Saturday, December 17, 2011

TERAPI JIWA

halu darl! :)

malam tadi tadah telinga dengar ceramah TANYALAH USTAZAH.. berkisarkan tentang AKHLAH TERTINGGI..

ustazah kata kalau nak cantik, kita kena cantik dalam dan luar..



nak cantik dalam tu ROHANI.. mendekati ALLAH, menginsafi kekhilafan diri, memaafkan orang lain, yang penting JANGANLAH KITA BERMESYUARAT TINGKAP..

MESYUARAT TINGKAP NI MEANS jangan lah mengumpat takut tertambah cerita jadi pula MEMFITNAH.. tak takut ke UMPAMA MAKAN DAGING SAUDARA SENDIRI TAW! bukan sedap pun makan daging orang,, kan lagi sedap makan AYAMGORENG KE? JADI JANGAN LAH MENGUMPAT ATAU MEMFITNAH YEP!



masa melayan ceramah tu sorang2 sebab semua orang da tidur,, aku termenangis bermuhasabah diri.. time ni la, semua flashback, memang kerdil hamba-Mu ini YA ALLAH!

orang kata kalau mudah menangis hati lembut.. tak sangka aku juga berhati lembut rupanya.. OKAY STOP FOR OVER ACTION..

dan last sekali jangan berdendam.. SEMOGA KITA DIPELIHARA OLEH-NYA,,, AMIN...

pas pula pagi2, aku layan TANYALAH USTAZ.. tajuknya INDAHNYA PERUBATAN ISLAM..
USTAZ SHARHAN yang berceramah..

dapatlah ilmu amalkan AYAT2 SYIFA'



kat sini aku kongsikan 6ayat syifa'

1. SURAH AT-TAUBAH AYAT 14
2. SURAH YUNUS AYAT 57
3. SURAH FUSILLAT AYAT 44
4. SURAH AL-ISRA'AYAT 82
5. SURAH AS-SYU'ARA' AYAT 80
6. SURAH AN-NAHL AYAT 69

USTAZ KATA BACA SELEPAS SOLAT SUBUH 7KALI..

semoga menjadi amalan untuk kesihatan jasmani dan rohani..TERAPI JIWA MUSLIM..

sekaligus mendekatkan diri pada ALLAH dan menkaji AL-QURAN..

yours sincerely,
keeya mustafa

Saturday, December 10, 2011

UNTUK BODY GUARD SAYA=KAWAN SAYA

HADIAH AKU UNTUK KORANG
SORANG DAPAT DUA BELON
JANGAN BEREBUT TAW
NI MAKAN DIA KANG

Haluuu darl!!!

nak mengarang about my friends!

especially alip and duan..sbb aku tak tahu nak bagi present apa kat dorang..SO, AKU CERITA SIKIT PASAL KORANG OKAY, JANGAN LA NAK BUAT MUKA TERHARU SANGAT...

m.yusuf aliff bin yaakob (ORANG KL YANG SEKARANG SESAT KAT PEKAN SETELAH LAMA BERTAPA DI KEMAMAN DAN MENGERAM DI KELANTAN)

weh alip, aku tak pasti aku eja nama kau ni betul ke tak..kalau salah mesti kau sedihkan, nama je kawan,,nama ang pun aku tak tahu (SLANG POCONG AND WANI)..actually nama kau ANTIK sangat..

sebab apa?

1. aku tak pasti yusuf ke? Yusuff ke? Yusof ke? Yusoff ke? Ucop ke? Banyak probability taw nama kau ni..semua ni akan hasilkan sebutan yang sama..

2. yang aliff ni aku pasti betul..hee~ elok la aku panggil kau alip je kan beb?

3. nama ayahanda kau?yaakob ke? Ya’kob? Huhu..letih nak fikir nama saje..

sepanjang aku kenal kau sekali je kot aku tulis nama penuh kau, itu pun kau tergedik2 nak aku buatkan cover matematik..memang itu la first dan terakhir aku tulis nama kau kot = serik nak betulkan sebab asyik salah je..nama panjang benar! L huh! Berpeluh nak tulis tahu tak? Kalau nama kau sorang je masa tu tak apa la juga.. ni nama partner pun boleh tahan panjang..salah pula tu,ada Muhammad la tak ada la..(pocong2!)

