Tuesday, August 21, 2012

delicious sangat!

entry ni khas ditujukan kepada mak abah akak abang dan adik tersayang. hih senang cerita untuk family. terima kasih kerana menyokong minat kita!

berada di dapur sangat menyeronokkan.
buat mak terima kasih kerana belikan kita mixer yang besar! wee~ sangat semangat untuk buat cake, muffin, cupcake and biscuit! terima kasih memberi kepercayaan kepada kita untuk membuat kek marble tempahan dari sahabat beliau! dan kita mendapat keuntungan yang Alhamdulillah! satu kepuasan di situ!


buat abah akak adik terima kasih kerana memberi kata semangat dengan menyatakan cupcake yang kau buat sedap dan menyelerakan.


buat abang terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada diri ini untuk menyiapkan cupcake choc sempena hari merisik beliau! dan menyedikan doorgift exclusive sempena engagement day beliau! haish, macam tak percaya! yang penting i can do it! sebabnya aku minat gila buat art!

buat my cousin ain, terima kasih kerana makan choc chip biscuit handmade kita tanpa henti..sedap sangat la tu.. for your information, biskut ni dah masuk4kali raya kita cuba untuk mendapatkan rasa yang awesome, dulu tak rangup,sekarang dah dapat resepi untuk merangupkan biskut dengan kaedah try and error..secret recipe la ni..hehehe..kalah biskut chipmore! wee~


owh ye, untuk percubaan pertama kita membuat biskut mazola kegemaran ku! sangat menjadi dan sedap, tidak telalu rapuh dan bila masuk ke dalam mulut sekali mesti nak makan berkali kali.. hee~ dulu masa kat poli, selalu berebut dengan icak beli biskut ni, akak yang jual biskut ni, aku rasa dah kaya sebab kita orang yang jadi costumer tetap, hari2 beli 2ringgit..kalau habis aku suruh akak tu bawa lagi, sebab dah addicted sangat..dan lepas ni tak payah nak berebut dengan icak lagi.. sebab saya dah pandai buat sendiri!


p/s ; mood tak sabar nak tolong abang buat hantaran untuk merisik..aiseh! rasa awesome dan teruja nak buat art..siapa2 nak nak tempah pun boleh,,insyallah terbaik, baru tahu ada skill untuk semua ni..reazeki ayam nampak dikaki, rezeki manusia semua dari Allah..harap semua menyokong urusan terbaru saya ini..

yours faithfully,
keeya mustafa

No comments:

wow awesome!