Thursday, June 21, 2012

buku tengok kita!

dalam tahun ni,
berapa banyak dah baca buku?
berapa kali pergi kedai buku?
berapa kali pergi library?
berapa banyak pinjam buku?

jawapan aku cuma satu, BANYAK KALI KOT! bhahaha..
rak buku kat rumah ni pun dah penuh,melimpah ruah buku2.. tapi bacanya bila ada mood..
pergi library, pergi kedai buku, beli buku dah macam hobi, kalau tak pergi tak boleh duduk diam, dah macam cacing kepanasan..

osem kan hobi aku.. kumpul buku dalam masa yang sama buat perangkap habuk..
DAN
satu hari tu, aku pergi satu ceramah, ustaz ni semangat membahaskan MALAS BACA BUKU. WHY?

statement buat aku sentap :
KENAPA MALAS BACA BUKU?
KAN KITA NI KURANG ILMU
KATANYA MAHU ISLAM MAJU
TAPI MALAS BACA BUKU!

ofcos aku terdiam kalau dah speaker sebelah telinga, suara dia pulak loud2 gitu..hohoho.. balik rumah terus termenung tengok rak buku.. rupa2 nya buku ringan yang banyak buku serius,buku pengetahuan kurang banget sih..

buku ringan maksudnya macam novel tu, memang beratur la kat rak tu, makan sampai 2tingkat rak.. tu semua koleksi aku..

buku serius macam buku sirah sejarah pun ada, tapi tu semua bapak aku yang punya..btw aku pun terjebak jugak la baca daripada tak kan..

mungkin satu penyakit kot, bila baca novel mata terang benderang,baca dalam gelap pun boleh lagi..
tapi part baca sejarah ke kitab2 terfaktab ni cepat pulak nak menguap la,mengantuk la, terlentuk la, terang ke gelap ke kompom lena.. senang cerita, inilah ubat tidur terbaik di dunia..

MULA2 KITA TENGOK BUKU, LAMA2 BUKU TENGOK KITA!

entah la ea..ke aku sorang je macam ni.. korang macam mana?
owh ye aku terbaca jugak ada budak ni spesis macam aku..nak tau cerita dia baca rencana kat bawah ni..
RENCANA : Semakin Ramai yang Membaca



Apa2 pun bagi aku buku ringan ke buku serius ke, tetap ada terselit ilmu yang berguna bukan hiburan semata..owh ye, yang penting majalah artis2 memang tak ada kat rumah ni,macam bengong je nak baca pasal artis, tak bosan ke,maksud aku apa paedahnya?ngee~

Dan untuk renungan bersama :
Daripada Anas bin Malik r.a Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud,

"Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim."

(riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la)

p/s : Dianjurkan untuk menuntut ilmu di mana saja kita berada,kerana apa yang kita lakukan adalah mengikut ilmu yang kita ketahui.

ypurs sincerely,
keeya mustafa

No comments:

wow awesome!