Friday, September 23, 2016

Tiba masa - bulat hati

Salam sayang Salam kenyit2 mata.
Ok semua hari ini baru ada masa berangan kat sini. Ada masa sebab aku last day kat tempat kerja w****. Aku buat last day sendiri. Tekad nekad buat hati. Meluat dah nak hadap ragam Manuela kat ofis tu. Ramai bermuka muka. Depan baik cakap yang molek je, belakang aku, jahanam mulut kau. Haha. Malas la nak hadap orang macam ni. Over thinking. Negative thinking. Busuk hati. Huh sabar lah wahai hati. Jadi aku cuma beritahu plan aku ni pada fatin. Hanya dia yang boleh dipercayai. Kesian juga nak tinggalkan dia. Dah 3bulan duduk bersebelahan. Apa2 masalah, cerita suka duka kami kongsi. Amboi macam bercinta. Entah, rasa selesa, banyak benda yang aku lalui sekarang, dia dah pernah lalui.

Semalam aku ada tanya satu soalan kepada kawan aku. Fatin, sepanjang kita kawan ni APA pendapat kau, aku ni macam mana? Serabut ke longkang ke? Baik pijak semut, semut jadi nyawa2 ikan ke? Suam2 air limau?

Jadi fatin pun berbesar hati cakap lah aku slumber yaya kau menggila gila. Haha. Sengal eh!  Slumber pada pandangan dia, aku kalau dah nekad nak buat sesuatu aku buat. Tak kisah lah apa orang keliling kata. Janji aku bahagia. Actually keputusan macam ni pun ada tak eloknya juga. Nampak macam selfish. Tapi aku ada sebab bulat hati hilang tanpa khabar, aku dah fikir juga tentang orang lain. Pasti tak ada siapa yang akan susah bila aku tiada. Pasti tiada yang meroyan.

Terima kasih fatin yang skema. Jaga diri. Jangan bagi orang buli kau. Ramai yang pakai topeng. Bermuka muka.

People cry because they're not weak, it's because they've strong too long. Be a strong woman mama and wife. Will miss you fatin.

Monday, September 5, 2016

Rezeki tak berbau

Salam kasih sayang

Moga pintu rezeki dari Allah terbuka luas untuk semua

Tiba2 kita aktif berblog, mungkin banyak sangat minum cool blog.. eh! Tapi sedap tawwww. Dah jadi faberet suami sejak beristerikan saya. Haha okay abaikan iklan tak berbayar ni.

Pernah dengarkan statement ni "malang tak berbau" malang tak ada ketiak, memang tak berbauuu.. haha okay lawak hambar,..

Samalah dengan rezeki, rezeki juga tak berbau, kita memang tak tahu, tapi kunci untuk dapatkan rezeki tu sama doa usaha ikhtiar tawakal. Tak kira berapa banyak kita doa kita usaha, pasti ada bahagian kita, jangan risau, Allah ada.. bila tiba masa waktu yang sesuai Allah akan beri.

Ada yang mungkin tahap kesabarannya kurang, jadi ada yang persoalkan dia dah lama doa, dah lama usaha tapi masih begitu. Jangan mengeluh kawan, jangan kau persoalkan, kau bukan siapa2. Ingat Allah sentiasa mendengar, mendengar doa kau, Dia sangat suka Dia sangat rindu doa hambaNya. Teruskan doa teruskan usaha, mana tahu rezeki yang Allah nak beri lebih dari apa yang kau inginkan. Rezekikan tak berbauuu. Alangkan nabi yunus AS pun berdoa beratus tahun lamaya minta keampunan Allah. Apa pula kita ni. Fikirkan lah kawan.

