Friday, July 13, 2012

ANAKKU..HIDUP SEKALI BIAR BERERTI

seperti biasa, kedai buku menjadi lubuk aku menangkap, mengait ilmu dan buku. sudut yang selalu menjadi persinggahan aku ialah sudut motivasi yang diterbitkan oleh karangkraf dan alaf21. menelek, membelek, mengimbas setiap tajuk buku, aku tertarik tentang buku ini :

*anakku.. hidup sekali biar bererti..nukilan AYAHANDA ANWAR NURSI
SATU PERINGATAN AGAR ENGKAU TIDAK ALPA
HANYA RM18.00.

kandungan yang paling menarik minat aku
1. NO BOYFRIEND NO PROBLEM
2. NILAI SEORANG SAHABAT
3. ANDAI MARUAH ITU KAU JAGA
4. SOLAT ITU MUDAH.. USAH DILALAIKAN
5. BERAKHALKLAH WAHAI PUTERA PUTERI KU

bila baca buku ni, aku rasa ayahanda anwar nursi ni terlalu dekat menasihati diri aku sebagai anak. nasihat beliau sangat bererti, meremang bulu roma dan menggigil bila ada nasihat dan peringatan yang berkaitan dengan hidup aku, kekhilafan aku, kesilapan yang aku buat dalam hidup. rasa kejadian ciptaan Allah yang sempurna ini telah aku cacat celakan. ASTAGHFIRULLAH, istighfar terluah apabila setiap yang ditinta dalam buku ini rasa tertuju pada diri ini. AMPUNILAH DOSAKU YA ALLAH! jadikan aku anak yang solehah dan tempatkan aku dikalangan hambaMu yang beriman.. amin..

p/s : memang betul takdir semua di tangan Allah, tapi kita sebagai manusia harus melakukan yang terbaik dalam hidup untuk menjadi yang terbaik di mata-Nya bukan di mata manusia sahaja.

ingatlah : Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka.

insyallah, aku akan kongsikan kandungan buku ini untuk kita bersama. moga ada kelapangan :)

yours faithfully,
keeya mustafa

No comments:

wow awesome!