Sunday, June 24, 2012

bawang merah.

hidung berair, mata berair akibat pedih memotong atau mengupas bawang merah..
waaaaa... kalau dah kena pedih dia memang tak ingat la nak buat apa, memang aku dah menjerit awal2.. mak tolong mata kita pedih! hahaha nampak tak jakun di situ masuk dapur.. *owh ye, ini semua cerita zaman dulu kala, zaman baru nak belajar2, baru nak tergedik2 masuk dapur, kacau mak masak.. tapi sekarang da pro oke.. ye la,mana pulak aku tak pro, belajar msak dengan pip yang garang tu, masak dengan dia macam masuk kelas masak tentera.. bhahaha,,


baik lah sambung cerita, bila mata pedih, kena percikan air bawang tu, selain menjerit tolong2, aku jirus mata aku dengan air.. lantas aku cakap kat mak aku, malas la nak masak, asal masak je accident..sob..sob..sob..

setelah kejadian tu, mak aku pun pesan, after this letak bawang merah kat hujung pisau, kompom tak pedih.. mak kata mungkin bawang tu rasa berteman bila sama2 ada kat mata pisau, sama2 terkorban ke? aku pon tak paham sangat motif petua ni.. tapi yang penting tak pedih.. dengan berbekalkan nasihat mak, aku pun buat la seperti yang dikatakan.. wah! berkesan, makin rajin la aku tolong mak aku sampai sekarang.. dan mak aku dah goyang kaki sekarang ni, ye la, aku dah pro bab2 masak sekarang ni.. maklum lah umur dah 22, mesti lah kena pandai masak.. hoho aku rasa hebat, dan proud pada diri sendiri.. wink..wink.. ;)

ada juga yang aku dengar kalau nak elak pedih mata masa potong bawang merah, makan lah gula-gula getah.. yang ni aku tak pernah try pulak.. mana mengunyak, mana nak potong.. aku ni dah la fokus gila potong bawang, tak sempat pulak nak kunyah chewing gum.. hoho..

sekarang dah tak perlu tu semua, tak usah letak bawang kat hujung mata pisau, tak usah makan chewing gum bagai.. bak kata aku, zaman pedih2 mata ni dah berlalu, dah hebat sangat ke ape? hahaha.. dan aku sangat rajin la buat kerja kupas bawang bila ada kenduri kendara.. da macam kerja tetap gitu.. tapi yang aku kalah hidung mesti keluar mucous yang tak dapat dikawal.. hah bab ni, petua dia apa pulak er, aku tengok mak cik2 relax je, atau mereka dah pakai mask halimunan untuk elakkan perkara ni terjadi.. apakah?

tak apa lah, mungkin ni masalah kecil yang tak berlarutan seperti masalah politik malaysia sekarang ni.. yang tak sudah2.. erk! politik? keluar tajuk ni..

baiklah ni lah kisah bawang merah, harap bawang putih tidak cemburu. ngee~

yours sincerely,
keeya mustafa

Thursday, June 21, 2012

Bulan Syaaban tiba!

Hari ini 1 Syaaban 1433H..

pejam celik pejam celik dah berlalu bulan Rejab dan lagi sebulan nak bertemu bulan Ramadhan.. wah, tak sabar nak pergi terawih, ade moreh, ade bazar *makan je tau (fokus untuk beribadat dan kawal nafsu ea semua)

oh ye, kita cuma nak kongsi2 dan sebar2 kan tentang kelebihan dalam bulan Syaaban.
Antaranya :
1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda

2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambaNya (ALLAHUAKBAR!)

3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid (SUBHANALLAH!)

4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak (SUBHANALLAH!)

