Friday, February 24, 2012

CerminDiri

"Kepuasan terletak pada usaha, bukan pada hasil. Berusaha dengan keras adalah kemenangan yang hakiki "
" Kebanggaan kita yang terbesar bukan kerana tidak pernah gagal, tetapi bangkit kembali setiap kali kita jatuh"
"Tiadanya keyakinanlah yang membuat orang takut menghadapi tentangan, dan saya percaya pada diri saya sendiri "
" Banyak kegagalan dalam hidup ini disebabkan orang tidak menyedari betapa dekatnya mereka dengan keberhasilan, saat mereka menyerah"
"Semua orang tidak perlu malu kerana berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana dari sebelumnya "
" Kita berdoa jika kesusahan dan memerlukan sesuatu, mestinya kita juga berdoa dalam kegembiraan besar dan rezeki melimpah ruah "
" Bahagian terbaik dari seseorang adalah perbuatan-perbuatan baiknya dan kasihnya yang tidak diketahui orang lain"
" Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, hidup di tepi jalan dan dilempari dengan batu, tapi membalas dengan buah "
" Apabila kamu tidak akan dapat berbuat kebaikan kepada orang lain dengan kekayaanmu, maka berilah mereka kebaikan dengan wajahmu yang berseri-seri, disertai akhlak yang baik "
" Keramah-tamahan dalam perkataan menciptakan keyakinan, keramah-tamahan dalam pemikiran menciptakan kedamaian, keramahtamahan dalam memberi menciptakan kasih

Kaca, arca, dan nama baik, adalah sesuatu yang mudah sekali pecah, dan tak akan dapat dilekatkan kembali tanpa kesan yang nampak"

Wednesday, February 22, 2012

RINDU CIKGU! :) PINJAM BAHU :(


PN HARYATI BINTI ABDUL WAHID (cikgu LUKISAN KEJURUTERAAN)

SAYA RINDU CIKGU!!!
HARI TU DAPAT BORAK SEKEJAP JE.. :(
huhuhu..
RINDU NAK DENGAR NAK TENGOK CIKGU MARAH-MARAH..hehehe..
TAPI SENANG JE NAK COOL KAN CIKGU..

SAYA SENYUMCIKGU MESTI TERSENYUM JUGA..
DAN MARAH-MARAH SAMBIL TERSENYUM,,
LAST2 KITA TERGELAK SAMA-SAMA..
hahaha..

BILA SAYA TANYA CIKGU KENAPA CIKGU GELAK?
CIKGU CAKAP "AWAK NI TAK TAKUT ER SAYA MARAH?"

SAYA SENYUM2 SIPUT JE CIKGU..
CIKGU MARAH KE? KAN CIKGU MENGAJAR NI..SAYA TENGAH FOKUS DALAM IMAN TAW..
hehehe..

p/s : okay cikgu..saya sangat rindukan cikgu..
dan cikgu sangat excited bila saya datang sekolah melawat cikgu..
ada kelapangan saya datang lagi,,banyak benda nak kongsi dengan cikgu..
nak tumpang bahu cikgu,,nak nangis banyak2 boleh tak?
huhuhu..mungkin saya tak kuat buat masa ni,,dan cikgu boleh bagi saya kaunseling macam biasa,,yang selalu saya masuk telinga kanan keluar telinga kiri..

yours sincerely,
keeya mustafa

sentiasa tumbuh segar


Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….

yours faithfully,
keeya mustafa

Tuesday, February 21, 2012

orang atas tolong orang bawah, orang bawah tolong orang atas

jangan menganggap diri dekat dengan Allah,

jika kita tidak pernah beramal padaNya dan juga insan yang memerlukan bantuan sesama makhlukNya,

manusia tidak sempurna tetapi mempunyai harapan yang ada pada setiap insan di duniawi ini,

wahai sahabatku jangan mencari sesuatu yang mustahil utk hidup tetapi belajarlah memahami sesuatu perkara utk mendalami jiwa masing-masing

p/s : jika sekarang kita ada di atas, itu kerana ada orang di bawah yang membantu, jika sekarang kita berada dibawah, itu bermakna suatu hari nanti kita juga akan berada diatas kerana ada orang di atas yang menghulurkan tangan
yours sincerely,
keeya mustafa

Monday, February 20, 2012

kebiasaan DIRI

“Kita sering berkata-kata mengikut kebiasaan;
sering pula kata-kata yang diucap itu tidak pun difikirkan maksudnya;
padahal kata-kata yang sering diulang-ulang itu meresap ke dalam minda bawah sedar
dan membuahkan natijah yang tidak terkawal”


“Kerana itu aku sedaya upaya mengawal agar berkata-kata dengan tepat;
termasuk mengawal ejaan bila berSMS ;
kerana faham dengan mengawal kata-kata sebenarnya aku mengawal mindaku.”


