Sunday, February 5, 2012

SUNAHNYA KITA KERJAKAN SHAFAATNYA KITA KEJARKAN


للّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ ..
Salam Maulidur Rasul buat semua

Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya,

“Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi).

Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128. Malah Rasulullah pernah bersabda:

"Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

p/s: sunah baginda saw kita kerjakan dan shafaat baginda saw kita kejarkan :)

your faithfully,
keeya mustafa

7 comments:

Puan Eka said...

salam maulidur rasul :)

Unknown said...

:)

baginda memang penuh dengan rasa cinta...Cintanya adalah cinta teragung..kita sebagai umatnya hendaklah mencintai beliau sebagai mana beliau mencintai kita..

iAmCekbolat said...

salam maulidur =)

Unknown said...

kamu semua salam maulidur rasul :)

@boni : sebelum baginda wafat,,baginda telah menunjukkan kasih sygnya pd umatnya..umat ku, umatku, umatku :)

Unknown said...

itulah..betapa kasihnya beliau kepada kita semua..jadi tak salah kita mencintai beliau lebih daripada kita mencintai manusia yang lain..

Unknown said...

@boni : boleh jd ustaz ni :) like ur comment (/)

Unknown said...

haha..saya tak layak la utk capai taraf tuh..ilmu saya cetek..

wow awesome!