Sunday, January 22, 2012

yang LAMA


cerita lama
dosa lama
cinta lama
sebentar lagi kita tinggalkan
bukan selamanya lupa
hanya dibenam dalam benak memori sementara

aku salut cerita lama yg keji
aku salut dosa lama hina tak terperi
aku salut cinta lama tak berkronologi
satu dua pejam celik
dunia makin tua
kita makin dewasa

adakah sejarah akan berulang?
pasti yang hitam kelat tak mahu di ingat
yang semanis kurma dipersilakan bergelimpangan
dengan mengharapkan si hitam
sedikit-sedikit memaparkan urna-urna bahagia
kuning, merah dan biru

cerita lama
dosa lama
cinta lama
sebentar lagi kita tinggalkan
bukan selamanya lupa
selamat datang angka dua belas


yours faithfully,
keeya mustafa

3 comments:

iAmCekbolat said...

ecece.. jiwang smcm je.. haa

Cik tikah said...

luapakan yang lama :)

Unknown said...

hehe..sekali sekilo nak jiwanng nih.. :))

wow awesome!