Monday, November 10, 2014

PENGAPIT TAK JADI

~~sebelum majlis~~
hang ada baju colour ni tak colour tu tak?
-----ni tak tu tak-----

biru lelangit tu aku ada..
--ok, set nanti pakai tu heh--

~~malam berinai~~
bila aku tgk pelamin**
weh, pengapit nak berdiri celah mana? pak besar gila pasu kat tepi tu**
---abg sado pengapit diri celah mana?---
//emm, xyah la pengapit.//

what?? xxoxoxoxoxoxo**
k fine, no wonder batang hidung kipas pon aku tak nampak..

~~hari kejadian~~
baju pengantin meleret**
aku tukang jaga ekor pengantin**eh? hehehe

pengapit lelaki TISU ADA TAK?
**WHAT? no pengapit needed/ alooo dengar tak?
ok bye..

~~sekarang~~
aku still tunggu mana gambar aku, yang akak cameraman janjikan..
sweet talker meh//

dan sekarang pengapit lelaki adalah.......tadadada........

I believe miracle ALWAYS around me..



///mamameayah///

BR//MM

Sunday, August 3, 2014

INI DOA AKU, INI USAHA AKU

Aku sangat berharap dia adalah jodohku, lelaki yang aku kenali selepas abah dan abang, dulu orang kata kami cinta monyet, sebab masih bersekolah, dalam hidup aku tak ada istilah itu, isy..kenapalah kau tak perasan yang aku sedang berusaha mengusha kau..penat dah aku stalk fb kau, wechat kau,,rasanya dah jadi stalker terhebat abad ini..mungkin sudah dikategorikan sebagai gila bayang.hahaha.takutnya!
jujur di sini, dalam solat setiap akhir sujud aku, aku berdoa dengan sepenuh hati supaya Allah makbulkan permintaan aku, aku berharap dia adalah jodoh aku.sangat2 berharap. kadang2 ada rasa untuk menjerit, rasa nak minta tolong pada seseorang supaya sampaikan rasa hati aku ini kat dia. huh bestnya, tak adalah sampai peram perasaan macam ni..ada siap2 boleh tolong? huhuhu..
aku hanya mampu berdoa dan lihat dari jauh, ada juga usaha mulakan perbualan, nampaknya tiada minat perbualan panjang berlaku, aku tanya satu dia jawab satu..kau rasa macam mana, kalau kau ada kat tempat aku? isy, tak tahu lah, nak advance borak pun aku tahu segan dengan malu, dan ada hadnya. macam mana ni? tolong! huhuhu.
“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.
Artinya:
“Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat”.



mumuwawayaya
3/8/2014



Sunday, June 22, 2014

I'm an artist!

Artis kata nye.. okay2! Sape nk sign blh la beratur tegak2, kalau boleh guna pembaris biar xde kurang lebih inci nye..hehehe..ini semua poyo!

Ok kwn2 kalau nak tau apa type korg yg bergelar wanita gugurl boleh layari website yg tertera :

http://www.playbuzz.com/jennifers/what-type-of-woman-are-you-really


Thank you.

21/6/2014
mumuwawayaya

Sunday, June 8, 2014

sedar diri

saya sedar diri saya siapa,
dimana saya berpijak,
abah saya dah bekalkan cukup ilmu untuk saya,
supaya saya cermin diri saya,
supaya saya kenal saya siapa.

SELAMAT HARI BAPA UNTUK ABAH "MY HERO" EVER!


mumuwawayaya
8/6/2014

Saturday, June 7, 2014

ikut saya ;)


FOLLOW ME!!!

https://twitter.com/mumuwawayaya


mumuwawayaya
7/6/2014



Thursday, June 5, 2014

i may nice but not stupid

Bagus la kalau faham, terima kasih. Aku tak buta apatah lagi rabun masih nampak lagi walaupun cuba kau sembunyikan,. Sudah terang lagi bersuluh, tapi masih kau tak nampak, tak apa biar aku suluhkan, moga kau nampak apa yang kau tak nampak..terima kasih kerana terang terangan cubaan memijak kepala aku, ia aku sedar kaki kau memang sampai atas kepala aku, tahniah! Terima kasih sekali lagi!


sang botak egois

Sang botak egois sedang meluaskan kuasnya secara berleluasa,
masalahnya aku yang mangsa lahan ni,
rasa macam nak ceķek2 je, da la kena hadap muka kau hari2,
teringin juga nak bagi tau apa yang aku tak puas hati dengan dia
dan nak tanya dia samada dia ada terfikir atau tidak sebelum buat apa2 keputusan yang melibatkan aku,
samada dia perasan atau tidak yang dia seorang yang pelik
dan penjual ikan yang terkaya abad ini!
Kau memang pelik bro!
Disebabkan tekanan yang aku terima hari ini sangat la melampau,
maka tanpa aku sedari sudah panjang lebar aku bertweet meluahkan perasaan..




mumuwawayaya
4/6/2014




Sunday, June 1, 2014

jangan beri harapan, sakit rasanya

Matlamat tanpa usaha adalah angan-angan. Usaha tanpa matlamat umpama berjalan tanpa tujuan. Matlamat beserta usaha pasti menghasilkan kejayaan

Bagi setiap usaha yang disertai dengan disiplin, pasti akan ada ganjaran yang berganda.

