Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau
atau marah kerana kesilapan orang lain.
Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang
lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang
kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.
Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik,
badan lakukan perkara baik.
Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang
telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan
mendengar.
Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang
lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada
diri anda sendiri.
Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang
ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya
orang yang sangat pandai.
Hadiah yang paling berharga buat teman ialah
bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.
**siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya..
huhu~~das das das###
sincerely,
mumuwawayaya
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Friday, March 6, 2015
Wednesday, August 1, 2012
merdekakah kita?
selamat tinggal bulan julai, selamat datang bulan ogos. ye! anda percaya atau tidak sudah bulan ogos sekarang ni, sangat pantas masa berlalu. seperti biasa bulan ogos akan dikaitkan dengan bulan kemerdekaan Malaysia. Pada tanggal 31 ogos 2012 yang bakal kita raikan, kemerdekaan negara sudah mencapai tahun yang ke-55. wow! sudah 55 tahun, tapi persoalan di sini, merdekakah kita?
rasuah?-----> hentikan demi Malaysia!
penindasan?----->hentikan demi Malaysia!
sendikit?-----> hentikan demi Malaysia!
demontrasi haram?-----> hentikan demi Malaysia!
tapi mampukah kita menangani masalah negara ini?
apakah definisi dari kata merdeka?
di zaman penuh huru hara dan kepentingan berbeza
saat informasi negara dicantas
oleh belenggu penguasa yang memerhati
melukai kemerdekaan dan tercemar
sikap pentingkan diri untuk mencapai kemajuan
ataukah penguasa mencari peluang
korbankan jalur kejayaan yang tersedia
banyak pihak menjadi timpang melangkah pincang
menganggap rakyat tidak pandai membezakan
menyebaran janji manis yang tidak tepat
dunia maya dunia politik di depan mata
penguasa sibuk mencipta nama
bersikap seperti anak yang merengek
berbincang kekangan informasi sehingga tertidur
menganggap tugas wakil rakyat seperti keseronokan
kerusi oleh pengkorupsi pasti tidak terurus
hendak mengatur banyak kejayaan institusi
sementara banyak hal penting yang tak terbentang
hal sama sejak zaman merdeka
kemiskinan, pendidikan, kesihatan, kemudahan
peluang dirosak dengan kerakusan
menjerit memekik ke sana sini tak mememikir yang lain
mewakilkan rakyatnya dengan hanya tidur di kerusi
hentikan permainan kami manusia punya akal
dianggap tidak pandai menapis informasi
bukan kami hanya menadah tangan
paling tidak usaha dan tenaga kami hulurkan
demi negara tercinta
yours sincerely,
keeya mustafa
Thursday, July 19, 2012
kawal emosi,,jangan marah!
Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. *Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.
*bila air panas dalam cerek menggelegak, mulalah dia naik histeria. sangat sinonim kan dengan ayat ini! Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.
Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka. MERDEKAKAH KITA?
Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu.
*Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.
Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan. *fikir dulu, baru bertindak, jangan main terjah je!
p/s : jangan marah-marah, nanti cepat tua, bila dah nampak tua, mulalah menjerit,
AAAAaaaaa keduuuut! tak dapat mak nak tolong!
yours faithfully,
keeya mustafa
Saturday, May 19, 2012
Friday, May 18, 2012
tips dari yan!
hye darl,
member blog aku ade bagi tips a.k.a nasihat,
dia cakap kalau nak curhat apa2 kat blog ni kena happy,
jgn stres, jgn bengang dgn org..
maklumlah kalau marah2 ni kan ada yang merasuk..
aku pun baru la perasan, betul la yan cakap..
kalau marah2 ni, start la nak maki2 org..hohoho..tiba2 aku rasa tak matang pulak bila part posting statement time marah kan..
memang semua terkeluar la..dan realitinya jugak kalau marah2 memang begitu..

istighfar byk aku..
TERIMA KASIH YAN BAGI NASIHAT! KAU MEMANG AWESOME!
selebriti blog skrg ni,,tgh famous)

pesan cikgu! :)
hye darl, walaupun hari guru dah lepas beberapa hari ni,, still aku rasa kehangatan nye..hee~ da macam raya pulak..
sebabnya,, dapat lepas rindu kat cikgu kot! korang ade? hehe.. aku makin semangat nak exam bulan depan ni..hoho..cikgu pembakar semangat aku!
picnic dgn cikgu mmg awesome! picnic dgn double cheese burger, french fries and lemon tea! wah heaven sgt!
cikgu pesan jgn give up!
cikgu pesan jgn ponteng class! (perli la tu)
cikgu pesan kalau stress contact dy!
cikgu pesan makan byk sikit! (aku stres sampai jd papan?)
bukan cantik pun kurus..
hahaha..aku redha kot cikgu ckp aku tak cantik,,sengih sudah :)

pesanan cikgu bertakhta dihati lah! hooyeah!
TERIMA KASIH CIKGU YATI!

