Thursday, May 31, 2012

tinggal jejak TELUK BIDARA :)


*ni titew punye lomomo! punca kemeriahan hari ini! LETS START DUDE!


*awan nano! terbayang si rambut kembang :)


*tengok tu air laut BIRU!!! laut ke teluk? TELUK BIDARA la.. cantek!!!


*picnic taw! bersama wajah kesayangan hamba! bukan2..*pikir lain nampak..hee~


*kami punya keje :)


*DILARANG MANDI! sob.. sob.. patut la cantik, terpelihara daripada pembuangan laburan orang..hee~ tapi aku jumpa je budak tengah mandi, budak kat kampung situ la.. oke aku tutup mata, budak2 tu tak pakai apa2..lahai!

p/s: oke! tak buleh upload bebanyak! sikit2 sudah! nanti aku show off lagi oke!

yours sincerely,
mumuwawayaya

Wednesday, May 30, 2012

WWW 1

wah sebelum ni hot pasal bidaan WWW ni..

dan kelmarin WWW 1 milik TUANKU SULTAN JOHOR!


sumber : aweno world


*keratan akhbar kosmo

sumber : NEGARAKU.my

wah bangga sungguh rasanya menjadi rakyat johor..

nanti raya pertama mak titew keje,

so dah planning raya pertama nak raya singgahsana TUANKU la..

wee~

asyik dengar kawan aku cerita je, jeles aku, teringin jugak..
dorang cerita, time salam dapat duit raya, dorang boleh u-turn balik beratur dan dapat duit raya lagi... wah2 korang..

oke tu cerita dorang masa zaman remaja dulu2.. sekarang kalau buat macam tu harus rasa muka tu tebal sebab sekarang dah muda belia la katakan.. kuang,,, kuang,, kuang...

p/s : aim kereta WWW 1 tu, agak2 boleh amik tak gambar dengan TUANKU bersama kereta???
wah keinginan melampau! tapi mintak2 dapat!

TUANKU SULTAN JOHOR MESRA RAKYAT! awesome!

yours sincerely,
keeya mustafa

award!



korang ade?

aku TAK ade! sob.. sob.. sob..

kalau aku tak ade, habis tu ni sape punye?

ni ZIZANG RAZAK punye la..

aku rompak jap..

lahai maklum la mood ganu sekarang ni..

hahaha.. melampau betul menginspirasikan mood ni kan!

ade aku kisah!

p/s : currently at lalalalala GANU KITE! jangan jelly!

yours faithfully,
keeya mustafa

Monday, May 28, 2012

tenggiling ooo tenggiling!

ke sana ke sini dengan tenggiling!

tenggiling?

oh yeah!

tenggiling 1 :


tenggiling 2 :


hahaha..fixie HTG ropa nye!
*klik fixie HTG (lagu untuk tenggiling!) romantik siot!

cuba teka mana satu aku punya?
yang biru2 semangat perpaduan ke?
yang gold2 kuning di raja tu?

hehehe.. yang penting mantol sangat!

p/s : naik tenggiling! badan sihat otak cergas! lalalala punya teman comel dan manja "tenggiling"!

pembela tenggiling,
keeya mustafa

ibuku duniaku :)

korang macam pernah dengar tak tajuk entry ni?

ni tema hari ibu tv3.. IBUKU DUNIAKU! :)

bukan2...
aku tak sambut hari ibu taw!
hari ibu kan hari2..

aku cuma tertarik dengan lagu selamat hari ibu yang HUJAN dendangkan..

setiap kali iklan lagu ni kat tv, mesti aku nyanyi depan mak aku, tapi sedih la mak aku cakap lagu apakah itu? membaca ke menyanyi? hahahaha,, kuciwa i, i sentap u..

dan akhirnya setelah mendapat full lyrics,,
aku dah dendangkan sendiri depan mak aku,, korang ade? hahaha..

dan akhirnya juga mak aku teruja! mak korang ade? hahaha..

comment beliau ~ okay! adik tengah membaca ke? :)

fine! janji rasa suara ni sedap kot.. mak ade? hahahaha

HUJAN!!! KLIK HUJAN!!! UNTUK MENDENGAR LAGU PUJAAN AKU NI!