OKAY! BERBUAL PASAL NAMA KAU JE DA SEPARUH PAGE!

BTW,, THANKS TAW JADI MEMBER AKU,, TIME AKU SUSAH KAU ADA KOT,, TERHARU GILA TIME TU, CUMA TAK SHOW OFF KAT KAU,, NANTI KAU NGANJING AKU! BENCI HEH!

RINDU SEH NAK STUDY DENGAN KAU DENGAN NIK DUE NIK SINGO!

SAMPAI SEKARANG AKU TAK INGAT MACAM MANA BOLEH TERAPAT DENGAN KORANG TAW..(KORANG DA MACAM BODY GUARD AKU, RASA TIBA2 SELAMAT HEH! Hee~)yang DUAN daripada aku benci kau gila2,,tiba2 boleh satu meja study sama2..tu la siapa suruh kacau kawan aku,,tak pasal2 kena black list dengan lengkap kena kutuk dengan aku..MAAF LA EA CIK KEPIT!

Okay alip!Thanks jadi penadah telinga aku time aku tengah tak puas hati dengan someone..kesian kredit kau habiskan? Aku tahu kau tak kisah punya..kata best friend forever gitu..

Thanks belikan ubat, time aku demam..aku order soluble dengan 100plus je kot..tapi kau tambah lagi satu untuk hilangkan kelegaan masa hidung aku tersumbat..(SERIUS,, SAMPAI SEKARANG AKU TAK RETI PAKAI UBAT TU!! PERIT KOT!!)

Oleh disebabkan kau tolong aku DENGAN INI AKU MENGISYTIHARKAN!!

ANDA ADALAH PEN’DELIVER’ TERBAIK!!(okay mengarut)

Lagi satu thanks kerana melayan karenah aku ni, macam2 kan?aku tahu kau tak kisah,, sebab aku kan orang yang baik dan bersopan santun(BERSOPAN SANTUN LA SANGAT! MESTI TELINGA KAU PERIT BILA AKU PEKIK KAT TELINGA KAU KAN?AKU RINDU SEH NAK GADUH DENGAN KAU DENGAN DUAN!

PANJANG PULA UCAPAN AKU KAN..DISEBABKAN IINI BLOG AKU, JADI SUKA HATI AKU LA..

APA2 PUN, AKU MINTA MAAF KALAU ADA SALAH SILAP..

Aku pernah tumbuk perut kau dengan duan kot! Sorry juga aku pernah cubit sehingga meninggalkan kesan mendalam..AKU GERAM KOT KORANG BULI AKU! MANA ADIL! DUA LAWAN SATU! DA LA KORANG BERBADAN SASA! AKU PULA SANGAT COMEL! MEMANG KENA PAKAI KUASA HALILINTAR LA KAN!AKU MANA BOLEH KALAH!

TAK MELAYU HILANG DI DUNIA..HIDUP JOHOR!TIBA2 PULA OK!

Minta maap la korang! Tu la,,buli aku lagi,,salah orang la kan korang nak buli aku!RASA TERCABAR TAW..MEMANG KENA KAW2 LA KORANG..OKAY! SEMUA ITU GURAUAN DAN KENANGAN YANG BEST!

UNTUK NIK DUE NIK SINGO A.K.A RIDUAN BIN AWANG CHIK..HARI TU BDAY KAU AKU TAK SEMPAT NAK TULIS PANJANG2 NI..SEDIKIT SEBANYAK ADA JUGA PESANAN UNTUK KAU..tapi aku da dedicate kan wishes kat kau tak sempat nak suruh kau follow up..

THANKS UNTUK BURGER UPAHAN DARIPADA AKU MENGAJAR KAU..LUPA NAK TERIMA KASIH HARI TU..hee~ (lain kali belanja lagi okay BURGER AYAM SPECIAL)

KALAU AKU TERMARAH KAU KE TEREJEK KAU KE SORRY TAW...AKU SUKA TENGOK KAU MERAJOK..KELAKAR LA DUAN! Hahahaha... J

UNTUK KORANG BERDUA AS BODY GUARD AKU..hee~ AS BEST FRIEND AKU!

HAPPY 21ST BIRTHDAY BABE!

