Showing posts with label ulat buku. Show all posts
Showing posts with label ulat buku. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

santai c.i.n.t.a..yew! jiwa nye!

emergency! icu please! hahaha.. dah kenapa pulak kau ni? tiba2 je yop!
penyakit beli buku aku telah merebak dan sangat kritikal buat masa ni, menurut kata doktor dah tahap 4..hahaha,, positifkan penyakit ni, bukan senang nak dapat.. ni namanya penyakit ulat buku,, apa nak buat, dah terjebak melepak kat kedai buku..
kalau dah tersesat kat situ, memang sah beli satu buku, tangan mesti ada something, tak akan kosong keluar dari kedai buku..

ok! lupakan penyakit ulat buku,, aku sebenarnya nak kongsi satu buku yang kecil, simple, santai dan yang penting aku suka penulisnya! iaitu DATo' FAZLEY YAAKOB! ops! pembetulan bukan suka2! tapi suka karisma beliau..

owh ye! inilah buku nya!

*MOTIVASI SANTAI #cinta @FazleyYaakob
terbitan karangkraf, cuma RM9.90 sahaja

untuk makluman semua, buku ini beliau tulis untuk orang yang perlukan kata2 cinta a.k.a jiwang, ia juga sebagai panduan dan renungan bersama. buku ini sesuai untuk dijadikan pengganti diri dan pengganti sms bagi mereka yang sedang dan ingin bercinta.

erk? macam mana aku boleh terlibat membeli buku ini? *hohoho tak sajak langsung.. sebenarnya masa pegang buku ni, aku tak belek2 pun, terus je amik sebab dato' fazley yang tulis! ok bukan2! sebab minat dengan karisma dato' fazley. peace yaw!

dato' fazley menjadikan buku ini sebagai penghargaan kepada semua followers beliau di twitter.. *hohoho. terharu beta!

p/s : congrats Dato' Fazley, menang MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA YANG PERTAMA! wee~

yours sincerely,
keeya mustafa

Tuesday, July 17, 2012

HADIAH CINTA UNTUK ILAHI

salam semua, kita nak kongsi satu buku yang paling sesuai untuk makanan minda dan menambah ilmu agama. bak kata pepatah melayu 'menuntut ilmu biarlah sampai ke negara china'. jauhnya sampai negara china? bukanlah sampai ke sana, tapi maksudnya selagi masih bernyawa, ilmu perlu dicari kerana ilmu ada dimana sahaja dekat atau jauh, dengan ibu bapa kita juga kita boleh dapat ilmu, dengan guru atau pensyarah sudah semestinya. pepatah arab juga ada mengatakan 'menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim'.


*HADIAH CINTA UNTUK ILAHI NUKILAN MUHAMMAD RASHIDI BIN HAJI WAHAB
TERBITAN KARANGKRAF BERHARGA RM18 SAHAJA

penulis berasal dari kedah, baru berusia 27 tahun dan sedang melanjutkan pengajian diperingkat sarjana(MA)Usuluddin di UDM/UniSZA.

buku ini mesti kita miliki kerana terdapat kupasan Ramadhan dan ibadah puasa secara mendalam, lengkap dengan sejarah, panduan ibadat, kelebihan dan keistimewaan setiap ibadat, membantu memahami persoalan puasa dengan lebih terang, mendapatkan kualiti puasa yang optimum, memandu mengisi waktu ramadhan dengan mendekatkan diri dengan-Nya dan akhir sekali mendapat impak puasa yang unggul.

p/s : pada pendapat saya, buku ini sangat bagus kerana memberi penerangan yang teliti berkenaan puasa, penekanan perkara yang penting yang selalu dipandang ringan telah memberi kesedaran supaya lebih berdisiplin dan berhati-hati dalam melakukan sesuatu ibadat supaya diterima dan diberkati Allah. *testimoni saya :)

'SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK" BERSAMA KITA MENDEKATKAN DIRI PADA-NYA DAN SEMOGA SEGALA IBADAH KITA DITERIMA. AMIN. :)

yours faithfully,
keeya mustafa

Friday, July 13, 2012

ANAKKU..HIDUP SEKALI BIAR BERERTI

seperti biasa, kedai buku menjadi lubuk aku menangkap, mengait ilmu dan buku. sudut yang selalu menjadi persinggahan aku ialah sudut motivasi yang diterbitkan oleh karangkraf dan alaf21. menelek, membelek, mengimbas setiap tajuk buku, aku tertarik tentang buku ini :

*anakku.. hidup sekali biar bererti..nukilan AYAHANDA ANWAR NURSI
SATU PERINGATAN AGAR ENGKAU TIDAK ALPA
HANYA RM18.00.

kandungan yang paling menarik minat aku
1. NO BOYFRIEND NO PROBLEM
2. NILAI SEORANG SAHABAT
3. ANDAI MARUAH ITU KAU JAGA
4. SOLAT ITU MUDAH.. USAH DILALAIKAN
5. BERAKHALKLAH WAHAI PUTERA PUTERI KU

bila baca buku ni, aku rasa ayahanda anwar nursi ni terlalu dekat menasihati diri aku sebagai anak. nasihat beliau sangat bererti, meremang bulu roma dan menggigil bila ada nasihat dan peringatan yang berkaitan dengan hidup aku, kekhilafan aku, kesilapan yang aku buat dalam hidup. rasa kejadian ciptaan Allah yang sempurna ini telah aku cacat celakan. ASTAGHFIRULLAH, istighfar terluah apabila setiap yang ditinta dalam buku ini rasa tertuju pada diri ini. AMPUNILAH DOSAKU YA ALLAH! jadikan aku anak yang solehah dan tempatkan aku dikalangan hambaMu yang beriman.. amin..

p/s : memang betul takdir semua di tangan Allah, tapi kita sebagai manusia harus melakukan yang terbaik dalam hidup untuk menjadi yang terbaik di mata-Nya bukan di mata manusia sahaja.

ingatlah : Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka.

insyallah, aku akan kongsikan kandungan buku ini untuk kita bersama. moga ada kelapangan :)

yours faithfully,
keeya mustafa

wow awesome!