Thursday, November 19, 2015

bergetar jiwa MUSLIMAH

Sabda Rasulullah saw:
إِذَا صَلَّتِ المَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا ،  دَخَلَتْ  الجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الجَنَّةِ شَائَتْ
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka dia telah masuk mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” 
HR Ibnu Hibban no.4163 dari Abu Hurairah r.a. Ia dihukum sohih oleh Syu’aib al-Arnaut. Lafaz hadith dari Ibnu Hibban. Ia juga diriwayatkan dari Abdul Rahman bin ‘Auf disisi Imam Ahmad, no. 1662, disebut oleh al-Haythami dalam al-Majma’ , jilid 4, hal. 306 dan menambah ia kepada al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat dan menyebut dalam riwayat ini ada Ibnu Lahi’ah. Menurutnya hadith ini hasan.
Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya
(1)menjaga SOLAT fardhu
(2) Berpuasa di bulan Ramadhan
(3)MENJAGA KEHORMATANNYA
(4) TAAT kepada suami .
BERBANDING KAUM LELAKI, sekalipun dia sudah berumahtangga tanggung jawab terhadap ibu bapa tidak terlepas berbanding dengan wanita yang sudah berkahwin ketaatannya adalah kepada suami.
MUSLIMAH!
Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. SOLAT fardhu ADAKAH DITUNAI DI AWAL WAKTU? SEJAUH MANA KHUSYUKNYA? Sejauh mana ia menjadi keutamaan dalam rutin harian kita.  Ada juga yang SOLATNYA TIDAK DAPAT MENCEGAHNYA DARI PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR. Semasa SOLAT
sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat.
MUSLIMAH!
Sejauh manakah puasa kita mencapai tahap TAQWA? Adakah puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut kita masih mengumpat. Ingat Nabi saw memberitahu bahawa ahli neraka paling ramai adalah WANITA disebabkan mereka tidak menjaga LIDAH mereka. Berhati-hatilah wahai saudaraku yang bergelar MUSLIMAH!
MUSLIMAH
Berapa wanita hari ini yang menggadai maruah kurniaan Allah? Kecantikan yang sepatutnya menjadi penyejuk mata kepada suami telah disalah gunakan. Ia digunakan untuk menggoda kaum lelaki. Fenomena yang tidak berlaku pada generasi awal Islam yang tidak dapat disembunyikan lagi. Wanita keluar rumah tidak menjaga aurat, bertabarruj, bergaul bebas. Anak-anak gadis berpegang tangan dengan lelaki asing bahkan ada yang berani berciuman di tempat-tempat awam, di dalam LRT…di taman-taman semata-mata memuaskan nafsu syahwat semata…mereka lupa soal pahala dan dosa. Ia yang sepatutnya di simpan dengan baik untuk BAKAL SUAMI anda bagi yang belum berkahwin. Ada wanita  yang berzina dengan orang yang bukan suaminya. Ada juga wanita yang sanggup menjual harga diri  dengan menjadi pelacur untuk mendapatkan wang sesuap nasi..BERAPA BANYAK HARI INI KITA MENDENGAR BERITA YANG MENYAYAT HATI kelahiran anak zina semakin bertambah dan berleluasa. Yang lebih menyedihkan apabila isteri orang berzina dengan suami orang.
MUSLIMAH
Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa, ti9dak bersungguh-sungguh…Ramai wanita bekerja yang lebih mengutamakana kerjayanya dari MELAYAN SUAMI SEDANGKAN NABI SAW MENYEBUT:
لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِغَيْرِ اللهِ، لأَمَرْتُ المَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا، وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لاَ تُؤَدِّي المَرْأَةُ حَقَّ رَبِّهَا حَتَّى تُؤَدِّيَ حَقَّ زَوْجِهَا…
Maksudnya: ” Sekiranya ada seorang yang boleh sujud selain Allah nescaya aku akan perintahkan kamu untuk sujud kepada suaminya. Demi diri Muhammad yang di bawah kuasanya, seorang wanita dikira tidak menunaikan hak tuhannya sehingga dia menunaikan hak suaminya…
HR Ibnu Majah dalam kitab Nikah, Bab Hak Suami oleh isteri no.1853 dari Hadith Abdullah bin Abu Awfa.
MUSLIMAH
Sepatutnya ANDA kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Bayangkanlah, baginda  s.a.w ditunjukkan di dalam neraka itu paling banyak ahlinya adalah terdiri dari KAUM WANITA
Sabda Nabi saw:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَضْحَى أَوْ فِطْرٍ إِلَى الْمُصَلَّى فَمَرَّ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ : ( يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ فَإِنِّي أُرِيتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ ) فَقُلْنَ : وَبِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ: ( تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِير مَا رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِينٍ أَذْهَبَ لِلُبِّ الرَّجُلِ الْحَازِمِ مِنْ إِحْدَاكُنَّ ) قُلْنَ : وَمَا نُقْصَانُ دِينِنَا وَعَقْلِنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : ( أَلَيْسَ شَهَادَةُ الْمَرْأَةِ مِثْلَ نِصْفِ شَهَادَةِ الرَّجُلِ ) قُلْنَ : بَلَى ، قَالَ : ( فَذَلِكِ مِنْ نُقْصَانِ عَقْلِهَا أَلَيْسَ إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ وَلَمْ تَصُمْ ) قُلْن َ: بَلَى ، قَالَ : ( فَذَلِكِ مِنْ نُقْصَانِ دِينِهَا ) رواه البخاري 304 .
Dari Abu Sa’id Al Khudri  r.a  berkata, Rasulullah (s.a.w) pada hari raya ‘Idul Adha atau ‘IdulFitri keluar menuju tempat solat, baginda melalui  para wanita seraya bersabda:
“ Wahai para wanita! Hendaklah kalian bersedekah  sebab ditunjukkan kepadaku bahawa KALIAN ADALAH YANG PALING RAMAI MENGHUNI NERAKA
Kami bertanya, Apa sebabnya wahai Rasulullah?
Baginda (s.a.w) menjawab: Kalian banyak melaknat dan banyak mengingkari pemberian suami. Dan aku tidak pernah melihat dari tulang laki-laki yang akalnya lebih cepat hilang dan lemah agamanya selain kalian. ?
Kami bertanya lagi, Wahai Rasulullah, apa tanda dari kurangnya akal dan lemahnya agama?
Baginda (s.a.w) menjawab: Bukankah persaksian seorang wanita setengah dari persaksian laki-laki? Kami jawab, Benar.
Baginda (s.a.w) berkata lagi:Itulah kekurangan akalnya. Dan bukankah seorang wanita bila dia sedang haid dia tidak solat dan puasa? 
Kami jawab, Benar.
Baginda s.a.w berkata: Itulah kekurangan agamanya.
HR al-Bukhari no. 304, Kitab Haid, Bab Orang Yang Haid meninggalkan puasa.