Imaginasi adalah lebih penting daripada kebijaksanaan.

Bodoh adalah apabila anda merasa terlalu pandai dan tidak mahu mendengar nasihat orang lain.

Jangan bazirkan tenaga anda untuk mencari alasan. Sebaliknya, gunakan segala keupayaan anda untuk mencari dan mencipta jalan penyelesaian.

Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian.

Awk..sy mohd arif b abd razak nk pesan awk study smart ye,jgn strees2,mkn ckup2,doa,slt hajat,solat diawal wktu,jgn pksa dri,snym sokmo,think positive,etc.sy tau awk blh.cayok2.

Muwaqi’ah bt mohmad mustafa
7/10/2013

Ini kisah dulu tinggal kenangan.

nasihat dia buat aku, nasihat yang buatkan hati ini bergetar,
tapi hari ini aku dapat tahu dia dah bertunang,
sangat terdiam terkedu dan tak mampu nak cakap apa2.

ya Allah, aku pasrah aku redha, dia bukan jodoh ku, hilangkan rasa sedih ini, sesungguhnya  Engkau Maha Mengetahui segala yang terkandung di langit dan di bumi, jodoh ku mahupun ajalku.

terima kasih ya Allah atas pinjaman yang sementara, jadikan hati ku ini ada rasa kasih untuk mereka yang berhak abah mak abang akak adik sahabat 2.

mumuwawayaya
1/6/2014


Saturday, May 31, 2014

sampaikan aku Ramadhan

Ramadhan tahun ini special cikit
1 Ramadhan : hari jumaat
8 Ramadhan : hari jumaat
15 Ramadhan : hari jumaat
22 Ramadhan : hari jumaat
29 Ramadhan : hari jumaat
Yang tidak banyak diketahui orang bahwa
Ramadhan
tahun ini akan kita tempuhi dengan 5 hari
jumaat, yang tidak
terulang kecuali setiap 20 tahun.
Ramadhan yang akan datang ini akan menjadi
Ramadhan
dengan waktu siang terpanjang selama 33 tahun
ke belakang.
Itu bermakna Ramadhan kali ini memberi
kesempatan bagi kita utk
memperoleh pahala lebih besar dalam 33 tahun.
Ya Allah sampaikanlah kami pada bulan
Ramadhan.
Allahumma aamiin..
allahumma balighna ramadhon..
Insya'Allah. Benda baik , kita share okey .

mumuwawayaya
31/5/2014

Sunday, May 25, 2014

mohon terasa

Orang perempuan, kalau bergaduh dengan orang dia sayang, semua kerja tak jadi. Badmood seharian. Menangis la. Rasa nak demam la. Rasa sakit kepala la. Macam-macam perkara negatif la. Semua benda yang dia nak buat semua tak jadi...
Orang perempuan tak suka kena marah. Tak suka orang garang-garang dengan dia. Tak suka kena tengking. Tak suka diabaikan. Orang perempuan sangat suka bila ada orang ambil berat tentang dia.
Orang perempuan susah nak dengar cakap kalau orang nasihat dia sindir-sindir atau tegur kasar-kasar dengan dia. Bagi dia, cukup cakap baik-baik. Kalau dengan cara itu, in shaa Allah dia mudah terima.
Dan.. orang perempuan sangat suka dipujuk bila dia merajuk! -Nadia Thaherah Ezlan-



SAYA SETUJU!!!

mumuwawayaya
25/5/2014

Thursday, April 24, 2014

reunion meletop!

setelah sekian lama,
lama tak jumpa,
rindu rasa hati,
ingin ku bertemu denganmu

bertemu mereka sahabat2 KJ!

ini KJ bkn yb KJ tapi KEJURUTERAAN..

sahabat semasa di sekolah menengah,
2 tahun berjuang (2006-2007) banyak yang kita tempuh,
kacau kelas orang, kelas paling bising padahal kelas paling sikit jumlah pelajarnya..
bising sampai cikgu disiplin menziarah kami setiap hari..
masa tu lah semua jadi semut..
rajinnya...isy isy isy isy..

dan perangai masing2 tak ubah,dengan cakap TERLABIK nya..
korang mesti tau cakap TERLABIK..
ala contoh macan ni.

AKU NAK MAKAN NASI jadi KA-AU NA-AK KAMAN SANI..

hehehe..macam tu la..aku pun tak fasih sangat macam mereka2 ni :


**topek-komeng-ageng**bonding 3 orang ni sangat terbaik, pergi mana2 mesti bertiga, melainkan keluar dgn awek masing2..hahaha..

disebabkan dah terlalu lama tak jumpa, kami decide untuk dinner kat MELETOP pulai :


last jumpa masa reunion raya round2 rumah cikgu, then sekarang masing2 cuti baru dapat jumpa..


