Monday, September 5, 2016

Rezeki tak berbau

Salam kasih sayang

Moga pintu rezeki dari Allah terbuka luas untuk semua

Tiba2 kita aktif berblog, mungkin banyak sangat minum cool blog.. eh! Tapi sedap tawwww. Dah jadi faberet suami sejak beristerikan saya. Haha okay abaikan iklan tak berbayar ni.

Pernah dengarkan statement ni "malang tak berbau" malang tak ada ketiak, memang tak berbauuu.. haha okay lawak hambar,..

Samalah dengan rezeki, rezeki juga tak berbau, kita memang tak tahu, tapi kunci untuk dapatkan rezeki tu sama doa usaha ikhtiar tawakal. Tak kira berapa banyak kita doa kita usaha, pasti ada bahagian kita, jangan risau, Allah ada.. bila tiba masa waktu yang sesuai Allah akan beri.

Ada yang mungkin tahap kesabarannya kurang, jadi ada yang persoalkan dia dah lama doa, dah lama usaha tapi masih begitu. Jangan mengeluh kawan, jangan kau persoalkan, kau bukan siapa2. Ingat Allah sentiasa mendengar, mendengar doa kau, Dia sangat suka Dia sangat rindu doa hambaNya. Teruskan doa teruskan usaha, mana tahu rezeki yang Allah nak beri lebih dari apa yang kau inginkan. Rezekikan tak berbauuu. Alangkan nabi yunus AS pun berdoa beratus tahun lamaya minta keampunan Allah. Apa pula kita ni. Fikirkan lah kawan.

Sebut tentang rezeki, rezeki selepas kahwin, masih orang persoalkan, aku tahulah antara tujuan mendirikan rumahtangga tu salah satunya memanjangkan zuriat keturunan. Tapi itu kan semua rezeki. Rasanya dari sekolah lagi cikgu ada cakap rezeki jodoh pertemuan ajal maut semua ketentuan Allah. Sekarang siapa kamu nak mempersoalkan ketentuan Allah? Maka jangan tanya soalan janganlah menjadikan kekurangan seseorang itu satu perlian, elakkan bertanya
1. Umur dah banyak, bila nak kahwin? (Perli+soalan deep!)
2. Nampak berisi sekarang, dah ada isi? (Ni pun boleh kasi tapak)

Sekarang jawapan apa yang sesuai nak bagi kat mereka ni?
Ikut hati memang jahat jawapan yang akan keluar tapi aku lebih suka gelak ketawa dan senyum je bila diajukan soalan macam ni. Dalam masa yang sama mereka akan speechless. Orang yang menyibuk ni kalau dilayan esok lusa dia tanya lagi.

Jadi buat macam aku,, hahaha lucunya soalan.. kau gelakkan je.. simple!

Kalau nak diikutkan banyak lagi soalan yang tak membina drpd orang sekeliling ni.. siapa2 yang pernah terkena macam aku ni, banyakkan bersabar, Allah ada, jangan kita lupa Allah. Berusaha, bertawakal dan berserahlah. Bila sampai waktu yang tepat, maka hadirlah rezeki jodoh zuriat mahupun ajal.

Kadang iman aku ni pun tak kuat, cengeng gembeng, tapi aku kuatkan balik dengan muhasabah diri, sama macam apa yang aku huraikan tadi, benda2 positif macam tu yang dapat sejukkan hati ni. Memang terasa lapang dada, hilang sakit hati.

Doakan kami, moga ada rezeki mendatang untuk kami, rezeki yang berpanjangan, begitu juga doa kami untuk anda, sama2 lah kita..

Salam sayang muah muah
Muwaqiah Mustafa
(Isteri kepada Syuwari Sutrisno)



No comments:

wow awesome!