Sabda Nabi s.a.w:
عن جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: شَهِدْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلاةَ يَوْمَ الْعِيدِ فَبَدَأَ بِالصَّلاةِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ بِغَيْرِ أَذَانٍ وَلا إِقَامَةٍ ثُمَّ قَامَ مُتَوَكِّئًا عَلَى بِلالٍ فَأَمَرَ بِتَقْوَى اللَّهِ وَحَثَّ عَلَى طَاعَتِهِ وَوَعَظَ النَّاسَ وَذَكَّرَهُمْ ثُمَّ مَضَى حَتَّى أَتَى النِّسَاءَ فَوَعَظَهُنَّ وَذَكَّرَهُنَّ فَقَالَ : ( تَصَدَّقْنَ فَإِنَّ أَكْثَرَكُنَّ حَطَبُ جَهَنَّمَ ) فَقَامَتِ امْرَأَةٌ مِنْ سِطَةِ النِّسَاءِ سَفْعَاءُ الْخَدَّيْنِ فَقَالَتْ : لِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : ( لأَنَّكُنَّ تُكْثِرْنَ الشَّكَاةَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ) قَالَ : فَجَعَلْنَ يَتَصَدَّقْنَ مِنْ حُلِيِّهِنَّ يُلْقِينَ فِي ثَوْبِ بِلالٍ مِنْ أَقْرِطَتِهِنَّ وَخَوَاتِمِهِنَّ . رواه مسلم 885 .
Dari Jabir bin Abdullah ra dia berkata:
“ Aku telah mengikuti solat hari raya bersama Rasulullah s.a.w. Baginda (s.a.w)  memulakannya dengan solat sebelum menyampaikan khutbah, tanpa disertai azan dan Iqamah. Setelah itu baginda s.a.w berdiri sambil bersandar pada tangan Bilal. Kemudian baginda s.a.w  memerintahkan untuk selalu bertakwa kepada Allah, dan memberikan anjuran untuk selalu mentaati-Nya. Baginda  juga memberikan nasihat kepada manusia dan mengingatkan mereka. Setelah itu, beliau bergerak hingga sampai di tempat kaum wanita. Baginda  s.a.w pun memberikan nasihat dan peringatan kepada mereka. Baginda s.a.w bersabda: Bersedekahlah kalian, kerana kebanyakan kalian akan menjadi BAHAN BAKAR  neraka jahannam. Maka berdirilah seorang wanita terbaik di antara mereka dengan wajah pucat seraya bertanya, Kenapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w menjawab:
((KERANA KALIAN LEBIH BANYAK MENGADU (( MENGELUH)) DAN MENGINGKARI KELEBIHAN DAN KEBAIKAN SUAMI))
Akhirnya mereka pun menyedekahkan perhiasan yang mereka miliki dengan melemparkannya ke dalam kain yang dihamparkan Bilal, termasuk cincin dan kalung-kalung mereka. (Hadith riwayat Muslim no. 885)
MUSLIMAH! INI PESANAN SEORANG SAHABAT SAYA USTAZ ABDULLAH HAMZAH YANG SAYA PETIK ARTIKELNYA TANPA SEBARANG PENAMBAHAN