**makan sampai kenyang, masak2 makan2, tak ada la steamboat sangat, banyak meng'grill' je..**


**ini baru starting, my port tapi masak2 geng makan, mereka dah kenyang, baru aku melantak..**


**si gadis manis bertudung tu dayah, aku kagum dengan cara kau bawak kereta, sebab apa? sebab kau bawa manual kot..tercabar rasanya, terima kasih bagi aku menumpang secarta percuma..**

sangat puas hati makan kat MELETOP ni, satu kepala 10 ke 12 ringgit tak silap aku, makan sampai tak boleh nak makan, bukan steamboat atau grill saja, ada juga pencuci mulut, buah2, ais krim, macam2 la ada..memang terbaik..


**owner Altis, aku perati je mamat ni, jealous kot, keja singapore samapi hitam legam berkilat da mukanya, yang penting masyuk~~dia ni single minggle, hahaha...yang sebelah tu bukan awek dia, yang itu sudah berpunya 2 orang anak..tapi kalau berjalan dengan anak, orang tak cakap dia bawa anak tapi bawa adik..huhuhu awet muda, badan pun still maintain..**


**yang ber'shawl ijo tahi lombu tu tak payah kenal la, tak penting..owner this blog je pun..hehehe, aku tetatp aku, aiseh**


**hahaha si topek ni cakap monopod kegilaan kaum hawa, tapi tengok tu perasan nak bermonopod jugak..actually, tu bukan monopod tapi senduk kuah tomyam..budak2 ni..hahaha**

harapan : moga ukhwah yang terjalin kekal hingga ke tua, masing2 sama2 rasa susah senang..ada masa kita kumpul2 lagi ea kawan2..rumah masing2 dekat2 je, tapi nak jumpa punya la susah, maklum la masing2 sudah berkerjaya dan ada komitmen masing2..moga berjaya duani akhirat semua hendaknya.. 

mumuwawaya
24/4/2014




Thursday, April 10, 2014

sweet 24 :) ever

To:sahabat sekalian Noor Fharaheen Razali si mamago yg da masok angin pon xdiam even da shut down..hahaha..Nurin Skema si pengutara cadangan utk benti2 scra tibe2 utk buang hajat, thanks tgk kn waze utk kite..Nur Hasrinyg da makin comel dn brseri bak ko..hahaha..rindu gle kt ko.. Cik Bunga Kekwa geng duet 90's dn penyegan dgn kucing katanye..hehehe, maaf xhntr smpi dpn uma..terima kasih utk surprise birthday in advance a week..cept pulak rse bertambah usia ini..tp tetap rse bangga dgn usia 24 thn ini..maaf agak terlalu emosi semalam..sobsobsob..terharu sgt tak terkata rse nye..oh yee, terima kasih jgk sbb bg terapi terbaik di dunia ini..sayangggggg korang! Ok rse nk nangis..bye..



captured by : icak aka cik bunga kekwa

ucapan dari kak Nina : Selamat hari jadi bdk nakal yg slalu nk jentik n cakar org xtentu psl..haha..Semoge pnjg umo n dimurahkan rezeki..dpt jodoh yg baik — with Muwaqiah Mustafa.

komen dari aku : ye aku memang suka datang workstation kak nina dan tiba2 genggam lengan dia sebab nak serap haba, hahaha betapa sejuk nya workstation aku..boleh jadi frozen food taw..dan part cakor tu kat sini aku kene minta maaf secara terbuka "Kak Nina maafkan kita kalau tercakar mahupun terconteng secara berlebihan, itu cara mengurang tension..anda sebagai tempat melepas geram, nasib la ea..hehehe.."..part jodoh pulak? yang ni buat aku rasa nak terguling guling.. tak perbah fikir sampai ke situ pon, selagi tak ada yang menepati citarasa hati ini..cewahhh..maaf la aku ni sangat memilih sekarang..full stop!

weee~~24 dah kita!!!lalalalala..krik krik krik..


edited by : Kak Nina

mumuwawayaya
10/4/2014


Wednesday, February 26, 2014

oh cctv!

Tahu apa makna rasa terkongkong?
Bila segala gerak geri kau diperhatikan.
Segala perlakuan kau dirakamkan dan di catat.
Ke sana ke mari kau di lihat dan di kenal orang.
Tak perlu terlalu menonjolkan diri orang akan tahu juga hatta kau cuba sembunyi pun.


keeya mustafa
26/2/2014

Friday, January 24, 2014

bila terjatuh..adoi!

bila jatuh? gagal? tersentak? terhantuk?dan ter sebagainya..

ada lagu yang blh buat aku tersedar, bernafas, mati hidup balik, dan yang penting aku masih hidup dan diberi peluang untuk merebut peluang yang masih luas terbentang..

no more putus asa = give up!

terimalah najwa latif-adaMu :

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku adaMu selalu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku adaMu selalu
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kau berikan ku kekuatan
Kerna kau yang satu
Ku tahu ku adaMu
Kerna kau yang satu
Ku tahu ku adaMu
Merenung ke luar jendela



terima kasih Ya Allah..

keeya mustafa
24/1/2014

wow awesome!