Thursday, August 2, 2012

u.b.a.t

hai obat, hai obat mari beli obat kalau salah obat melompat! toink toink!
ubat by p.ramlee
*inilah lagu ubat yang selalu aku dindangkan sebelum makan ubat.. hai, hai, hai ubat,, be nice with me! aku bukan nak sangat makan kau, kau pun bukan nak sangat duduk dalam badan aku ni.. kan?

dipendekkan cerita sahur tadi aku terpaksa menelan ubat akibat selsema yang tiba2 menyinggah diserobong hidung aku ni..flu meh! aku terjangkit akibat menegur didalam hati apabila mak cik disebelah aku bersin dengan dahsyat ketika solat terawih kelmarin..

dalam hati aku berkata : "habislah aku kena!" *nampak tak khusyuk ea disitu.

akhirnya semalam aku disahkan selsema setelah pergi klinik panel abah.
aku mahu kan ubat selsema yang tidak mengakibatkan rasa mengantuk yang melampau. aku cakap kat nurse tu supaya bagi aku ubat selsema yang apabila makan terasa manis kat lidah. adakah ubat manis? sebab ada la aku minta. dari dulu abah memang bagi yang itu.
*dapat dua papan ubat. perlu diambil 1 kali selepas makan pagi.


tapi aku tak reti makan ubat dengan air masak, mesti kene minum air berperisa, then baru minum air masak. sebab walaupun ubat ini manis dilidah tapi pahit ditekak dan merebak ke seluruh deria rasa. sampai sekarang aku rasa ubat yang aku makan tadi tak masuk dalam perut dan tersangkut kat tekak. *mungkin ubat ni nak makan angin dulu kot. hah! whatever!

p/s : jaga kesihatan, minum air masak banyak2, walaupun aku bukan peminum tegar air masak tapi aku cuba untuk minum air masak sehingga ketagih.

*kurang minum air masak punca kita mudah dijangkitipenyakit kerana antibody sebagai perisai tak kuat.

yours sincerely,
keeya mustafa

No comments:

wow awesome!