Showing posts with label kelapangan masa. Show all posts
Showing posts with label kelapangan masa. Show all posts

Sunday, June 22, 2014

I'm an artist!

Artis kata nye.. okay2! Sape nk sign blh la beratur tegak2, kalau boleh guna pembaris biar xde kurang lebih inci nye..hehehe..ini semua poyo!

Ok kwn2 kalau nak tau apa type korg yg bergelar wanita gugurl boleh layari website yg tertera :

http://www.playbuzz.com/jennifers/what-type-of-woman-are-you-really


Thank you.

21/6/2014
mumuwawayaya

Tuesday, August 21, 2012

delicious sangat!

entry ni khas ditujukan kepada mak abah akak abang dan adik tersayang. hih senang cerita untuk family. terima kasih kerana menyokong minat kita!

berada di dapur sangat menyeronokkan.
buat mak terima kasih kerana belikan kita mixer yang besar! wee~ sangat semangat untuk buat cake, muffin, cupcake and biscuit! terima kasih memberi kepercayaan kepada kita untuk membuat kek marble tempahan dari sahabat beliau! dan kita mendapat keuntungan yang Alhamdulillah! satu kepuasan di situ!


buat abah akak adik terima kasih kerana memberi kata semangat dengan menyatakan cupcake yang kau buat sedap dan menyelerakan.


buat abang terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada diri ini untuk menyiapkan cupcake choc sempena hari merisik beliau! dan menyedikan doorgift exclusive sempena engagement day beliau! haish, macam tak percaya! yang penting i can do it! sebabnya aku minat gila buat art!

buat my cousin ain, terima kasih kerana makan choc chip biscuit handmade kita tanpa henti..sedap sangat la tu.. for your information, biskut ni dah masuk4kali raya kita cuba untuk mendapatkan rasa yang awesome, dulu tak rangup,sekarang dah dapat resepi untuk merangupkan biskut dengan kaedah try and error..secret recipe la ni..hehehe..kalah biskut chipmore! wee~


owh ye, untuk percubaan pertama kita membuat biskut mazola kegemaran ku! sangat menjadi dan sedap, tidak telalu rapuh dan bila masuk ke dalam mulut sekali mesti nak makan berkali kali.. hee~ dulu masa kat poli, selalu berebut dengan icak beli biskut ni, akak yang jual biskut ni, aku rasa dah kaya sebab kita orang yang jadi costumer tetap, hari2 beli 2ringgit..kalau habis aku suruh akak tu bawa lagi, sebab dah addicted sangat..dan lepas ni tak payah nak berebut dengan icak lagi.. sebab saya dah pandai buat sendiri!


p/s ; mood tak sabar nak tolong abang buat hantaran untuk merisik..aiseh! rasa awesome dan teruja nak buat art..siapa2 nak nak tempah pun boleh,,insyallah terbaik, baru tahu ada skill untuk semua ni..reazeki ayam nampak dikaki, rezeki manusia semua dari Allah..harap semua menyokong urusan terbaru saya ini..

yours faithfully,
keeya mustafa

Saturday, August 18, 2012

happy eid mubarak 1433H

Aku lihat Ramadhan dari kejauhan….lalu ku sapa ia,
“Hendak kemana?”

Dengan lembut ia berkata, “Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmin.
Ajaklah SABAR untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah ISTIQAMAH saat dia kelelahan dalam perjalanan TAQWA.

Itupun Syawal..ia sudah tiba. “.

Ku lihat Ramadan pergi…jauh..
Ya Allah, apakah aku akan berjumpa lagi dengannya ?
Insyallah moga dipanjangkan usia, demi mencapai A+ dalam setiap ibadah yang dilakukan sepanjang hidup ini dengan nikmat pemberianNya. amin..

