Sunday, February 19, 2012

tutup AIB semua

assalamualaikum sahabat tersayang, :)
info untuk peringatan bersama,

hari tu ada dengar ulasan seorang ustaz tentang pengakuan seorang hamba Allah yang telah membuat dosa besar. bila dengar pengakuan tu memang berdiri bulu roma ni, sangat menakutkan akan azab Allah.

pengakuan berbunyi begini
ustaz, saya seorang wanita bergelar isteri, saya dijodohkan oleh keluarga dengan seorang lelaki yang sangat baik, saya mengharapkan dia sebagai suami menbimbing saya tetapi dia tidak melaksanakan suruhan Allah..

dengan kesedaran saya sendiri saya mencari dan menghadiri kelas agama untuk mencari cahaya dalam islam dan dalam masa yang sama saya telah jatuh hati dengan seorang lelaki yang bergelar ustaz dan berperwatakan lebih baik dari suami saya.

kami berkawan sehingga sampai satu tahap melakukan hubungan sulit dan..

tak sanggup meneruskan kata-kata wanita itu membuat pengakuan tentang dosanya bersama lelaki itu.

soalan daripada wanita itu, samada dia perlu jujur kepada suaminya atau tentang tentang perkara yang telah dia lakukan.

ulasan daripada ustaz,
jangan sesekali puan menceritakan aib puan, membuat pengakuan sebegini juga sepatutnya tidak perlu.
jangan beritahu suami tentang apa yang puan lakukan dan bertaubat lah.

jangan bercerita pada pasangan tentang apa yang buruk yang pernah kita lakukan, tutuplah aib anda..kerana jika aib itu di beritahu sudah pasti runtuh masjid yang dibina.

walaupun perkara buruk sebelum kahwin, perkara dosa seperti tinggal solat sekalipun jangan diberitahu, hubungan dengan orang lain sebelum kahwin juga jangan diberitahu, ini akan menyebabkan hilang hormat antara pasangan.

jika isteri melakukan dosa besar dan suami mengetahui hal itu dan tidak menceraikan isternya, maka DAYUS layak untuk lelaki itu.

ketahuilah wahai ADAM, jangan kamu meletakkan kedudukan kamu ditempat yang hina. membiarkan isteri kamu tidak menutup aurat juga jatuh DAYUS, membiarkan anak perempuan kamu tidak menutup aurat juga DAYUS.

maka ADAM didiklah HAWA untuk sama-sama ke syurga.

p/s : jangan dedah aib orang dan jangan buka aib sendiri

kalau kamu semua ada tengok CEREKARAMA malam tadi JUJUR AKU DAYUS, di situ antara contoh.

wahai isteri jangan kelaur rumah tanpa izin suami, jangan keluar berdua dengan lelaki lain, itu dosa.

wahai suami jangan belanja perempuan lain selain isteri kamu, kamu telah mengambil haknya adalah dosa.

yours sincerely,
keeya mustafa

wow awesome!