Saturday, December 17, 2011
TERAPI JIWA
malam tadi tadah telinga dengar ceramah TANYALAH USTAZAH.. berkisarkan tentang AKHLAH TERTINGGI..
ustazah kata kalau nak cantik, kita kena cantik dalam dan luar..
nak cantik dalam tu ROHANI.. mendekati ALLAH, menginsafi kekhilafan diri, memaafkan orang lain, yang penting JANGANLAH KITA BERMESYUARAT TINGKAP..
MESYUARAT TINGKAP NI MEANS jangan lah mengumpat takut tertambah cerita jadi pula MEMFITNAH.. tak takut ke UMPAMA MAKAN DAGING SAUDARA SENDIRI TAW! bukan sedap pun makan daging orang,, kan lagi sedap makan AYAMGORENG KE? JADI JANGAN LAH MENGUMPAT ATAU MEMFITNAH YEP!
masa melayan ceramah tu sorang2 sebab semua orang da tidur,, aku termenangis bermuhasabah diri.. time ni la, semua flashback, memang kerdil hamba-Mu ini YA ALLAH!
orang kata kalau mudah menangis hati lembut.. tak sangka aku juga berhati lembut rupanya.. OKAY STOP FOR OVER ACTION..
dan last sekali jangan berdendam.. SEMOGA KITA DIPELIHARA OLEH-NYA,,, AMIN...
pas pula pagi2, aku layan TANYALAH USTAZ.. tajuknya INDAHNYA PERUBATAN ISLAM..
USTAZ SHARHAN yang berceramah..
dapatlah ilmu amalkan AYAT2 SYIFA'
kat sini aku kongsikan 6ayat syifa'
1. SURAH AT-TAUBAH AYAT 14
2. SURAH YUNUS AYAT 57
3. SURAH FUSILLAT AYAT 44
4. SURAH AL-ISRA'AYAT 82
5. SURAH AS-SYU'ARA' AYAT 80
6. SURAH AN-NAHL AYAT 69
USTAZ KATA BACA SELEPAS SOLAT SUBUH 7KALI..
semoga menjadi amalan untuk kesihatan jasmani dan rohani..TERAPI JIWA MUSLIM..
sekaligus mendekatkan diri pada ALLAH dan menkaji AL-QURAN..
yours sincerely,
keeya mustafa
Saturday, December 10, 2011
UNTUK BODY GUARD SAYA=KAWAN SAYA
Haluuu darl!!!
nak mengarang about my friends!
especially alip and duan..sbb aku tak tahu nak bagi present apa kat dorang..SO, AKU CERITA SIKIT PASAL KORANG OKAY, JANGAN LA NAK BUAT MUKA TERHARU SANGAT...
m.yusuf aliff bin yaakob (ORANG KL YANG SEKARANG SESAT KAT PEKAN SETELAH LAMA BERTAPA DI KEMAMAN DAN MENGERAM DI KELANTAN)
weh alip, aku tak pasti aku eja nama kau ni betul ke tak..kalau salah mesti kau sedihkan, nama je kawan,,nama ang pun aku tak tahu (SLANG POCONG AND WANI)..actually nama kau ANTIK sangat..
sebab apa?
1. aku tak pasti yusuf ke? Yusuff ke? Yusof ke? Yusoff ke? Ucop ke? Banyak probability taw nama kau ni..semua ni akan hasilkan sebutan yang sama..
2. yang aliff ni aku pasti betul..hee~ elok la aku panggil kau alip je kan beb?
3. nama ayahanda kau?yaakob ke? Ya’kob? Huhu..letih nak fikir nama saje..
sepanjang aku kenal kau sekali je kot aku tulis nama penuh kau, itu pun kau tergedik2 nak aku buatkan cover matematik..memang itu la first dan terakhir aku tulis nama kau kot = serik nak betulkan sebab asyik salah je..nama panjang benar! L huh! Berpeluh nak tulis tahu tak? Kalau nama kau sorang je masa tu tak apa la juga.. ni nama partner pun boleh tahan panjang..salah pula tu,ada Muhammad la tak ada la..(pocong2!)
OKAY! BERBUAL PASAL NAMA KAU JE DA SEPARUH PAGE!
BTW,, THANKS TAW JADI MEMBER AKU,, TIME AKU SUSAH KAU ADA KOT,, TERHARU GILA TIME TU, CUMA TAK SHOW OFF KAT KAU,, NANTI KAU NGANJING AKU! BENCI HEH!
RINDU SEH NAK STUDY DENGAN KAU DENGAN NIK DUE NIK SINGO!
SAMPAI SEKARANG AKU TAK INGAT MACAM MANA BOLEH TERAPAT DENGAN KORANG TAW..(KORANG DA MACAM BODY GUARD AKU, RASA TIBA2 SELAMAT HEH! Hee~)yang DUAN daripada aku benci kau gila2,,tiba2 boleh satu meja study sama2..tu la siapa suruh kacau kawan aku,,tak pasal2 kena black list dengan lengkap kena kutuk dengan aku..MAAF LA EA CIK KEPIT!