#Allah. ;(

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS

yours faithfully,
keeya mustafa
#happy eid mubarak 1433H

Monday, August 6, 2012

Selamat Menyambut Hari NuzulQuran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Firman Allah SWT :
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).
Ayat 3 Surah Ad-Dukhan

Yours faithfully,
keeya mustafa

Thursday, June 21, 2012

buku tengok kita!

dalam tahun ni,
berapa banyak dah baca buku?
berapa kali pergi kedai buku?
berapa kali pergi library?
berapa banyak pinjam buku?

jawapan aku cuma satu, BANYAK KALI KOT! bhahaha..
rak buku kat rumah ni pun dah penuh,melimpah ruah buku2.. tapi bacanya bila ada mood..
pergi library, pergi kedai buku, beli buku dah macam hobi, kalau tak pergi tak boleh duduk diam, dah macam cacing kepanasan..

osem kan hobi aku.. kumpul buku dalam masa yang sama buat perangkap habuk..
DAN
satu hari tu, aku pergi satu ceramah, ustaz ni semangat membahaskan MALAS BACA BUKU. WHY?

statement buat aku sentap :
KENAPA MALAS BACA BUKU?
KAN KITA NI KURANG ILMU
KATANYA MAHU ISLAM MAJU
TAPI MALAS BACA BUKU!

ofcos aku terdiam kalau dah speaker sebelah telinga, suara dia pulak loud2 gitu..hohoho.. balik rumah terus termenung tengok rak buku.. rupa2 nya buku ringan yang banyak buku serius,buku pengetahuan kurang banget sih..

buku ringan maksudnya macam novel tu, memang beratur la kat rak tu, makan sampai 2tingkat rak.. tu semua koleksi aku..

buku serius macam buku sirah sejarah pun ada, tapi tu semua bapak aku yang punya..btw aku pun terjebak jugak la baca daripada tak kan..

mungkin satu penyakit kot, bila baca novel mata terang benderang,baca dalam gelap pun boleh lagi..
tapi part baca sejarah ke kitab2 terfaktab ni cepat pulak nak menguap la,mengantuk la, terlentuk la, terang ke gelap ke kompom lena.. senang cerita, inilah ubat tidur terbaik di dunia..

MULA2 KITA TENGOK BUKU, LAMA2 BUKU TENGOK KITA!

entah la ea..ke aku sorang je macam ni.. korang macam mana?
owh ye aku terbaca jugak ada budak ni spesis macam aku..nak tau cerita dia baca rencana kat bawah ni..
RENCANA : Semakin Ramai yang Membaca



Apa2 pun bagi aku buku ringan ke buku serius ke, tetap ada terselit ilmu yang berguna bukan hiburan semata..owh ye, yang penting majalah artis2 memang tak ada kat rumah ni,macam bengong je nak baca pasal artis, tak bosan ke,maksud aku apa paedahnya?ngee~

Dan untuk renungan bersama :
Daripada Anas bin Malik r.a Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud,

"Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim."

(riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la)

p/s : Dianjurkan untuk menuntut ilmu di mana saja kita berada,kerana apa yang kita lakukan adalah mengikut ilmu yang kita ketahui.

ypurs sincerely,
keeya mustafa

Wednesday, June 13, 2012

gigi patah berlengan?

before zohor, macam biasa aku tidur dulu untuk dapatkan pahala sunat..

tidur sebelum zohor sunat taw! tau ke tidak? sekarang aku dah bagi tau.. apa lagi sebelum zuhur tidur la.. 5 minit 10 minit pun jadi la geng..

kenapa aku tidur sebelum zohor? pertama : sebab sunat, kedua : dapat pahala kot, ketiga : nak bangun awal, nak berjaga malam senang nak bangun, nak kiamulail.. (walaupun kadang2 tersasar jugak)

owh ye, masa aku tidur sebelum tunggu masuk waktu zuhur, aku sepat mimpi taw..

aku mimpi gigi aku patah, dan yang peliknya gigi aku yang patah tu berlengan, macam lengan tangan.. hahahaha.. apa ke peliknya..

dan continue mimpi aku tu, korang nak tau tak, aku boleh tiba2 berada di bumi indonesia.. bhahahaha.. betul2 tak sabar nak fly ni.. sabar.. sabar.. sampai mimpi2 kau..