Sebut tentang rezeki, rezeki selepas kahwin, masih orang persoalkan, aku tahulah antara tujuan mendirikan rumahtangga tu salah satunya memanjangkan zuriat keturunan. Tapi itu kan semua rezeki. Rasanya dari sekolah lagi cikgu ada cakap rezeki jodoh pertemuan ajal maut semua ketentuan Allah. Sekarang siapa kamu nak mempersoalkan ketentuan Allah? Maka jangan tanya soalan janganlah menjadikan kekurangan seseorang itu satu perlian, elakkan bertanya
1. Umur dah banyak, bila nak kahwin? (Perli+soalan deep!)
2. Nampak berisi sekarang, dah ada isi? (Ni pun boleh kasi tapak)

Sekarang jawapan apa yang sesuai nak bagi kat mereka ni?
Ikut hati memang jahat jawapan yang akan keluar tapi aku lebih suka gelak ketawa dan senyum je bila diajukan soalan macam ni. Dalam masa yang sama mereka akan speechless. Orang yang menyibuk ni kalau dilayan esok lusa dia tanya lagi.

Jadi buat macam aku,, hahaha lucunya soalan.. kau gelakkan je.. simple!

Kalau nak diikutkan banyak lagi soalan yang tak membina drpd orang sekeliling ni.. siapa2 yang pernah terkena macam aku ni, banyakkan bersabar, Allah ada, jangan kita lupa Allah. Berusaha, bertawakal dan berserahlah. Bila sampai waktu yang tepat, maka hadirlah rezeki jodoh zuriat mahupun ajal.

Kadang iman aku ni pun tak kuat, cengeng gembeng, tapi aku kuatkan balik dengan muhasabah diri, sama macam apa yang aku huraikan tadi, benda2 positif macam tu yang dapat sejukkan hati ni. Memang terasa lapang dada, hilang sakit hati.

Doakan kami, moga ada rezeki mendatang untuk kami, rezeki yang berpanjangan, begitu juga doa kami untuk anda, sama2 lah kita..

Salam sayang muah muah
Muwaqiah Mustafa
(Isteri kepada Syuwari Sutrisno)



Saturday, September 3, 2016

Percayalah! Jarak jauhnyaaa

Salam Sejahtera rakyat jelata.. eh!

Hi hi hi semua!!!!!

Bersawang dah blog kita ni

Dah berabad tak update sejak bertukar status seorang isteri kepada seorang suami

Kami masih belum berpeluang duduk sebumbung walaupun dah setahun berumah tangga, eh kejap! Oh! Kat rumah kami memang ada tangga, 3 anak tangga menuju dapur.. hiks..

Walaupun belum duduk sebumbung kami cuba adakan masa untuk berjumpa, paling rajin 2 minggu sekali, dan bila dah sibuk tahap cipan sebulan sekali, bila dah betul2 sibuk tahap dewa 2 bulan sekali, tu paling maksimum.. haisss.. terokkk rasa.. rasa dalam setahun ni, bila ditolak ditambah masa kami ni tak sampai pun sebulan..
Kadang2 lupa kita ni dah berstatus puan.. ops! Terlupa.. sorryyy!!!

Ada orang bertanya "percaya eh kau dekat suami duduk jauh2 macam ni?" (Ni namanya soalan syaitonnn!) Dengan bijaksana aku menjawab "GILA KAU! Tak kan aku tak percaya suami aku, dia tengah cari rezeki tu. Tinggal dengan mak pak dia lagi. Perlu ke aku ragu2? (Jawab la soalan ni syaiton) maka syaiton tadi pun menjadi cengkerik nyawa2 ikan krik krik krik

Orang yang macam ni, aku tak tahulah dia sengaja atau tidak, perasan atau tidak, sedar atau tidak dengan soalan yang diajukan. Mungkin cemburu tengok aku ni steady tak ada masalah, jadi dia nak tolong aku mencipta masalah. Nampak tak bertapa terluangnya masa hidup dia. Kesian orang macam.

Apa2 pun kita doakan yang baik2 je, kami suami isteri pun baik2 je, tak sempat bercakaran, ye lah nak cakor macam mana kan, duduk jauhnyaaaa berbatu bata.

Mohon doakan kami dapat melayari rumahtangga dengan aman bahagia dunia hingga akhirat. Aaminn.

Salam kasih sayang muah muah
Muwaqiah Mustafa
(Isteri kepada Syuwari Sutrisno)

wow awesome!