”…BAYANGKAN  badan-badan  KALIAN akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu.
Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh ‘wildan-wildan’nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.
Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.
Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.
Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu …
Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan simpanan walau sebanyak manapun.
Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, “Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan”. Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.
Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. …
Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.
PENUTUPNYA kepada semua muslimah SEMOGA ALLAH SWT MEMPERMUDAHKAN KALIAN UNTUK KE SYURGA

Friday, May 1, 2015

kuatnya rasa rindu

Kuatnya rasa rindu, menangis bila minta rasa ni pergi, tolong la kejap je. Haaaaaisyyy...
**suddenly monolog dalaman terkeluar...

saya: jangan datang!

rindu: nakkk jugakkkkk!

saya: jangannn! saya tak suka!

rindu: takk, awak perlukan saya!

saya: saya tak nakk *tapi dengan nada yang semakin kendur dan slow, ada esak di situ*

rindu: kenapa awak tak nak saya?

saya: sebab bila awak ada, saya rasa sedih, sebab awak ingatkan saya pada dia..

rindu: awak kan sayang dia,,

saya: memang saya sayang dia,,

rindu: sebab awak sayang dia lah awak perlukan saya.. kalau awak tak suka saya, maknanya awak tak sayang dia..

saya: tak takkkk, bukan macam tu..

rindu: habis tu, macamana?

saya: sebab… sebab… saya nak dia selalu dengan saya. sebab tu saya tak perlukan awak. awak tak boleh pun buatkan dia datang dekat saya sekarang.

rindu: awak, awak dengar sini,,>>

“Rindu itu sangat manis bila manusia boleh merasainya, ia datang bila dua manusia berjauhan dan rindu itu melengkapkan rasa sayang yang ada antara mereka...”



 Note-to-myself  ^^ ~ im STRONG i never alone, i have ALLAH ^_______^ ya Allah sampaikan salam rindu padanya

SAYANG KU SYUWARI

sincerely,
Mumuwawayaya
01052015

***3months15daystogo***


Friday, March 6, 2015

aku pon rasa pedas ni~~~das das das ###

Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau
atau marah kerana kesilapan orang lain.

Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang
lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang
kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.

Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik,
badan lakukan perkara baik.

Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang
telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan
mendengar.

Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang
lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada
diri anda sendiri.

Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang
ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya
orang yang sangat pandai.

Hadiah yang paling berharga buat teman ialah
bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.

**siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya..
huhu~~das das das###


sincerely,
mumuwawayaya

alasan kod 06/07..puiiiii~~~~

Nampak nya tak merasa la sampai bila2, setakat baucar buku yang banyak sangat tu, aku tak tahu nak habis kan macam mana..huuu...


speechless untuk alasan kod 06 aku tak terima..
mana dia tahu gaji aku lebih 2k..tipuuuu~~~~

pape pon maceh pak jib bagi titew baucer buku..
kali ni dapat berapa ratus heh?
huu~~siapa nak tolong habiskan..
susah taw nak habiskan..

beli buku beli bukuuuuu...

okay bye..

sincerely,
mumuwawayaya

Monday, January 12, 2015

ku yakin kau jodohku

seandainya kamu jodohku, yang telah di tetapkan Nya untuk menjadi pembimbing ku, maka, ketahuilah kamu bahawa nama mu sentiasa ku sebut dalam doaku.. di setiap siang dan malam ku.. dari terbit fajar hingga ke tenggelam mentari..

................ Ya Allah, Ya Tuhanku.. seandainya dirinya telah Kau tetapkan menjadi temanku, maka ku pohon kepada Mu, dekat kan hati kami.. redhailah rasa di hati ini.. izinkanlah kami menghalalkan segala rindu yang terasa, kasih yang membugar.. izinkanlah aku menjadi yang halal bagi nya, dan dia menjadi yang halal bagi ku.. izinkanlah aku menjadi ibu kepada zuriatnya dan dia menjadi bapa kepada zuriatku.. izinkanlah aku menjadi sebahagian daripada kisah hidupnya, dan dia menjadi setiap kisah hidupku yang mendatang.. seandainya aku telah Kau tetapkan untuk menjadi temannya, maka pohonku kepada Mu agar jadikanlah aku yang terbaik untuknya, yang setia hanya kepada dia, yang taat kepada perintahnya sebagai suami, yang membahagiakan dia, dan yang mencintainya insan hanyalah dia.. dan seandainya dia telah Kau tetapkan menjadi temanku, aku pohon kepada Mu, izinkanlah dia untuk membimbing ku kepada jalanMu.. dengan penuh keredhaan Mu, dengan penuh kasih Mu, dan dengan penuh nur hidayah Mu.. dan izinkanlah kami untuk hidup bersama selamanya selagi hayat dikandung badan di dunia ini bahkan di akhirat kelak.. kumpulkan lah kami di syurga Mu , Ya Rabb.. janganlah Kau sisihkan kami dari jalanMu itu, ya Allah.. anugerahkanlah kami zuriat yang soleh dan solehah.. bantulah kami dalam mendidik mereka dengan didikan agama yang teragung ini.. agar dapat kami lahirkan mujahadah dan serikandi yang tega berdiri hanya kerana agama Mu..tidak sesekali gentar di gugah, tidak sesekali menyerah.. aku pohon kepada Mu, limpahkanlah kami dengan cinta Mu, ya Allah................

wahai jodohku..
seandainya kamu yang aku cari selama ini, ketahuilah kamu yang aku nantikan untuk membimbingku ke jalannya.. kamulah yang aku impikan untuk sama-sama mencipta sebuah keluarga bahagia.. kamulah yang aku doakan selama ini.. walau dimana pun dikau berada, hatta di hujung dunia sekalipun, aku akan tetap disini.. menanti mu dengan penuh rasa kasih yang membugar mesra menyapa hati yang resah ini.. dan andai dikau yang ku nantikan, maafkanlah diri ini.. aku bukanlah seorang wanita yang sempurna buat mu.. aku bukanlah wanita yang memiliki kecantikan impian setiap lelaki.. dan mungkin sahaja aku bukanlah wanita yang kau cari.. tapi aku yakin, seandainya dikau jodohku, dikaulah pelengkap hidupku.. yang bakal menyempurnakan hidup dan impian ini.. yang bakal menyerikan warna-warna hidup ku nanti.. dan sejujurnya dengan penuh keikhlasan, aku ingin kamu ketahui juga bahawa diri ini sentiasa mencintaimu serta menerima kamu seadanya tanpa sedetik keraguan walau kita tak pernah bertemu sebelumnya..

wahai kamu..
aku akan tetap berdoa kepada yang satu..
semoga kau dan aku akan menyatu..
hingga ke akhir waktu.

Aminkan ku dlm doa mu, dan aku sntiasa mengaminkan doamu...


wow awesome!