p/s : walaupun aku anak second last, ada adik sorang dan mak abah panggil aku "adik"!
so what! korang ada? hahaha.. korang ingat Adik ni boleh goyang kaki ke? apa2 nak dapat? oh! aku tidaksemanja itu ok..walaupun kalau orang baru kenal aku, aku telah dicop anak manja dan anak bongsu,,aku anak yang berguna oke!

adik aku si bongsu tu paling manja sekali..biasa la manja dan bongsu memang tak dapat dipisahkan :) peace yoooo cik ayu!

yours faithfully,
keeya mustafa

Saturday, May 26, 2012

ziarah dia :)

itu dia,
dia datang lagi,
datang dalam mimpi aku,
datang dengan ucapan terima kasih.

itu dia,
dia datang lagi,
datang dalam realiti hidup aku,
malang sekali bukan dia rupanya.

itu dia,
dia datang lagi,
datang dalam peribadi sepertinya,
dia bukan untuk aku.

itu dia,
dia datang lagi,
datang dengan senyuman yang aku rindu,
tapi sayang bukan dia yang aku cari.

itu dia,
dia datang lagi,
datang dengan memberi harapan,
mungkin dia yang aku cari.

itu dia,
dia datang lagi,
datang dia sepertinya,
tapi yang lain menyukainya.

itu dia,
dia datang lagi,
sepertinya memahami aku,
tapi tak dapat mendengar kata hati aku.

itu dia,
dia datang lagi,
bayangan dia,
hanya khayalan aku,
dia pergi dulu,
pergi menghadap yang Maha ESA,
Allah sayang orang sebaiknya,
jaga dia untuk aku YA Allah.

p/s: mungkin terlalu ingat tentang dirinya, dia yang berada di sana.
dia pesan walaupun dia tiada, dia masih melihat aku, menunggu doa aku.
tempat persemadian yang nyaman dan harum mewangi, dibawah pohon yang rendang.
aku jaga tempat berehatnya, sentiasa bersih, sejuk mata memandang.
air mawar aku siram, bunga segar aku taburkan, moga bunga2 ini bertasbih untuknya.

sampai syurga,
keeya mustafa

Friday, May 25, 2012

genap 6tahun :(

genap 6 tahun pemergian dia :( sob...sob..sob..

"janji, jangan nangis!"

"janji! sob..sob.. :("

dia dah pergi,, lama dah dia pergi,, pergi kerana kesalahan aku,, tak dapat aku maafkan diri ini,, kerana kecuaian aku,, kerana keras kepala aku..

dia sebaik selembut umat pernah aku kenal, tiada tandingan.

sejak dia pergi
~tiada lagi susu strawberi :( untuk santapan sebelum aku masuk dewan periksa..
~tiada lagi yang memayungi aku :( diwaktu hujan, sanggup dia sakit demi aku..
~tiada lagi yang menemani aku pergi dan balik sekolah :( sanggup dia berjalan jauh, hujan mahupun panas :(
~tiada lagi yang menjerit ditelinga aku melontarkan kata2 semangat yang sangat aku perlukan dikala duka dikala terjatuh :( dia semangat aku!
~tiada lagi senyuman dan tutur selembut bahasa :(
~yang tinggal hanya harta peninggalannya untuk aku :(
~yang tinggal hanya amanah dia kepada aku :(
~yang tinggal hanya semangat dia dalam diri aku :(
~tiada lagi sehebat dan sebaik dia :(
~mungkin tiada lagi sepertinya di dunia ini :(

dia pejam mata di depan aku, ikutkan hati tak sanggup melihat kebelakang, tapi dia terlalu baik, dia dalam diri aku, kalau bukan kerna dia mungkin aku tiada di dunia ini lagi..

selalu dan kerap kali aku mimpi dia disemadikan :( terjaga dari tidur, dan mengimbas setiap pesanannya.
air mata aku tahan, dia pesan jangan menangis kalau dia pergi, kalau nangis dia akan terseksa di sana..
mungkin pesan itu membuatkan aku lebih kuat dan tidak menangisi pemergiannya.
tiada setitik air mata yang tertumpah sepanjang pemergiannya.