Friday, May 11, 2012
forgive for happiness :)
Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan
akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.

Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan
fikiran kamu sendiri.
Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang
lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang
lain secara sukarela.

Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan
bukannya di tangan orang lain.
Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita
sendiri.

Wednesday, May 9, 2012
kat mana lagi sekeping?
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
p/s : saya dah cakap kat mak dgn abah,,tolong carikan untuk saya. redha Allah terletak pada redha ibu bapa :) aku percaya!
yours sincerely.
keeya mustafa
Tuesday, May 8, 2012
dalam diri kamu adalah kamu
Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut
diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada
tidak bercakap langsung.

Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah
orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.

Orang berjaya tidak pernah putus asa.
Sebaliknya orang yang mudah putus asa
ialah orang yang tidak akan berjaya.

Monday, May 7, 2012
HARGAI YANG ADA :)
Bila sesuatu itu pergi dahulunya tanpa dikenang maka akan ada yang sedar akan kehilangannya,
setiap hidup penuh warna yang sukar dicorak mengikut perasaan,
namun dapat disatu dengan sepakat yang akan membawa berkat.

Hidup ini terlalu cepat berakhir namun perlahan untuk bermula.
Oleh itu kita harus menghargai sesuatu yang kita sayangi agar akan ada sinar harapan yang membawa sesuatu nikmat kehidupan menuju alam kebahagiaan........

yours sincerely,
keeyamustafa

GRAB IT!
“Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.”
P/S ; ambil peluang di depan mata, jika ia membawa kepada kebaikan, tidak rugi untuk mencuba, dan akan menyesal bila dibiarkan berlalu..
your faithfully,
keeyamustafa
Friday, February 24, 2012
CerminDiri
"Kepuasan terletak pada usaha, bukan pada hasil. Berusaha dengan keras adalah kemenangan yang hakiki "
" Kebanggaan kita yang terbesar bukan kerana tidak pernah gagal, tetapi bangkit kembali setiap kali kita jatuh"
"Tiadanya keyakinanlah yang membuat orang takut menghadapi tentangan, dan saya percaya pada diri saya sendiri "
" Banyak kegagalan dalam hidup ini disebabkan orang tidak menyedari betapa dekatnya mereka dengan keberhasilan, saat mereka menyerah"
"Semua orang tidak perlu malu kerana berbuat kesalahan, selama ia menjadi lebih bijaksana dari sebelumnya "
" Kita berdoa jika kesusahan dan memerlukan sesuatu, mestinya kita juga berdoa dalam kegembiraan besar dan rezeki melimpah ruah "
" Bahagian terbaik dari seseorang adalah perbuatan-perbuatan baiknya dan kasihnya yang tidak diketahui orang lain"
" Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, hidup di tepi jalan dan dilempari dengan batu, tapi membalas dengan buah "
" Apabila kamu tidak akan dapat berbuat kebaikan kepada orang lain dengan kekayaanmu, maka berilah mereka kebaikan dengan wajahmu yang berseri-seri, disertai akhlak yang baik "
" Keramah-tamahan dalam perkataan menciptakan keyakinan, keramah-tamahan dalam pemikiran menciptakan kedamaian, keramahtamahan dalam memberi menciptakan kasih
Kaca, arca, dan nama baik, adalah sesuatu yang mudah sekali pecah, dan tak akan dapat dilekatkan kembali tanpa kesan yang nampak"

Wednesday, February 22, 2012
sentiasa tumbuh segar
Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….
yours faithfully,
keeya mustafa
Tuesday, February 21, 2012
orang atas tolong orang bawah, orang bawah tolong orang atas
jangan menganggap diri dekat dengan Allah,
jika kita tidak pernah beramal padaNya dan juga insan yang memerlukan bantuan sesama makhlukNya,
manusia tidak sempurna tetapi mempunyai harapan yang ada pada setiap insan di duniawi ini,

wahai sahabatku jangan mencari sesuatu yang mustahil utk hidup tetapi belajarlah memahami sesuatu perkara utk mendalami jiwa masing-masing
p/s : jika sekarang kita ada di atas, itu kerana ada orang di bawah yang membantu, jika sekarang kita berada dibawah, itu bermakna suatu hari nanti kita juga akan berada diatas kerana ada orang di atas yang menghulurkan tangan

Monday, February 20, 2012
kebiasaan DIRI
“Kita sering berkata-kata mengikut kebiasaan;
sering pula kata-kata yang diucap itu tidak pun difikirkan maksudnya;
padahal kata-kata yang sering diulang-ulang itu meresap ke dalam minda bawah sedar
dan membuahkan natijah yang tidak terkawal”

“Kerana itu aku sedaya upaya mengawal agar berkata-kata dengan tepat;
termasuk mengawal ejaan bila berSMS ;
kerana faham dengan mengawal kata-kata sebenarnya aku mengawal mindaku.”

