Friday, May 25, 2012

genap 6tahun :(

genap 6 tahun pemergian dia :( sob...sob..sob..

"janji, jangan nangis!"

"janji! sob..sob.. :("

dia dah pergi,, lama dah dia pergi,, pergi kerana kesalahan aku,, tak dapat aku maafkan diri ini,, kerana kecuaian aku,, kerana keras kepala aku..

dia sebaik selembut umat pernah aku kenal, tiada tandingan.

sejak dia pergi
~tiada lagi susu strawberi :( untuk santapan sebelum aku masuk dewan periksa..
~tiada lagi yang memayungi aku :( diwaktu hujan, sanggup dia sakit demi aku..
~tiada lagi yang menemani aku pergi dan balik sekolah :( sanggup dia berjalan jauh, hujan mahupun panas :(
~tiada lagi yang menjerit ditelinga aku melontarkan kata2 semangat yang sangat aku perlukan dikala duka dikala terjatuh :( dia semangat aku!
~tiada lagi senyuman dan tutur selembut bahasa :(
~yang tinggal hanya harta peninggalannya untuk aku :(
~yang tinggal hanya amanah dia kepada aku :(
~yang tinggal hanya semangat dia dalam diri aku :(
~tiada lagi sehebat dan sebaik dia :(
~mungkin tiada lagi sepertinya di dunia ini :(

dia pejam mata di depan aku, ikutkan hati tak sanggup melihat kebelakang, tapi dia terlalu baik, dia dalam diri aku, kalau bukan kerna dia mungkin aku tiada di dunia ini lagi..

selalu dan kerap kali aku mimpi dia disemadikan :( terjaga dari tidur, dan mengimbas setiap pesanannya.
air mata aku tahan, dia pesan jangan menangis kalau dia pergi, kalau nangis dia akan terseksa di sana..
mungkin pesan itu membuatkan aku lebih kuat dan tidak menangisi pemergiannya.
tiada setitik air mata yang tertumpah sepanjang pemergiannya.

rasa terkilan dan menyesal
hingga sekarang kerana aku tidak pernah memberi dan hanya menerima darinya.
hingga sekarang juga aku masih memanjatkan doa untuknya.

terima kasih Ya Allah atas sekelumit bahagia yang Engkau berikan kepada kami.
semoga Engkau rahmati kehidupannya di sana..

kalau dia masih ada, mesti dia sudah menjadi seorang pegawai polis.
itulah cita2nya, dia yang bersemangat, semangat yang sentiasa terbias kepada aku.
sebenarnya, kuatkah aku tanpa dia? aku cuba!
dan menjadi yang terbaik untuk ibu bapa aku dan juga ibu bapa dia.

sampai syurga,
keeya mustafa

25 mei 2007~25 mei 2012

No comments:

wow awesome!