Wednesday, October 31, 2012

best betul subjek berduit.

sem ni kena belajar financial management, hohoho bontang mato den nengok nombor berangkai ni,rasa macam nak pakai kanta pembesar supaya tak ada tersalah tengok nombor, tapi yang penting jari jemari akak ni dah makin laju mengira,tokey lombu kt pekan ayer panas tu pon kalah wa cakap sama lu, pergh2 wow gittu kn..DR Pian, lec finance sangat lah tegas,assignment 1 je tapi markah sampai 30, kalau silap nk cekau mana dah markah, so nak tak nak kena lah fokus, berhati-hati, asah mata sampai tajam, no quiz no mark from quiz, just ada 1 assignment, 2test yang markah dia sangat lah berrrrrrrrrrr, 4question no pilih2, amik kau jawab semua, ko ada?aku je yang ada DR sehebat ini, and lastly final, and DR Pian pesan "awak buat je sehabis baik kalau saya boleh tolong saya tolong". so cool okay! tapi agak gerun juga bila DR show off kan markah senior lepas, ramai jugak fail dan ramai jugak yang dia tolong untuk cukup2 makan dan nyawa2 ikan, kami satu kelas sangat lah ternganga sampai lalat pun boleh main pondok2,huhuhu...pengalaman 1st kelas finance, sumpah semua ternganga, semua tak ada basic finance, gelak sendiri aku tengok semua orang, bila DR perasan semua diam dan tak ada respon atas semua soalan yang diajukan, baru lah dia tanya soalan "siapa yang ada basic finance". kami senyap tanpa berita, bagai malaikat baru lalu disebelah. DR tak boleh nak tolong dari awal, so kami kena study hard untuk pandai dan bijaksana dalam menerokai dunia finance, tak kan dah berada di utm ni masih nak kene suapkan semua, tak sajak la kan. apa2 pun insya Allah tak ada masalah untul subjek ni, lagi pun aku minat, susah macam mana pun kalau minat semua jadi senang, lain la cerita kalau aku tak minat, pelbagai cara akan aku buat supaya dah tak terlibat langsung untuk mendera diri sendiri. contoh masa kat poli dulu, senior cakap kejuruteraan tanah susah la apa la ini la, padahal benda yang bagi dorang susah bagi aku sangat senang sebab aku minat dan finally hasilnya syukur sangat. kesimpulannya, bergantung la pada seseorang menyusun masa depan masing2. setakat ni aku sangat bersyukur dengan pilihan yang aku buat, mungkin ini rezeki untuk aku, peluang aku buat yang terbaik untuk mak dan abah. insya Allah 1st class degree :) momentum pointer akan sentiasa stabil dan berada pada level yang terbaik dan tidak akan sesekali jatuh. yeah aku akan pastikan, bak kata DR Azizah, senang je nak cemerlang, follow the rules and do the best.. :) dan untuk meneruskan perjuangan aku harus siapkan assignment finance ni a.s.a.p even due date untuk submit lama lagi, disebabkan minat semangat la aku nak buat, lagi2 bila dah paham, sengih je la buat..hahaha nampak tak berlagak, da pandai senyap2 sudah, kongsi ilmu jangan kedekut ilmu, kalau kedekut ilmu, ilmu tu tak berkembang, dan tak ada amalan berpanjangan..

okay sampai sini dulu, lepas ni aku nak kongsi cerita seorang kakak dan juga kawan aku yang sangat baik. Allah hantar dia untuk aku, teriam aksih Allah :)

yours sincerely,
keeya mustafa

No comments:

wow awesome!