rasa terkilan dan menyesal
hingga sekarang kerana aku tidak pernah memberi dan hanya menerima darinya.
hingga sekarang juga aku masih memanjatkan doa untuknya.

terima kasih Ya Allah atas sekelumit bahagia yang Engkau berikan kepada kami.
semoga Engkau rahmati kehidupannya di sana..

kalau dia masih ada, mesti dia sudah menjadi seorang pegawai polis.
itulah cita2nya, dia yang bersemangat, semangat yang sentiasa terbias kepada aku.
sebenarnya, kuatkah aku tanpa dia? aku cuba!
dan menjadi yang terbaik untuk ibu bapa aku dan juga ibu bapa dia.

sampai syurga,
keeya mustafa

25 mei 2007~25 mei 2012

ulat buku :)

KEPADA ULAT BUKU SEKALIAN,


Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah).
Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.
Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Penulis
: Dato' Ismail Kamus
: Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Harga
: Semenanjung M'sia - RM55.00
: Sabah / S'wak - RM57.00


HARGA : RM100.00
Ensiklopedia ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan pusat sumber, perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga.

Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:
1.Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
2.Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
3.Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
4.Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
5.Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
6.Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.

P/S :
siapa yang ulat buku macam aku ni!
ULAT BUKU LAH SANGAT!
bolehlah dapatkan segera,, buku ni sangat AWESOME!

yours faithfully,
keeya mustafa

Wednesday, May 23, 2012

ragam mereka :)

wani : wawa! :(
aku : hang dah kenapa? rindu aku la tu!
wani : aku tension la..
aku : tension baru ingat aku! sadis seh!
wani : hang tolong aku buat ayat guna2 ke, ayat2 manis ke?
aku : hah? jadah apa ni?
wani : tadi, bos aku cakap kalau tak puas hati apa2 bagi tau..
aku : so?
wani : so,aku tak tau nak susun ayat macam mana nak mintak naik gaji..
aku : erk? aku macam tak pernah buat pulak nak mintak naik gaji ni.. aku pun tak tau.. erm.. kau try la cakap macam ni,, bla..blaa..blaa.. (aku tak nak mention cadangan aku kat sini, terasa macam cadangan bongok) hahaha

en : wawa! :(
aku : kau dah kenapa? rndu aku la tu!
en: gila aku tak rindu kau...gila pun tak rindu macam aku..
aku : ala aku tau kau tension,,kan?
en : tau tak pe?
aku : aku tau dah,, aku redha.. apa yang kau tension kn? ade orang kacau kau lagi ke?
en : serabut la, banyak sgt aktiviti koleh,bulan depan dah exam..
aku : en, mmg kau sorang je yang bulan depan exam, aku tak..tapi aku okay lagi la.. (berlagak)
en : kau tak de ayat2 ke surah2 ke nak hilangkan sedih?
aku : erk? pulok? nape kau ni? ko try baca surah ni(..............., lain entry aku kongsi dengan korang, sebab panjang)
en : nanti aku dah tak de kau jgn nangis taw!
aku : en, senget la! asal cakap mcm ni, sedih siot aku.. (serius aku nangis)
en : ala, baru aku ckp mcmtu dah nangis, gembeng! cengeng!
aku : weh senget! aku sayang kau doe!
en : okay, aku terharu, tak ada ape2 la, saja nak lepaskan rindu..dan bla bla bla..

p/s : kalau perasan ayat mula2 dorang sama!

ayu : kita rindu moment dengan awak!
aku : okay, nanti cuti sem jumpa la, bukan jauh pun..
ayu : insyallah, fiamanillah :)
aku : barakallahair :)

p/s : budak ni yang aku tinggalkan kat umt! kesian!

ain : wawa! aku nak lepas geram ni..dia bla..bla..bla..
aku : woit, jgn gelabah weh, aku pun jadi gelabah..dan bla bla bla (biar aku dan dia je tau..secret!)

p/s : budak ni gelabah, selalu buat aku nak sepak muka dia,, dari senget jadi okay sikit..

is : akak, is rindu akak! sorry lama tak tanya khabar,is busy siapkan kerja kursus..
aku : tak apa, kan nak pmr akak paham..dah! ngaji molek! jaga ma elok2!

