Friday, December 2, 2011

PEACE OF FRIDAY


Hari Jumaat ialah hari kebesaran islam bagi orang mukmin. hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslin dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada mas itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh Allah pada hari Jumaat. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah.





Peristiwa pada hari Jumaat
  • Dijadikan nabi Adam, Turunnya ke bumi serta hari dimana wafatnya baginda.
  • Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat
  • Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa
  • Pernikahan antara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha


  • Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa
  • Pernikahan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
  • Pernikahan anatara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
  • Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah
  • Pernikahan antara Sayyidina Ali as dengan Siti Fatimah




  • Kelebihan pada hari Jumaat

    • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
    • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu




    • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud:“Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
    • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
    • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.


    • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
    • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.


    yours sincerely,
    keeya mustafa


    No comments:

    wow awesome!