Okay alip!Thanks jadi penadah telinga aku time aku tengah tak puas hati dengan someone..kesian kredit kau habiskan? Aku tahu kau tak kisah punya..kata best friend forever gitu..
Thanks belikan ubat, time aku demam..aku order soluble dengan 100plus je kot..tapi kau tambah lagi satu untuk hilangkan kelegaan masa hidung aku tersumbat..(SERIUS,, SAMPAI SEKARANG AKU TAK RETI PAKAI UBAT TU!! PERIT KOT!!)
Oleh disebabkan kau tolong aku DENGAN INI AKU MENGISYTIHARKAN!!
ANDA ADALAH PEN’DELIVER’ TERBAIK!!(okay mengarut)
Lagi satu thanks kerana melayan karenah aku ni, macam2 kan?aku tahu kau tak kisah,, sebab aku kan orang yang baik dan bersopan santun(BERSOPAN SANTUN LA SANGAT! MESTI TELINGA KAU PERIT BILA AKU PEKIK KAT TELINGA KAU KAN?AKU RINDU SEH NAK GADUH DENGAN KAU DENGAN DUAN!
PANJANG PULA UCAPAN AKU KAN..DISEBABKAN IINI BLOG AKU, JADI SUKA HATI AKU LA..
APA2 PUN, AKU MINTA MAAF KALAU ADA SALAH SILAP..
Aku pernah tumbuk perut kau dengan duan kot! Sorry juga aku pernah cubit sehingga meninggalkan kesan mendalam..AKU GERAM KOT KORANG BULI AKU! MANA ADIL! DUA LAWAN SATU! DA LA KORANG BERBADAN SASA! AKU PULA SANGAT COMEL! MEMANG KENA PAKAI KUASA HALILINTAR LA KAN!AKU MANA BOLEH KALAH!
TAK MELAYU HILANG DI DUNIA..HIDUP JOHOR!TIBA2 PULA OK!
Minta maap la korang! Tu la,,buli aku lagi,,salah orang la kan korang nak buli aku!RASA TERCABAR TAW..MEMANG KENA KAW2 LA KORANG..OKAY! SEMUA ITU GURAUAN DAN KENANGAN YANG BEST!
UNTUK NIK DUE NIK SINGO A.K.A RIDUAN BIN AWANG CHIK..HARI TU BDAY KAU AKU TAK SEMPAT NAK TULIS PANJANG2 NI..SEDIKIT SEBANYAK ADA JUGA PESANAN UNTUK KAU..tapi aku da dedicate kan wishes kat kau tak sempat nak suruh kau follow up..
THANKS UNTUK BURGER UPAHAN DARIPADA AKU MENGAJAR KAU..LUPA NAK TERIMA KASIH HARI TU..hee~ (lain kali belanja lagi okay BURGER AYAM SPECIAL)
KALAU AKU TERMARAH KAU KE TEREJEK KAU KE SORRY TAW...AKU SUKA TENGOK KAU MERAJOK..KELAKAR LA DUAN! Hahahaha... J
UNTUK KORANG BERDUA AS BODY GUARD AKU..hee~ AS BEST FRIEND AKU!
HAPPY 21ST BIRTHDAY BABE!
SEMOGA PANJANG UMUR, DIMURAHKAN REZEKI, DIPERMUDAHKANN SEGALA URUSAN, MENCAPAI KEBAHAGIAN DAN KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT, JUGA MENDAPAT REDHA-NYA..AMIN...
APA2 PUN
“MISS YOU ALL”
*KORANG JANGAN NANGIS TERHARU SANGAT DAPAT WISH YANG PANJANG NI..LAGI2 KAU ALIP! AKU TAHU KAU NANGIS KAN! HAHAHAHA...
Yang DUAN jangan merajok2 lagi okay..kau akan jadi lebih tak handsome!
TERIMA KASIH KALIAN YANG BERMATA EMPAT..
HAPPY 21ST BIRTHDAY
DUAN ~ 28.11.11
ALIP ~ 8.12.11
yours sincerely,
keeya mustafa
Wednesday, December 7, 2011
hang0ut with my sister ;)
Monday, December 5, 2011
CARA MENGELAKKAN KEMURUNGAN
Sunday, December 4, 2011
SELAMAT BERPUASA SUNAT AS-SYURA
BAIT2 SKRIP DARI CERITA NUR AIN
IMAM AL-GHAZALI SAYS
Friday, December 2, 2011
BILA SUDAH MENGIDAM
PEACE OF FRIDAY
- Dijadikan nabi Adam, Turunnya ke bumi serta hari dimana wafatnya baginda.
- Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat
- Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa
- Pernikahan antara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha
- Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
- Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu
- Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud:“Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
- Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
- Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
- Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
- Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.