SEMOGA PANJANG UMUR, DIMURAHKAN REZEKI, DIPERMUDAHKANN SEGALA URUSAN, MENCAPAI KEBAHAGIAN DAN KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT, JUGA MENDAPAT REDHA-NYA..AMIN...

APA2 PUN

“MISS YOU ALL”

*KORANG JANGAN NANGIS TERHARU SANGAT DAPAT WISH YANG PANJANG NI..LAGI2 KAU ALIP! AKU TAHU KAU NANGIS KAN! HAHAHAHA...

Yang DUAN jangan merajok2 lagi okay..kau akan jadi lebih tak handsome!

TERIMA KASIH KALIAN YANG BERMATA EMPAT..

HAPPY 21ST BIRTHDAY

DUAN ~ 28.11.11

ALIP ~ 8.12.11


yours sincerely,

keeya mustafa


Wednesday, December 7, 2011

hang0ut with my sister ;)

my second drawing yang HEBAT!!! :)
TERHARU GILA DAPAT MENCONTENG!!!


08 nov 2011
harap2 masa tak berlalu begitu pantas,,
kerana jiwa aku tak boleh terima keadaan di sana,,

cuti ini sangar bermakna kerana secara tiba2!!

kakakku : yah,,esok nak tak kita pergi jalan2?
aku : jalan2?(dalam hati). akak, aku kalau orang ajak jalan2 ni, aku pantang sikit, bukan sikit la, tapi banyak..mana boleh menolak...MESTI LA NAK KAK!!NAK PERGI MANA?(emosi sangat excited)
kakakku : ala teman aku pergi beli tiket..
aku : nak pergi mana pula kau?
kakakku : nak pergi kedah.
aku : wat apa nak pergi sana, bukan kau cuti ke?nak tengok padi ke? pergi kluang je la.
kakakku : nak discuss about research la...and ada ceramah.
aku : owh er? pas tu nak beli tiket je ke? TAK MENARIKNYA!!! :(
kakakku : habis tu kau nak pergi mana?
aku : habis tu tak kan nak keluar semata2 nak beli tiket kau je? lebih baik minta tolong abah yang belikan.
kakakku : hurm, kita pergi ANGSANA nak?
aku : ANGSANA? NICE!! Okay juga tu..pun boleh la kak... yang penting kau belanja..
kakakku : cop! aku pun student lagi okay! kau belanja tambang..
aku : okay set! apa ada hal dengan belanja tambang je kot.

ESOKNYA,

aku : akak, cepatlah siap, da pukul berapa dah, nanti hujan lak, aku malas je nanti hujan nak lencun2 (nampak ye di situ aku begitu excited )
kakakku : ye la, aku siap la ni.

TEPAT PUKUL 10.30 PAGI

aku : ala akak bas 666, da lepas. kita tunggu bas ISKANDAR je la. murah pun murah. lengang kot bas tu.
kakakku : apa2 la yah, janji yang bayarnya kau. (okay,perli aku nampak)

DALAM BEBERAPA MINIT KEMUDIAN SAMPAI JUGA BAS ISKANDAR NI.

aku : cik, taman sri putri 2orang berapa?
pakcikperamah : 3 ringgit je. terima kasih. :)
aku : :)




OKAY, AKU SUKA PAKCIK NI, PAK CIK NI MURAH DENGAN SENYUMAN DAN SANGAT BERBUDI BAHASA :)

OKAY, DAH SAMPAI DEKAT SRI PUTRI. TERIMA KASIH PAK CIK :)

TIBA2,,

aku : akak, hujan sudah nih..
kakakku : nak pergi mana dulu ni? (soalan kurang cerdik daripada akak aku)
aku : akak, kalau dah sampai sini mesti la beli tiket dulu, kau ni blur2 dah kenapa. adoyai.
(okay, aku borak dengan akak memang macam ni, kurang ajar sikit, tapi ada limit okay)
kakakku :kita tengok tiket kat trans dulu la.
aku : akak tutup la tu. dia beraya lagi kot.
kakakku : ala, trans je kot ada gerak pagi.
aku : kita try la tanya kat belah sana lak. awana ada, shmisha ada kot. comfort kot naik shamisha.
kakakku: shamisha lambat la.
aku ; eh akak ni. ko nak gerak pagi kan. lambat pun bukan tak sampai langsung.

