aku ikut abah pergi tinjau2 dan fikir nak ubah elok rumah ni macam mana.. so, bila first time tengok dan masuk rumah ni, MACAM PERNAH AKU MASUK RUMAH INI TAPI DI MANA YA?

owh ye,design rumah ni sama dengan rumah kawan aku yang kat kajang tu,, hahaha,, sebijik sejiban.. ooooo, arkitek ni tiru design ke macam mana ni.. mungkin kebetulan idea sama ataupun memang arkitek yang sama design.. heh, tak tau la..

dan sekarang dengan kerjasama earth equipment company, siap sudah semua ubah elok rumah ni..banyak2 part, aku suka dapur! sangat cantikmeh,macam kat hotel kau! baru semangat nak masak.. boleh la jadi master chef lepas ni.. bhahahaha...

* beginilah rupa dapur idaman ku!

owh ye, aku jealous dengan mak abah ni, hah? sebab apa pulak? sebab master room dia bapak besar punye! abah siap buat lib mini lagi dalam bilik dia! yang best nye, buka je tingkap,memang dapat cahaya matahari secukupnya, design bilik dorang pun macam kat hotel dah aku tengok.. tapi takpe la jealous sikit je, yang penting impian abah nak duduk rumah macam banglo dah tercapai..design memang class la.. memang puas hati.. owh ye,gambar bilik pun tak kan nak masukkan jugak.. tak payah kot..

bilik kami, adik beradik, lagi awesome,, tapi takpayah cerita panjang la, biarlah rahsia *bak kata dato' ct..bhahaha..

bilik air a.k.a jamban..memang style hotel.. senang cerita semua part aku bagi 5stars la..hahaha..over bebenor..

dan yang penting, setiap petang aku round taman dengan my tenggiling.. tenggiling sekarang dah ada pakwe..hehehe..beli rumah ni, dapat mountain bike kot! wee~ tak ada sape nak bawak dia.. tapi disebabkan rumah ni agak jauh dengan kedai,aku memerlukan khidmat mr.bike ni..memang ada motif aku menggunakannya, mana la tau malang kan tak berbau, kalau la hilang tak la peras menonggeng aku, ye la kan bike free..kalau tenggiling aku yang hilang? wah!! tok dopek den bayang kan..sob..sob..

p/s : raya sakan la tahun ni deme sume..kuangkuangkuang..of course la! peace yaw!

yours sincerely,
keeyamustafa

wow awesome!