*untuk perkongsian : Malam Nisfu Syaaban difahamkan yaitu : Malam yg mana buku catitan kita selama setahun akan dibawa kelangit, lalu digantikan dgn buku catitan yg baru. Masanya @ 14 ato 15 pertengahan bulan bermula waktu Maghrib



p/s : Oleh itu marilah kita sama2 mencari keredhaan Allah selagi kita masih diberi peluang olehNya untuk bernafas di dunia yang sementara ini…

bulan Syaaban ni jom semuanya berpuasa, melatih diri sebelum bulan Ramadhan..
Al-Hadis : “Tidak aku lihat Rasulullah SAW berpuasa berturut2 bulan,
melainkan pada bulan Syaaban dan Ramadan…” Allahu’alam…

yours faithfully,
keeya mustafa

buku tengok kita!

dalam tahun ni,
berapa banyak dah baca buku?
berapa kali pergi kedai buku?
berapa kali pergi library?
berapa banyak pinjam buku?

jawapan aku cuma satu, BANYAK KALI KOT! bhahaha..
rak buku kat rumah ni pun dah penuh,melimpah ruah buku2.. tapi bacanya bila ada mood..
pergi library, pergi kedai buku, beli buku dah macam hobi, kalau tak pergi tak boleh duduk diam, dah macam cacing kepanasan..

osem kan hobi aku.. kumpul buku dalam masa yang sama buat perangkap habuk..
DAN
satu hari tu, aku pergi satu ceramah, ustaz ni semangat membahaskan MALAS BACA BUKU. WHY?

statement buat aku sentap :
KENAPA MALAS BACA BUKU?
KAN KITA NI KURANG ILMU
KATANYA MAHU ISLAM MAJU
TAPI MALAS BACA BUKU!

ofcos aku terdiam kalau dah speaker sebelah telinga, suara dia pulak loud2 gitu..hohoho.. balik rumah terus termenung tengok rak buku.. rupa2 nya buku ringan yang banyak buku serius,buku pengetahuan kurang banget sih..

buku ringan maksudnya macam novel tu, memang beratur la kat rak tu, makan sampai 2tingkat rak.. tu semua koleksi aku..

buku serius macam buku sirah sejarah pun ada, tapi tu semua bapak aku yang punya..btw aku pun terjebak jugak la baca daripada tak kan..

mungkin satu penyakit kot, bila baca novel mata terang benderang,baca dalam gelap pun boleh lagi..
tapi part baca sejarah ke kitab2 terfaktab ni cepat pulak nak menguap la,mengantuk la, terlentuk la, terang ke gelap ke kompom lena.. senang cerita, inilah ubat tidur terbaik di dunia..

MULA2 KITA TENGOK BUKU, LAMA2 BUKU TENGOK KITA!

entah la ea..ke aku sorang je macam ni.. korang macam mana?
owh ye aku terbaca jugak ada budak ni spesis macam aku..nak tau cerita dia baca rencana kat bawah ni..
RENCANA : Semakin Ramai yang Membaca



Apa2 pun bagi aku buku ringan ke buku serius ke, tetap ada terselit ilmu yang berguna bukan hiburan semata..owh ye, yang penting majalah artis2 memang tak ada kat rumah ni,macam bengong je nak baca pasal artis, tak bosan ke,maksud aku apa paedahnya?ngee~

Dan untuk renungan bersama :
Daripada Anas bin Malik r.a Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud,

"Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim."

(riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la)

p/s : Dianjurkan untuk menuntut ilmu di mana saja kita berada,kerana apa yang kita lakukan adalah mengikut ilmu yang kita ketahui.

ypurs sincerely,
keeya mustafa

Tuesday, June 19, 2012

bila abang aku lapar!

dik aku lapar!

weh, tak menyempat la kau abang, sampai2 terus mintak makanan, tu la rajin sangat balik uma ni kan? kau cuti berapa lama?

hoho..lama la dalam bas, lapar la jadinye, aku sekarang dah keje shift la, baru habis malam, dapat cuti 2hari, esok after lunch aku gerak balik..

dengan berat hatinye aku pergi dapur dan masak, buka freeze..

erm, nak masak apa er..berfikir sambil bernyanyi lagu ni KUATKAN RADIO!KUATKAN RADIO! hahaha..

finally,
1. ikan kerisi goreng
2. nuget yang paling pantas
3. kentang masak kicap
4. sayur kobis goreng

*barang dapur nak habis, so merapu lah aku masak, masak apa yang hado!janji kenyang!

abang aku memang betul2 lapar tahap gaban ni, setiap 15 minit masuk dapur tanya dah siap ke belum..