“Mengawal mindaku bermakna mengatur tindakanku.
Mengatur tindakan bermakna aku berusaha mengawal hasilnya…”


yours faithfully,
keeya mustafa

Sunday, February 19, 2012

tutup AIB semua

assalamualaikum sahabat tersayang, :)
info untuk peringatan bersama,

hari tu ada dengar ulasan seorang ustaz tentang pengakuan seorang hamba Allah yang telah membuat dosa besar. bila dengar pengakuan tu memang berdiri bulu roma ni, sangat menakutkan akan azab Allah.

pengakuan berbunyi begini
ustaz, saya seorang wanita bergelar isteri, saya dijodohkan oleh keluarga dengan seorang lelaki yang sangat baik, saya mengharapkan dia sebagai suami menbimbing saya tetapi dia tidak melaksanakan suruhan Allah..

dengan kesedaran saya sendiri saya mencari dan menghadiri kelas agama untuk mencari cahaya dalam islam dan dalam masa yang sama saya telah jatuh hati dengan seorang lelaki yang bergelar ustaz dan berperwatakan lebih baik dari suami saya.

kami berkawan sehingga sampai satu tahap melakukan hubungan sulit dan..

tak sanggup meneruskan kata-kata wanita itu membuat pengakuan tentang dosanya bersama lelaki itu.

soalan daripada wanita itu, samada dia perlu jujur kepada suaminya atau tentang tentang perkara yang telah dia lakukan.

ulasan daripada ustaz,
jangan sesekali puan menceritakan aib puan, membuat pengakuan sebegini juga sepatutnya tidak perlu.
jangan beritahu suami tentang apa yang puan lakukan dan bertaubat lah.

jangan bercerita pada pasangan tentang apa yang buruk yang pernah kita lakukan, tutuplah aib anda..kerana jika aib itu di beritahu sudah pasti runtuh masjid yang dibina.

walaupun perkara buruk sebelum kahwin, perkara dosa seperti tinggal solat sekalipun jangan diberitahu, hubungan dengan orang lain sebelum kahwin juga jangan diberitahu, ini akan menyebabkan hilang hormat antara pasangan.

jika isteri melakukan dosa besar dan suami mengetahui hal itu dan tidak menceraikan isternya, maka DAYUS layak untuk lelaki itu.

ketahuilah wahai ADAM, jangan kamu meletakkan kedudukan kamu ditempat yang hina. membiarkan isteri kamu tidak menutup aurat juga jatuh DAYUS, membiarkan anak perempuan kamu tidak menutup aurat juga DAYUS.

maka ADAM didiklah HAWA untuk sama-sama ke syurga.

p/s : jangan dedah aib orang dan jangan buka aib sendiri

kalau kamu semua ada tengok CEREKARAMA malam tadi JUJUR AKU DAYUS, di situ antara contoh.

wahai isteri jangan kelaur rumah tanpa izin suami, jangan keluar berdua dengan lelaki lain, itu dosa.

wahai suami jangan belanja perempuan lain selain isteri kamu, kamu telah mengambil haknya adalah dosa.

yours sincerely,
keeya mustafa

Friday, February 17, 2012

sekeping HATI dibawa LARI


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

yours sincerely,
keeya mustafa

Thursday, February 16, 2012

kita PERINTIS


Kita perintis,
Merintis jalan-jalan kehidupan remaja

Kita perintis,
Yang merantau di tanah orang demi ilmu,
Bermukim kita di utara,
Dilindungi hulubalang diraja,
Dididik pula pendeta MARA

Kita perintis,
Berkongsi suka duka, tangis tawa,
Pengalaman bersama mencorak 1001 rasa,
Ada jadi pedoman,
Ada jadi pengajaran

Pahit manis masam atau masin,
Halatuju perintis tetap sama,
Mahu berjihad ilmu,
Supaya jadi insan …
Bukan jadi syaitan

Kita merintis di utara,
Di sebuah pesantren milik pribumi,
3 atau 5 tahun berkelana,
Bertemu & berpisah dalam episod mengejar kehidupan,
Namun sejarah telah tercipta,
Hadirnya kita merintis jalan ilmu bagi anak bangsa

Bagai sirih pulang ke gagang,
Ibarat keris terhubus disarungkan kembali,
Umpama kiambang bertaut semula,
Perintis bertemu kembali demi ikatan silaturrahim

yours faithfully,
keeya mustafa

Wednesday, February 15, 2012

MISTERI TEMBIKAI

Seorang makcik nak beli tembikai merah MENYALA,
penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah MENYALA,

tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik,
ianya terlepas dan pecah berderai

bila dilihat isinya berwarna sedikit keputihan,

disebabkan takut di panggil penipu,
si penjual pun berkata,
"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih."

Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.



p/s : mungkin mereka berdua tak dapat bezakan mana satu tembikai merah, tembikai kuning mahupun tembikai susu..owh sangat BERAT MATA MENGAIL BERAT LAGI BAHU yang SEKSI :)) hohoho..

yours sincerely,
keeya mustafa

Tuesday, February 14, 2012

ikhlas kerana ALLAH


Keikhlasan itu
umpama seekor semut hitam
di atas batu yang hitam
di malam yang amat kelam.

Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Keikhlasan
mempunyai kilauan dan sinar
meskipun ribuan mata tidak melihatnya.

p/s : ikhlas lahir dari hati, bukan dari perkataan yang diluahkan.

melakukan sesuatu kerana Allah, tanpa mengharap sebarang balasan.

yours sincerely,
keeya mustafa

ala,,masak nasi je~


kisah : SEPASANG PENGANTIN BARU

suami : darling, tolong masak untuk abang..

isteri : saya tak pandai masak la. kan dah bagi tahu hari tu.

suami : owh lupa pula..kan awak memang bangang bab masak2 ni..tak apa la..darling, u masak nasi, nanti kita beli lauk kat pasar malam.

isteri : ok abang.. nak kutuk pun slow2 la sikit.

si isteri pun masuk ke dapur. dia memasukkan nasi ke dalam periuk bersama air.
si suami yang mengekorinya tadi menjadi hairan dan bertanya :

suami : pasal apa masukkan nasi tu dalam periuk?

isteri : kan abang suruh masak nasi!



suami : MASAK NASI GUNA BERAS BUKAN GUNA NASI YANG SUDAH MASAK!

iateri : abang tak suruh pun masak beras!

suami : sah bangang bini aku ni (dalam hati kuciwa dan menyesal)

p/s : sebenarnya bukan bini dia yang bangang tapi inilah yang menunjukkan isternya TAAT PADA SUAMI.. :)

yours sincerely,
keeya mustafa

Monday, February 13, 2012

kebahagian dalam kejayaan :)



Hidup memerlukan pengorbanan.

pengorbanan memerlukan perjuangan.

perjuangan memerlukan ketabahan.

ketabahan memerlukan keyakinan.

keyakinan pula menentukan kejayaan.

kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

yours faithfully,
keeya mustafa

Saturday, February 11, 2012

cinta tersurat :)



Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

p/s : DENGAN KASIH SAYANG ALLAH, TIADA YANG MUSTAHIL

YA ALLAH, BANTULAH AKU UNTUK SELALU MENGINGATI-MU, BERSYUKUR DENGAN NIKMAT-MU DAN DAPAT MELAKSANAKAN IBADAT KEPADA-MU DENGAN BAIK DAN SEMPURNA.

yours faithfully,
keeya mustafa

ambillah WAKTU


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

yours sincerely,
keeya mustafa

Thursday, February 9, 2012

otak lagi bernilai dari emas


Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

p/s : kerana anugerah Allah memberi keistimewaan kepada manusia yang mempunyai akal fikiran. manusia adalah khalifah teristimewa di dunia ini.

yours faithfully,
keeya mustafa

Wednesday, February 8, 2012

dari awan nano ke tanah gersang

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas DARI AWAN NANO KE TANAH GERSANG..
Juruterbang itu terselamat tetapi 2 orang kenamaan itu mati.

Apabila sedardari koma, juruterbang itu telah disoal siasat oleh pihak polis," Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami."

"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi....


saya telah matikan kipas helikopter tu...."


terkejut BERUK semua polis di situ dgn statement yg diberikan..

p/s : dengan selamba dan muka tdak bersalah jurutebang tu,,rasa nak bagi penampor! belajar tinggi2 tapi huh kurang bijaksana...

macam realkan cerita saya? :)

yours faithfully,
keeya mustafa

kisah doggy gong gong! xD

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup.

Anjing A pun training habis-habisan,

anjing B relaks je.

Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi.

Anjing A tak puas hati,

tapi anjing B kata," Ala ... releks le, aku ni kan anjing laut."



anjing A yg sentap kerana dihina pun merajuk,, lalu anjing B memujuknya dengan penuh kasih sayang..



sweet kan mereka.. :)

p/s : byk2 haiwan anjing yg aku nk buat cerita kan,, dpt ilham semasa hanjing jiran dpn aku ni memekak pabila melihat aku membuang sampah..gong gong ark ark,,(anjing memekak) aku balas balik dengan senyuman yg manis sambil melaungkan AKU TAK ADA MAKANAN LA NAK MAKANAN MINTA TUAN KAU!aku phm bahasa hanjing taw..korang ade..ngee~


peace yoo~

yours sincerely,
keeya mustafa

wow awesome!