Monday, March 4, 2013

DL AGAIN! Alhamdulillah :)

Alhamdulillah untuk semester ini, dengan keringat usaha untuk dapatkan result yang terbaik tercapai juga..

Alhamdulillah, dapat target yang di idamkan..



Akak kata susah nk dapat dean list..fikir positif,.kalau preparation last minute memang la susah.. org lain boleh dapat mesti aku pun boleh, dia manusia, aku pun manusia..tak ada beza pun pandai dengan kurang pandai ni,bezanya malas dengan rajin a.k.a usaha sedikit atau banyak..

dulu masa masuk kelas finance,DR pian cakap susah nak dapat A untuk subjek tu, bekas pelajar dia pun tak ada yang dapat A, kalau dapat pu atas belas ikhsan beliau, agak tercabar aku, kerana MINAT aku bersungguh..memang membuahkan hasil, hasil yang luar biasa, Alhamdulillah A+ untuk subjek finance :)

dan walaupun dah dapat result yang cemerlang, aku kena maintain cgpa sampai final year..oh 2 tahun lagi tak lama pun..ini semua kerana MINAT..kalau tak minat mantul2 semua info tak nak serap dalam otak..hoho..kenangan pahit harus ditepis..puih ;p

MINAT + USAHA = DEAN'S LIST

KENA MAINTAIN CGPA UNTUK KEKALKAN BIASISWA DALAM TANGAN, TAK MAU LA PINJAM2 NI..

OWH YE, BAGI GRADUAN YANG MERUPAKAN PEMINJAM PTPTN, SILA LUNASKAN HUTANG ANDA, SAYA TELAH PUN MENGAMBIL KEPUTUSAN MEMBUAT BAYARAN SECARA SEKELEPUK..HOHHO..ALHAMDULILLAH..NO HUTANG KELILING PINGGANG..

dulu masa diploma pinjam 15000, dapat surat dari ptptn kena bayar 17000, +2000 untuk kos pentadbiran..2000 = pinjaman 1 semester..agak bengkak ea nak bayar kos pentadbiran ni..
tanpa membuang masa aku mohon ujrah iaitu pengurangn 3% kepada 1%, dapat tawaran pengurangan dan hantar dokumen yang sepatutnya, dalam beberapa bulan dapat surat dari ptptn, Alhamdulillah dapat pengurangn dan hanya perlu bayar yang dipinjam sahaja, tak perlu bayar kos pentadbiran.wee~
bajet 2013 : sangat la menjerit, aku dapat kurangkan lagi pembayaran hutang bila bayar sekelepuk kurang 20%..

hoho..khabar ini aku panjangkan kepada ayahanda tercinta,maka keluarlah duit simpanan aku yang berhabuk di bank, tak apalah mula menabung lagi, yang penting hutang langsai, dan khabar tawaran biasiswa daripada pihak yang baik hati sangat membantu pengajian aku..

**SO,JUST MAINTAIN CGPA AND GET DEAN'S LIST UNTIL FINAL YEAR WITH 1ST CLASS DEGREE..INSYA ALLAH..AAMIIN. :)

sincerely,
keeya mustafa

wow awesome!