dan aku terjaga dari lamunan semasa laungan azan..

fuhh, rasa lama betul mimpi ni, mana taknya sampai dua babak kot.. fly sampai indon lagi..

malam tadi aku bagi tau mak abah yang aku mimpi gigi patah..

then, cepat2 bapak aku tanya gigi bawah ke atas?

jawapan aku adalah gigi atas..


bapak aku terus berubah raut wajah dari senyum berwajah duka..

aku yang pelik sebab bapak aku terus senyap, aku tanya kenapa kalau gigi atas patah?

bapak aku cakap NANTI ADA ORANG YANG TERDEKAT DENGAN KITA MENINGGAL!

what? tak caye lah! mengarut tu semua.. isy.. seliseh!

p/s : jangan la percaya sangat pada tafsiran mimpi orang dulu2 tu, yang penting percaya pada qada' dan qadar yang telah ditetapkan..

kalau terjadi pun mungkin kebetulan.. mimpi ni mungkin teguran untuk aku lebih dekatkan diri padaNya..

owh ye,, lagi satu jangan percaya pada zodiak2 ni taw.. 40 hari doa tak makbul.. ada dalil tentang perkara ni..
jangan percaya zodiak! *klik di sini untuk maklumat seturusnya berkenaan dalil..

yours sincerely,
keeya mustafa

Tuesday, May 22, 2012

laju nye HUPDATE!

ada kawan blogger aku dan kawan fb aku bertanya : weh,cek keeya! aku tengok semenjak 2 3 menjak ni, rajin kau hupdate kau punye blog?

dengan bijaksana dan selambanya, aku merungkai persolan korang di sini :

erk? aku rajin kau tanya, aku malas pun kau tanya.

kau tengok bulan 3 dgn 4, mana aku update sangat, sebab busy SANGAT! proposal nak buat begini begitu..

bulan 5 ni, projek baru tak masuk lagi, tengah berebut nak dapatkan tender (tu keje bos aku, aku tolong buat proposal je..hee~)

so, tu yang laju je aku hupdate..

aku bagi tau awal2 bulan depan aku dah busy balik, sebab nak exam dan mungkin dapat tekanan keje baru, mana tau dapat projek baru..

p/s : idea mencurah2, yang korang tengok ni, 1 hari sampai 2 3 posts, sebenarnya banyak yang aku setting auto post! so, nampak la aku hupdate ni macam laju SANGAT!

kalau aku tak ada jangan tanya aku ke mana ea, paham2 la sendiri.. apa2 pun aku terharu, korang sudi subscribe blog aku ni, walaupun tak pernah tinggalkan komen..

yours faithfully,
keeya mustafa

bilik bersawang!

abah : rumah baru dah siap!

aku : hooyeah! bila nak pindah?(excited gile!)

abah : nanti abah cari kotak, kau kemas2 semua, yang tak guna buang.. (arahan mandatori!)

aku : baiklah! (bila excited, tak suruh memang aku buat)

operasi bermula dari bilik abang aku..wah!mana nak start ni,manyak barang meh..
wooo..bersawang! nampak sangat abang aku lama dah tak balik..

wah! walaupun bilik kau kecik, tapi aku tak tau barang mana yang guna ke tak..salah buang kang mengamok pulak..

KAU KEMAS SENDIRI! hahaha..tak kuasa aku..

to : abang ku yang gondol a.k.a budak tentera telekom! syabas kerana telah membotakkan kepala dan menyeksa diri untuk menjadi tentera!

p/s : lepas tengok bilik abang aku, tengok bilik aku dgn akak pulak, wah! ni lagi manyak barang..memang kena tunggu korang balik kalau nak kemas ni..jadi aku tangguhkan dulu niat murni aku ni..hahaha..

mood mengemas terhapus..hampe je bapak aku tengok! wakakaka...

yours sincerely,
keeya mustafa

Saturday, January 7, 2012

sesekali teringin



hye darl!!!

aku memang teringin sangat nak ada benda alah gitar akustik nih...

huhuhu...NAK!!!!! (sambil hentak2 kan kaki)

sayangkan bila dah tahu goreng tapi tak dapat nak aplikasikan? :(

hope bila dah cukup apa yang perlu, boleh la tunaikan niat nak memiliki sebiji gitar ni...