“Mengawal mindaku bermakna mengatur tindakanku.
Mengatur tindakan bermakna aku berusaha mengawal hasilnya…”

Sunday, February 19, 2012
tutup AIB semua
assalamualaikum sahabat tersayang, :)
info untuk peringatan bersama,
hari tu ada dengar ulasan seorang ustaz tentang pengakuan seorang hamba Allah yang telah membuat dosa besar. bila dengar pengakuan tu memang berdiri bulu roma ni, sangat menakutkan akan azab Allah.
pengakuan berbunyi begini
ustaz, saya seorang wanita bergelar isteri, saya dijodohkan oleh keluarga dengan seorang lelaki yang sangat baik, saya mengharapkan dia sebagai suami menbimbing saya tetapi dia tidak melaksanakan suruhan Allah..
dengan kesedaran saya sendiri saya mencari dan menghadiri kelas agama untuk mencari cahaya dalam islam dan dalam masa yang sama saya telah jatuh hati dengan seorang lelaki yang bergelar ustaz dan berperwatakan lebih baik dari suami saya.
kami berkawan sehingga sampai satu tahap melakukan hubungan sulit dan..
tak sanggup meneruskan kata-kata wanita itu membuat pengakuan tentang dosanya bersama lelaki itu.
soalan daripada wanita itu, samada dia perlu jujur kepada suaminya atau tentang tentang perkara yang telah dia lakukan.
ulasan daripada ustaz,
jangan sesekali puan menceritakan aib puan, membuat pengakuan sebegini juga sepatutnya tidak perlu.
jangan beritahu suami tentang apa yang puan lakukan dan bertaubat lah.
jangan bercerita pada pasangan tentang apa yang buruk yang pernah kita lakukan, tutuplah aib anda..kerana jika aib itu di beritahu sudah pasti runtuh masjid yang dibina.
walaupun perkara buruk sebelum kahwin, perkara dosa seperti tinggal solat sekalipun jangan diberitahu, hubungan dengan orang lain sebelum kahwin juga jangan diberitahu, ini akan menyebabkan hilang hormat antara pasangan.
jika isteri melakukan dosa besar dan suami mengetahui hal itu dan tidak menceraikan isternya, maka DAYUS layak untuk lelaki itu.
ketahuilah wahai ADAM, jangan kamu meletakkan kedudukan kamu ditempat yang hina. membiarkan isteri kamu tidak menutup aurat juga jatuh DAYUS, membiarkan anak perempuan kamu tidak menutup aurat juga DAYUS.
maka ADAM didiklah HAWA untuk sama-sama ke syurga.
p/s : jangan dedah aib orang dan jangan buka aib sendiri
kalau kamu semua ada tengok CEREKARAMA malam tadi JUJUR AKU DAYUS, di situ antara contoh.
wahai isteri jangan kelaur rumah tanpa izin suami, jangan keluar berdua dengan lelaki lain, itu dosa.
wahai suami jangan belanja perempuan lain selain isteri kamu, kamu telah mengambil haknya adalah dosa.

Friday, February 17, 2012
sekeping HATI dibawa LARI
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
yours sincerely,
keeya mustafa
Thursday, February 16, 2012
kita PERINTIS
Kita perintis,
Merintis jalan-jalan kehidupan remaja
Kita perintis,
Yang merantau di tanah orang demi ilmu,
Bermukim kita di utara,
Dilindungi hulubalang diraja,
Dididik pula pendeta MARA
Kita perintis,
Berkongsi suka duka, tangis tawa,
Pengalaman bersama mencorak 1001 rasa,
Ada jadi pedoman,
Ada jadi pengajaran
Pahit manis masam atau masin,
Halatuju perintis tetap sama,
Mahu berjihad ilmu,
Supaya jadi insan …
Bukan jadi syaitan
Kita merintis di utara,
Di sebuah pesantren milik pribumi,
3 atau 5 tahun berkelana,
Bertemu & berpisah dalam episod mengejar kehidupan,
Namun sejarah telah tercipta,
Hadirnya kita merintis jalan ilmu bagi anak bangsa
Bagai sirih pulang ke gagang,
Ibarat keris terhubus disarungkan kembali,
Umpama kiambang bertaut semula,
Perintis bertemu kembali demi ikatan silaturrahim
yours faithfully,
keeya mustafa
Tuesday, February 14, 2012
ikhlas kerana ALLAH
Keikhlasan itu
umpama seekor semut hitam
di atas batu yang hitam
di malam yang amat kelam.
Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Keikhlasan
mempunyai kilauan dan sinar
meskipun ribuan mata tidak melihatnya.
p/s : ikhlas lahir dari hati, bukan dari perkataan yang diluahkan.
melakukan sesuatu kerana Allah, tanpa mengharap sebarang balasan.
yours sincerely,
keeya mustafa
Monday, February 13, 2012
kebahagian dalam kejayaan :)
Subscribe to:
Posts (Atom)