Thursday, July 19, 2012

kawal emosi,,jangan marah!


Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. *Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

*bila air panas dalam cerek menggelegak, mulalah dia naik histeria. sangat sinonim kan dengan ayat ini! Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.

Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka. MERDEKAKAH KITA?

Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu.
*Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan. *fikir dulu, baru bertindak, jangan main terjah je!

p/s : jangan marah-marah, nanti cepat tua, bila dah nampak tua, mulalah menjerit,
AAAAaaaaa keduuuut! tak dapat mak nak tolong!

yours faithfully,
keeya mustafa

No comments:

wow awesome!