KAMI PUN USHA LA SEMUA KEDAI YANG JUAL TIKET. LAST2 MY SISTER BELI TIKET KAT AWANA(sit dia massage sit kot). PADAN LA MAHAL GILA TIKET KAU.TAPI SESUAI LA KOT DENGAN KAU YANG NAK BERJALAN JAUH KAK.

aku : akak,aku lapar la. singgah shell depan tu kejap, aku nak beli my favorite roti.
kakakku : pun boleh. aku pun nak keluarkan duit. habis kot beli tiket saje.
aku : tau tak apa. keluarkan banyak sikit. mana tahu nanti jalan2 aku nak macam2 lak kan (OKAY AMARAN UNTUK AKAK)

lepas selesai semua, kami pun bertolak ke ANGSANA. DESTINASI PUJAAN HATI. LIKE DAMN MUCH SHOPPING THERE.


SAMPAI JE ANGSANA, AKAK AKU MACAM BIASA, DIA AKAN TANYA SOALAN KURANG CERDIK DIA. TAPI TIME TU SOALAN TU DAH JADI SOALAN CERDIK LA SEBAB KENA DENGAN MASA.

kakakku : nak pergi mana dulu ni? (NI LA SOALAN DIA.macam biasa)
aku : usha kasut dulu la kak. cuci mata!
kakakku ; pas tu nak pergi mana?
aku : macam biasa BADAN. (BADAN=toko buku terbaik kat jb selain POPULAR). aku memang nak cari buku ni.
kakakku : okay. lepas tu nak pergi mana?
aku : kau ni banyak tanya la kak. satu2 dulu boleh tak. tengok pada masa la. kalau banyak masa kita cuci mata ke apa ke? MAKAN KE?

AKAK AKU PUN MELAYAN AKU MENGUSHA KASUT.GILA CANTIK KAK. SALE LAGI.
SALE2 PUN KALAU TAK PENTING AKU TAK BELI. LEBIH SUKA USHA DARIPADA TERKELUAR DUIT UNTUK MEMBELI.

ORANG2 MEMBELI BELAH, KAMI MENGUSHA DAN BELAH(BLA)..hee~

SETELAH HABIS MENGUSHA BEBERAPA KASUT, TIBA2 AKU BERKENAN PULA DENGAN KASUT YANG SANGAT2 AKU PERLU UNTUK CUACA SEKARANG YANG TAK EMNENTU DAN ASYIK HUJAN. KALAU ADA KASUT NI, TAK PAYAH PIKIR KAKI LENCUN.TAPI AKU DECIDE BELI NANTI TIME NAK BALIK, TAK PASTI NAK BELI ATAU TAK SEBAB KASUT OUTIH KESAYANGAN AKU, WALUPUN HAMPIR NAZAK, TAPI MASIH BOLEH DIGUNAKAN LAGI. SO, KENA BERFIKIR PANJANG DULU. SAMBIL2 FIKIR, KAMI PERGI CUCI MATA KAT KEDAI BUKU PULA.


SEDAP SIOT BAU BUKU SERIUS :) PELIK JE BAU BUKU SEDAP. MANA TAKNYA AKU CAKAP MACAM TU SEBAB KALAU TIDUR BUKU AKAN DILETAKKAN DI ATAS MUKA UNTUK PENYERAPAN ILMU. OKAY MENGARUT, SEBENARNYA AKU PUN TAK TAU DAH BIASA TIDUR DENGAN BUKU DI ATAS MUKA.

DALAM KEDAI, AKAK AKU PERGI BAHAGIAN NOVEL, AKU PERGI BAHAGIAN GENERAL KNOWLEDGE.

TIME NAK USHA2 BUKU NI, TIBA2 SORANG STAFF KAT SITU, PAPPP! LANGGAR AKU!
APA HAL EH MAMAT NI, AKU TANGAN KANG.
NAK TAU APA REACTION DIA?
DIA TOLEH DAN MENJELING TAK PUAS HATI, SAMBIL SLUMBER SAMBUNG KERJA DIA CARI BUKU UNTUK COSTUMER YANG DARIPADA TADI CARI BUKU TAK JUMPA.