OWH GITAR PUJAAN HATI... hee~

yours sincerely,
keeya mustafa

Wednesday, January 4, 2012

PECAH PERUT LA WEH!



KUCING PUN BOLEH RELAX LAGI NAK KETAWA,, KITA??
MANUSIA? KENA KETAWA JUGA! JANGAN LAH BERMURAM DUKA,,,OKAT!!!

ORANG KATA KALAU KETAWA BOLEH KURANGKAN STRESS. SIAPA SETUJU?

SAYA!!!!! (semangatnya anak siapa lah nih?)

SELAIN ITU,KETAWA MERUPAKAN SENAMAN MUKA..PERCAYA TAK?

PERCAYA!!! NANTI ANDA AKAN RASA KELIHATAN LEBIH MUDA DAN SENYUM SELALU.. (serius wa cakap sama lu)

and macam2 lagi kita dapat daripada KETAWA ni,, NIKMAT kan bila dapat ketawa?

SANGAT NIKMAT!!! SYUKUR!!!

hohoho,, ini la akibatnya kalau dah over excited,, YANG PENTING KITA ENJOY!!!

JOM KETAWA!!! hahahahahahahahahaha................. :P

lucu 1: Bapa
Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.

Cerita Lawak/ lucu 2: Bahasa Inggeris
Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Cerita Lawak/ Lucu 3: Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Cerita Lawak/ Lucu 4: Mayat
Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Cerita Lawak/Lucu 5: Tiru
Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Cerita Lawak/ Lucu 6: Makan
cA: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je?
cB: kau makan ape?
cA: makan angin...............................

CERITA LAWAK SUMBER DARIPADA : koleksiceritalucu.com

yours sincerely,
keeya mustafa

Tuesday, January 3, 2012

ROUND ROUND WORLD





hye darl!!!

tiba2 rasa nak travel la...hahahaha.. BERANGAN JE LEBIH!

berbual macam banyak duit je kan? hee~ amin, moga rezeki melimpah ruah walaupun bkan jatuh dari langit saja2 nak dapat free tanpa usaha untuk dapatkannya..

tapi BERANGAN ni pun bagus juga! ada matlamat hidup!

untuk dapatkan apa yang kita nak kita kena usaha! baru BERANGAN (FANTASI) JADI REALITI!!!

teringin nak pergi PULAU LANGKAWI, PULAU PANGKOR, PULAU PERHENTIAN, PULAU REDANG PULAU KAPAS PULAU TIOMAN...

senang cerita semua pulau yang ada kat MALAYSIA TERCINTA ni la!!

CITA-CITA MEMANG NAK JADI ORANG PULAU KE KAK OI!!!!

banyak pakej percutian yang ada kat MALAYSIA ni!! sampai rambang mata!!

berebut rebut company travel buat promosi,, macam2 pakej ada...

dan aku suka usha website company BATUTTA TRAVEL sdn bhd..

http://www.3hari2malam.com/

company ni buat pakej 3hari 2malam...sangat teruja tengok pakej nye..

ISY,,,AKU KALAU BERKEPUK-KEPUK DUIT SEKARANG NI,, MEMANG DAH BUAT BAG PACKING TRAVEL AND BUAT PROGRAM TRAVEL KAT TV ALA2 3HARI 2MALAM TU...

huhuhu...masyuk je berangan kan...