******************************
dah siap ke belum?
******************************
dah siap ke belum?

hohoho..senyap la, nanti dah siap aku jerit kuat2! oke!

oke! thumb up!

p/s : bila dah siap ---> ABANG DAH SIAP!!!!!!!!!

pandai kau masak macam2?
~well! see my hand, mak is my sifu oke!

memang puas hati kalau masak, dorang makan sampai licin, bahagia gile!

yours faithfully,
keeya mustafa

Monday, June 18, 2012

minyak auntie yuyi osem!

salam sihat semuanya,

based on title entry ni,

minyak yuyi cap limau?

minyak ni pemberian kawan aku cik echa myra,
dia bagi aku masa aku kena attack dengan nyamuk kat hutan..

dengan muka pelik,
aku pun duduk fikir,
yang aku tahu minyak ni untuk orang kembung perut..

weh! echa minyak ni bukan untuk orang kembung perut ke?
~ boleh je guna, nyamuk tak gigit dah kau lepas ni..

aku pun guna la dengan sapu banyak2 dan sesuka hati..
oooooo... bapak berangin..tapi boleh terima lagi la..
sedap je,, sejuk!!!

dalam tengah menikmati minyak yuyi ni,
aku pun terjeling echa punya beg,
woi! lagi besar botol minyak yuyi kau tu, yang kecik ni bagi aku oke!
~ amik la,,aku kan sayang kau..
wink..wink..wink.. :)

owh ye la, minyak yuyi ni la pengubat duka perut aku bila sakit perut,mujarab kot..

korang try la, pasti tak rugi!
sangat berkesan..

lagi satu time aku mengalami masalah penghadaman seperti sembelit, aku sental perut aku dengan minyak ni, sakit perut akan hilang, dan beberapa jam kemudian, aku akan melabur dengan lancar tanpa ada kesesakan lalu lintas.. hahahaha.. (cerita pasal dalam jamban pulak dia)

p/s :ni bukan promote saje2, ni untuk kongsi benda2 yang menghasilkan keuntungan dan kepuasan pengguna diMalaysia ni.. belilah barangan buatan malaysia yang berkualiti dan dijamin berkesan selaras dengan syariah islam.. :)

abang ben ashaari pun akui kehebatan minyak yuyi ni! *klik untuk pantau cerita beliau!

yours faithfully,
keeya mustafa

Sunday, June 17, 2012

Saturday, June 16, 2012

good bye ibrahimovic :(



pagi2 selepas subuh aku teruja menceritakan perihal perlawanan bola sepak antara sweden menentang england..

aku : abah, believe or not? malam tadi kita tak tido tengok bola..
abah : ye ke? abah pening kepala, tak terjaga langsung.. so apa jadi?

berbekalkan ilmu didada, dengan bangga nye aku present perlawanan tersebut bak pengulas sukan terkenal hasbullah awang.. ngee~

owh ye, aku berjaga malam semata-mata menyokong penuh pasukan sweden yang diketuai oleh zlatan ibrahimovic..

aaaaa... dia hensem kot... tinggi! leher besar! bhahahaha.. geli gedik!
BIODATA Zlatan_Ibrahimović

oke2.. bukan nak cerita pasal ibrahimovic semata..

sweden pasukan kedua yang tersingkir dari uefa euro 2012 selepas ireland!

sob...sob...sob... ;(

tapi merka not bad! kalah kepada england 2-3.. tak lah teruk sangat.. walaupun balik sweden tanpa sebarang mata.. janji tak terlalu lembek.. saingan diberi sangat mantap dan bagus!

p/s : aku tak malu pun sokong mereka yang sudah tersingkir awal.. pape pun congrats zlatan ibrahimovic! walaupun sweden dah tersingkir aku percaya SPAIN AKAN MENANG dengan kehebatan Fernando Torres!

AKU TAK SANGKA AKU BERJAGA KERANA BOLA SEPAK! TERLALU EXCITED MELAYAN EURO TAHUN NI!
SIAP TAMPAL JADUAL PERLAWANAN LAGI! KORANG ADA? bhahaha..


yours faithfully,
keeya mustafa

wow awesome!