ALA, TENSION LA TU. TENSION2 PUN JANGAN LA SAMPAI LANGGAR ORANG PUN BUAT DEK JE...HEH, MAMAT NI MEMANG NAK KENA TANGAN LU NI, MEMANG WA PANAS HATI. TAK BERBUDI BAHASA. IKUT TAK BAIK AKU MEMANG AKU NAK JUMPA MANAGER KAU JE. TAPI JANGAN RISAU, AKU TAK CAKAP PASAL BENDA REMEH NI. AKU JUST NAK BAGI TAU DIA, APA HAL KEDAI BUKU NI LINTANG PUKANG, BUKU TAK TERSUSUN,KELAN KABUT, SERABUT. AKU TENGOK BAHAGIAN DEPAN BUKAN MAIN TERATUR JE, SAMPAI BELAKANG MASYALLAH, MACAM,,DEN TAK DAPEK NAK NOLONG EH..(OKAY, AKU TAK NAK JUMPA PUN MANAGER KAU)

AKU NAK JUMPA KAU, AKU STILL TAK PUAS HATI LA DENGAN MAMAT NI.

OKAY, DISEBABKAN AKU TAK JUMPA BUKU YANG AKU NAK. AKU SAJA CARI PASAL TANYA MAMAT NI, AS WORKER KAT SITU LAU KENA LA LAYAN AKU AS COSTUMER KAN.

aku : assalamualaikum, buku latihan etnik ada?
mamat ni gelabah kot, nampak kat situ kau da langgar aku tadi kau tak minta maaf.soalan akuni staff lain yang jawab, seorang pekerja baru aku rasa, aku tak tahu la semua tak kena dengan staff kat situ. huh, kelam kabut, macam tak biasa buat kerja. bukan aku nak urgent pun, relax der, cari slow2 okay. tapi jangan terlalu slow, nanti hilang kesabaran aku.

staff : maaf cik, tak ada la. kat dalam sistem komputer pun tak ada.
aku : ait, just look at computer only hah? please find it at the rack la..ad0yai..apakah?sangat malas okay kau ni.(dalam hati je sambil mata aku aim mamat yang aku tak puas hati, tambah mensirap aku la)
aku lagi : adik, buku2 macam tu biasa kat bahagian mana ea?kat situ tak ada ke? mana tau adakan? cuba cari? (dalam hati : takkan la tak ada langsung buku yang student pakai kat kedai buku sebesar ini?)
staff ni pun mengangkat punggungnya yang berat sambil pergi kat bahagian general.
"hah, cik ada pun,ni je yang ada."
kan aku cakap, kena cari dulu, baru cakap ada ke tak ada. susah la kalau 10orang macam korang ni. buang duit syarikat je.
aku : emm..bukan yang ni. tak apa la, terima kasih. :) (nasib aku tak terbuat muka berlagak depan dia )

SETELAH TAK DAPAT APA YANG AKU NAK, AKU CARI LA AKAK AKU YANG TAK MUNCUL2, DAH KATAMKAN 3 NOVEL AGAKNYA.

aku : weh kak, buku aku nak tak ada la. kau beli apa?
kakakku : aku beli ni BUKU RESEPI FOR BREAKFAST!
aku : okay, akak kau nak masak ke?pelik di situ.
kakakku: weh, takkan aku nak beli buku ni je kot, beli buku sudoku nak?
aku ;kau nak belanja ke? okay juga.



KAKAK AKU PUN PERGI LA AMIK BUKU TU, THEN,,,

kakakku : tak kan nak beli je,, weh, kau pilih la buku pape.
aku ; kaukata nak beli novel tadi, asal tak amik?
kakakku : haah er. weh, tolong aku carikan buku under prima tajuk BLA BLA (aku pun tak ingat apa tajuk yang akak aku bebelkan)

SETELAH MENCARI NOVEL TU,OKAY TAK ADA!
tapi akak aku presentkan aku buku grammar, dia tahu aku ni suka buat grammar practice walaupun buat ayat still serabut.then, akak aku pergi bayar.

PUKUL 3.00ptg.

aku : akak,aku nak pergi solat dulu la, dah pukul berapa dah ni, nak balik terus pun kat luar hujan kot.
kakakku : okay, aku pun nak membuang juga. after this kita pergi cari tudung nak?
aku : baiklah, nanti pergi kedai kasut tadi er, aku rasa perlu kasut tu, musim hujan dahsyat kot sekarang ni.

