Saturday, June 2, 2012

masih di sini

malam aku di cuit dengan mimpi tentangnya lagi
dia ingatkan supaya berjumpa adik2,
ada yang merindu di sana,
subhanallah,
aku terjaga dari lena,
masih ingatkah mereka pada aku?
insya allah,
hari ini aku ke sana,
mungkin ada hikmah di sebalik mimpi ini.

RUMAH ANAK2 YATIM BARKAT! :)

dah lama
tak jejak kaki di sini
dah lama
sejak dia tiada
dah lama
tanpa berteman ke sini
dah lama
tidak bersama mereka

dia selalu bawa kau ke sini,
dia yang kenalkan aku dengan mereka,
dia yang selalu gembirakan mereka,
dia buat mereka tertawa dengan jenaka.

sekarang aku di sini,
alhamdulillah,
mereka masih ingat aku,
tapi ada pertanyaan yang membuatkan aku sedih,
lama tak datang ke sini? mereka tahu sebabnya.

mungkin sekarang baru aku redha dengan pemergiannya,
kerana sekarang aku baru kuat untuk jejakkan kaki ke sini,
kerana mungkin aku sedar dan ikhlas dengan apa yang aku buat untuk mereka,
mungkin dia sedang tersenyum melihat aku di sini.

ramai adik2 baru,
ramai adik2 yang melangkah keluar,
ramai adik2 yang mencari pengalaman,
ramai adik2 yang berdikari,
mereka berjaya melalui setiap fasa di sini,
atas didikan umi dan abi.

p/s : tidak sangka aku masih di sini, memang seperti dalam mimpi, rasanya baru semalam aku ke sini.

terima kasih kerana masih ingat kami, walau sudah lama tidak ke sini. belajar untuk ikhlas di sini bukan hanya kerana dia tapi hanya kerana Allah.

yours sincerely,
keeya mustafa

No comments:

wow awesome!