p/s : iskandar, kira adik aku la, kenal dia masa program dgn anak2 yatim under kelab penyayang.. mungkin disebabkan aku ni penyayang sangat kot, budak ni selalu tanya khabar aku,,hahaha..is ni baik budak nye.. :)

pitt: akak, bagi pitt resume dgn cover letter akak!
aku : nak buat apa? ponteng kelas er? tu yang tak tau buat!
pitt : tau tak apa kak.. akak pun sama jugak,, jgn cakap pitt je..
aku : adoi! kau kene kan aku er.. oke fine bagi aku email kau, nanti aku bagi...bla..bla..blaa..

p/s : budak yang selalu kena marah dengan aku sebab pending..aku selalu buli dia, dia pun selambe monyet je..



full p/s: dalam sehari macam2 karenah aku layan,,aku rasa aku macam RETIS hari ni..hahaha,,tapi tak apa,, untuk dorang apa lah sangat,, tak rugi pun.. dorang antara orang paling awesome yang aku kenal..ragam mereka buat aku tersenyum :)

yours faithfully,
keeya mustafa

Tuesday, May 22, 2012

laju nye HUPDATE!

ada kawan blogger aku dan kawan fb aku bertanya : weh,cek keeya! aku tengok semenjak 2 3 menjak ni, rajin kau hupdate kau punye blog?

dengan bijaksana dan selambanya, aku merungkai persolan korang di sini :

erk? aku rajin kau tanya, aku malas pun kau tanya.

kau tengok bulan 3 dgn 4, mana aku update sangat, sebab busy SANGAT! proposal nak buat begini begitu..

bulan 5 ni, projek baru tak masuk lagi, tengah berebut nak dapatkan tender (tu keje bos aku, aku tolong buat proposal je..hee~)

so, tu yang laju je aku hupdate..

aku bagi tau awal2 bulan depan aku dah busy balik, sebab nak exam dan mungkin dapat tekanan keje baru, mana tau dapat projek baru..

p/s : idea mencurah2, yang korang tengok ni, 1 hari sampai 2 3 posts, sebenarnya banyak yang aku setting auto post! so, nampak la aku hupdate ni macam laju SANGAT!

kalau aku tak ada jangan tanya aku ke mana ea, paham2 la sendiri.. apa2 pun aku terharu, korang sudi subscribe blog aku ni, walaupun tak pernah tinggalkan komen..

yours faithfully,
keeya mustafa

aku garang! haha

aku garang?

garang ke? bhahaha.. kurang sabar kot..

bukan garang sembarangan je, tak kan aku sesuka hati je.. orang tak cuit tak jadi jugak..

nak dijadikan cerita, petang semalam ada org call rumah, aku dgn pantas nya ellow2 dan bagi salam.. (suara mesti tegas, xde nye lemah lembut ni)

org yg call tu pun ber'ellow2' jgk..tapi bilangan ellow nye lagi banyak dan berloghat chinese,, mungkin tak dengar kot,,

aku : ELLOW,NI SAPE? NAK CAKAP DGN SAPE?

petepon : ni sape? ni sara er?

aku : erk! (kau call sini, tanya org kat sini pulak, nak pulak aku bg tau) NI SAPE?

petepon : ellow,,ellow,,ellow,,ellow,,ellow.. (buat2 tak dengar pulak!)

aku : argh! ELLOW NI SAPE NAK CAKAP DGN SAPE?

petepon : ermmmmmmmmmm,,,aaaaaaaaaaaaa....

aku : adoi nak cakap nama pun kene pikir ke bro?

terus tutup! hah bengong.. ala kalau urgent mesti dia call balik,,
aku penat sgt time ni.. mmg kene la,, maaf banyok le.. terkureng ajor pulok..

p/s : bila pikir balik, ni kalau pak cik aku, mesti kene bahan...kene cop MEK BEKENG! ooo man,, ADO DEN KISAH! DOK STARANG MANE PONG! hahaha..

aku memang bukan dilahirkan untuk bekerja sebagai customer service! AKU GARANG! (lahai statement)

yours sincerely,
keeya mustafa

wow awesome!