SELEPAS SOLAT, KAMI PUN PERGI KEDAI KASUT DAN BELI KASUT AKU NAK TU.

kakakku: yah, nak cari mana tudung macam kau tu?
aku :nak juga yang macam aku ke?hee~
kakakku ; kenapa tak boleh ke? weh, cepat la kat ne?
aku : hoo. sabar boleh, kat level 5. kat atas semua murah kot. akak, aku lapar la. kau tak lapar ke?
kakakku :lapar juga, jom pergi makan kat noodle station.
aku : weh serious kau, mahal kot. kata student lagi. makan tempat mahal kau belanja okay.
kakakku: tak ada hal la. sedap weh mee wantan dia.
aku : boleh lawan mee wantan UDA tak?akak kita pergi makan kat IMANO la. mee rebus dia sedap kot. tapi lagi sedap mee rebus cikWAHID la.
kakakku : weh, nak pergi mana?
aku : jom sini kejap aku nak tumjuk kau IMANO dengan menu dia.
kakakku : macam sedap je weh!
aku : tapi kalau makan kat sini, malam confirm tak makan taw kak.banyak gila. berbaloi!
kakakku : noodle station je la. aku teringin sangat nak mee wantan dia.

SAMPAI JE NOODLE STATION. KAMI ORDER. OKAY BAPAK MAHAL SEH. AKAK KAU BIAR BETUL HEH NAK BELANJA AKU. TERHARU SEH.AKU AMIK MENU PALING MURAH, AKAK AKU STUDENT LAGI KOT. KAK,AKU JANJI NANTI AKU BELANJA KAU KAT IMANO OKAY!

aku order ice lemon tea with peach and my sis order original ice lemon tea

aku order mee wantan with bbq chicken.. sedap ooo bbq chicken dia!!! ;)

ni my sis punya,, mee wantan with fishball and fish cake...tak tahu la sedap ke tak..tak sempat nak ngecek.. :(


MAKAN SEHINGGA KENYANG, DAN PERGI LEVEL 5 CARI TUDUNG, SAMBIL2 TU AKU USHA SHAWL, GILA KENCANG LAWA SEH. SABAR2! NAFSU TU. WAH SEMUA LAWA. PAKAL SEH AKU STUDENT, DUIT TAK BANYAK, AND BUKAN JENIS AKU CEPAT BERKENAN DAN TERUS MEMBELI, BIASA AKAN CUCI MATA SAJE. ALHAMDULILLAH TASTE AKU MACAM NI.

SELESAI SEMUA, KAMI BALIK,TAMBANG STILL AKU YANG BAYAR OKAY.

INI SEMUA TIKET, PAKAI DUIT YANG ABAH BAGI KAT AKU, BUKAN DUIT AKU.ngee~

SEKIAN TAMAT DARI KAMI, SETELAH BERJALAN SEHARIAN, RASA NAK TERCABUT KAKI.. WONG JOWO OMONG "KUI TUGEL SEKELE!!!"



yours sincerely,
keeya mustafa

Monday, December 5, 2011

CARA MENGELAKKAN KEMURUNGAN

MY DRAWING!!ngee~


~ keluar berjalan-jalan diluar rumah (jalan2 kat taman pun sangat syok!!!)
~ penuhi masa dengan hobi dan aktiviti cergas (emm..kena fikir ni nak buat apa, selain blogging..ngee~)
~ membela haiwan peliharaan (bela kucing - mati, bela hamster - mati, pas ni nak bela sugarglider pula, kalau mati juga memang aku ni tak boleh membela haiwan la...emmm...)
~ luahkan perasaan dengan aktiviti kreatif (blogging memang cara terbaik, siapa yang suka melukis jangan membazir water colour and paper okay!)
~ jauhkan diri dari pusat membeli belah ( shopping? tak boleh? ooooo... kalau window shopping mesti boleh kan?? )
~ bersenam (aku suka poco-poco!! tak tahu la kenapa.. tapi ia sangat happening..jangan sampai pening! )
~ berehat dan mendengar muzik (yang ni dah jadi habit, tak tinggal punya,,lagi2 sebelum tidur,,tapi orang kata kalu buat macam ni otak kita penat..emm...tak tahu la tak sempat buat research)
~ mandi air suam untuk merehatkan minda dan melancarkan pengaliran darah (hurm,,ni zaman sekolah dulu rajin la mandi2 suam ni,,nak kena pergi spa ke??hee~banyak duit awak..)
~ diet!! makan makanan seimbang, lebihkan makan sayur dan buah-buahan, minum teh dengan feel!!!ngee~
~ menangislah untuk meluahkan kesedihan dan ketawalah bagi menceriakan hari anda!!



yours sincerely,
keeya mustafa

Sunday, December 4, 2011

SELAMAT BERPUASA SUNAT AS-SYURA


Barang siapa yang berpuasa esok 9 dan 10 Muharram (isnin dan selasa),

maka pahalanya bersamaan dengan 2 tahun ibadah,

dan bagi yang mengingatkan orang lain pula,

akan mendapat pahala bersamaan dengan 80 tahun ibadah.



yours sincerely,
keeya mustafa

BAIT2 SKRIP DARI CERITA NUR AIN


KADANG-KADANG ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MATAHARI KITA



LALU ALLAH DATANGKAN GURUH DAN KILAT
PUAS KITA MENANGIS
MENUNGGU DAN MENCARI KE MANA HILANGNYA MATAHARI KITA




RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI YANG INDAH


yours sincerely,
keeya mustafa

IMAM AL-GHAZALI SAYS


Menurut Imam GHAZALI Yang jauh Itu WAKTU...
Yang Dekat Itu MATI...
Yang Besar Itu NAFSU...
Yang Berat Itu AMANAH...
Yang Mudah Itu Berbuat DOSA..
Yang Panjang Itu Amal SOLEH...
Dan..
Yang Paling Indah Itu MEMAAFKAN...

Jadikan Sebagai Renungan...



yours sincerely,
keeya mustafa

Friday, December 2, 2011

BILA SUDAH MENGIDAM

bila diri berada di negeri tercinta
tempat yang harus dituju

ANGSANA


HAJI WAHID MEE REBUS




MEDAN SELERA BOMBA LARKIN

MAKANAN YANG SANGAT ENAK SEPERTI



KACANG POOL haji



AWIT CORNER ABC



MEE WANTAN DI HUTAN BANDAR JOHOR BAHRU

HAND MADE OLEH PAKCIK CINA YANG MASUK ISLAM
(ngee~tak tahu namanya,, habis makan terus balik)




tempat syok untuk memborong bagi aku ialah

BAKERY

aku suka betul beli a pack of bread yang banyak sangat variety in one pack

and

mak suka belikan saya
cake inside the bread
seriously
delicious combination
2 in 1



and

kadang2
POTATO BREAD
wooo....very softest bread

THANS A LOT EMAK!! ;)



dulu kat poli, kalau paen dgn mie pergi dating tinggalkan aku sorang2,
nanti paen akan belikan aku

STOLLEN KACANG MERAH

kencang sedap la!!! ;0

terima kasih yep NOOR FHARAHEEN BT RAZALI




kalau pergi KEDAI RUNCIT

ada 6 pilihan roti

1. gardenia butterscooth
2. gardenia chocolate with raisin
3. hawaii larva chocolate
4. hawaii coconut bread
5. potato bread
6. gardenia bonanza bread

kalau ada enam2 ni macam mana ea??

beli semua??

hurm..nafsu semata2...

ASTAGHFIRULLAHALAZIM



selain itu,
aku suka lepaking kat...

McD

main set yang wajib di ORDER

mc CHICKEN set

akan dimakan selapis demi selapis

owh NIKMAT nye!!! ;)



THE POWER PUFF2
BESAR PUNYA PUFF
TELUR REBUS INSIDE
SANGAT KENYANG DAPAT MENIKMATINYA



dessert paling melekat ditekak

ABC COOL BLOG
WITH PEARL AND MILK

menyejukkan tekak yang kering

sangat menelan air liur sekarang ni


Dan tak lupa

mc FLURRY OREO

dah lama tak makan benda ni..

hurm... :(



HEAVY FOOD

NASI GORENG PATAYA



dengan set lengkap
apabila adanya

CARROT SUSU



ataupun

LAICI SUSU

wah....sangat sedap!!!




bihun tomyam pun enak juga rasanya ;)

OKAY!!!
MUWAQI'AH
PLEASE CUT YOUR LISTS
TOO LONG

inilah jadinya bila sudah mengidam
dan merindui tanah air tercintai

cit ayat macam aku kat overseas je..

memang over taw..

okay,,enough ;)



yours sincerely,
walys151009.blogspot.com






PEACE OF FRIDAY


Hari Jumaat ialah hari kebesaran islam bagi orang mukmin. hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslin dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada mas itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh Allah pada hari Jumaat. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah.





Peristiwa pada hari Jumaat
  • Dijadikan nabi Adam, Turunnya ke bumi serta hari dimana wafatnya baginda.
  • Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat
  • Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa
  • Pernikahan antara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha


  • Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa
  • Pernikahan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
  • Pernikahan anatara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
  • Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah
  • Pernikahan antara Sayyidina Ali as dengan Siti Fatimah




  • Kelebihan pada hari Jumaat

    • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
    • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu




    • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud:“Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
    • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
    • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.


    • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
    • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.


    yours sincerely,
    keeya mustafa


    Thursday, December 1, 2011

    MY SWEETEST LECTURER ;)

    okay cik fana, jangan marah dulu k..
    minta izin merompak gambar cik yg sweetest ni satu je..
    hee~


    my sweetest lecturer
    CIK NUR FARHANA HAZWANEE BINTI SULAIMAN
    (gambar di waktu mudanya dahulu kala)
    hee~
    SMILE :)

    sebelum itu nak cerita sikit pasal cik kita ni..
    beliau berasal dari negeri cik wan kembang (kelate kite)

    beliau suka main masak2 kat rumah
    beliau suka makan2
    (pelapis pengacara jalan2 cari makan)
    beliau pecinta haiwan yang bernama KUCING....meow~~~

    rujukan ; dari facebook BELIAU

    (boleh tahan stalker juga saya ni..hee~)
    okay saya tak stalker cik fana, tapi cik fana suka post wall makanan yang enak2 belaka

    motive for this entry?
    just for wish to you my beloved lecturer
    CIK NUR FARHANA HAZWANEE BINTI SULAIMAN

    HAPPY BIRTHDAY
    yang TAK tahu ke berapa ye cik fana,,
    yang penting cik masih under 30 dan muda belia,,
    selamat mengundi,,tiba2 pula ea..

    seperti biasa ucapan hari jadi akan berbunyi begini

    semoga panjang umur
    dimurahkan rezeki
    dipermudahkan segala urusan
    okay,ni baru NASI ea!!

    + lauk (side dish baru)
    may ALLAH blessed you
    dicukupkan semua yang perlu
    diberikan petunjuk
    dipimpin dituntun olehNya

    + berlauk pauk (special dish)
    semoga cik fana dapat jodoh cepat2 ea
    "baru ada yang jealous kalau saya minta KISS"
    ngee~ ;)

    LAMA BENAR CIK JADI JURI KAN?
    setelah sekodeng lelaki idaman malaya
    CALON2 NYA IALAH......

    hurm........ ;)

    ANUAR ZAIN!!!!!
    okay cik fana, just for fun,,,
    dan jangan start untuk berangan!!

    eh cik fana ni??
    berangan lagi???

    please cik fana!!
    stop it ;)

    nak jadi pengapit cik!!!
    (okay, mengarut dan tak ada kena mengena)

    semoga semua hajat cik fana tercapai
    (selit sikit,,, selamat tahun baru hijrah yep!!)

    AMIN YA ALLAH AMIN YA FATTAH AMIN YA MUJIB

    btw,, saya ada special present untk cik fana!!

    SURPRISE!!!! ;)

    kek batik


    kek pisang


    kek lapis


    marble cake


    chocolate cake


    chocolate cup cake

    okay,,cik fana,,

    sabar2,,

    jangan nak terliur pula ea?
    hee~

    bukan main telan air liur nampak?
    haaa~

    saya tahu dah!

    lastly, nanti jangan tiba2 nak cari bahan nak buat kek ye..

    sebab kalau cik fana buat kek, cik fana akan post kat wall dan...

    saya akan telan air liur saja,, bau pun tak dapat kot...

    okay,, sekian saja dari saya...


    yours sincerely, keeya mustafa

    wow awesome!