ACTUALLY, NI LA AZAM AKU DALAM JANGKA MASA PANJANG.. MESTI SYIOK PUNYA LA!!

so, harap impian jadi kenyataan!!

yours sincerely,
keeya mustafa

Monday, December 5, 2011

CARA MENGELAKKAN KEMURUNGAN

MY DRAWING!!ngee~


~ keluar berjalan-jalan diluar rumah (jalan2 kat taman pun sangat syok!!!)
~ penuhi masa dengan hobi dan aktiviti cergas (emm..kena fikir ni nak buat apa, selain blogging..ngee~)
~ membela haiwan peliharaan (bela kucing - mati, bela hamster - mati, pas ni nak bela sugarglider pula, kalau mati juga memang aku ni tak boleh membela haiwan la...emmm...)
~ luahkan perasaan dengan aktiviti kreatif (blogging memang cara terbaik, siapa yang suka melukis jangan membazir water colour and paper okay!)
~ jauhkan diri dari pusat membeli belah ( shopping? tak boleh? ooooo... kalau window shopping mesti boleh kan?? )
~ bersenam (aku suka poco-poco!! tak tahu la kenapa.. tapi ia sangat happening..jangan sampai pening! )
~ berehat dan mendengar muzik (yang ni dah jadi habit, tak tinggal punya,,lagi2 sebelum tidur,,tapi orang kata kalu buat macam ni otak kita penat..emm...tak tahu la tak sempat buat research)
~ mandi air suam untuk merehatkan minda dan melancarkan pengaliran darah (hurm,,ni zaman sekolah dulu rajin la mandi2 suam ni,,nak kena pergi spa ke??hee~banyak duit awak..)
~ diet!! makan makanan seimbang, lebihkan makan sayur dan buah-buahan, minum teh dengan feel!!!ngee~
~ menangislah untuk meluahkan kesedihan dan ketawalah bagi menceriakan hari anda!!



yours sincerely,
keeya mustafa

Friday, December 2, 2011

BILA SUDAH MENGIDAM

bila diri berada di negeri tercinta
tempat yang harus dituju

ANGSANA


HAJI WAHID MEE REBUS




MEDAN SELERA BOMBA LARKIN

MAKANAN YANG SANGAT ENAK SEPERTI



KACANG POOL haji



AWIT CORNER ABC



MEE WANTAN DI HUTAN BANDAR JOHOR BAHRU

HAND MADE OLEH PAKCIK CINA YANG MASUK ISLAM
(ngee~tak tahu namanya,, habis makan terus balik)




tempat syok untuk memborong bagi aku ialah

BAKERY

aku suka betul beli a pack of bread yang banyak sangat variety in one pack

and

mak suka belikan saya
cake inside the bread
seriously
delicious combination
2 in 1



and

kadang2
POTATO BREAD
wooo....very softest bread

THANS A LOT EMAK!! ;)



dulu kat poli, kalau paen dgn mie pergi dating tinggalkan aku sorang2,
nanti paen akan belikan aku

STOLLEN KACANG MERAH

kencang sedap la!!! ;0

terima kasih yep NOOR FHARAHEEN BT RAZALI




kalau pergi KEDAI RUNCIT

ada 6 pilihan roti

1. gardenia butterscooth
2. gardenia chocolate with raisin
3. hawaii larva chocolate
4. hawaii coconut bread
5. potato bread
6. gardenia bonanza bread

kalau ada enam2 ni macam mana ea??

beli semua??

hurm..nafsu semata2...

ASTAGHFIRULLAHALAZIM



selain itu,
aku suka lepaking kat...

McD

main set yang wajib di ORDER

mc CHICKEN set

akan dimakan selapis demi selapis

owh NIKMAT nye!!! ;)



THE POWER PUFF2
BESAR PUNYA PUFF
TELUR REBUS INSIDE
SANGAT KENYANG DAPAT MENIKMATINYA



dessert paling melekat ditekak

ABC COOL BLOG
WITH PEARL AND MILK

menyejukkan tekak yang kering

sangat menelan air liur sekarang ni


Dan tak lupa

mc FLURRY OREO

dah lama tak makan benda ni..

hurm... :(



HEAVY FOOD

NASI GORENG PATAYA



dengan set lengkap
apabila adanya

CARROT SUSU



ataupun

LAICI SUSU

wah....sangat sedap!!!




bihun tomyam pun enak juga rasanya ;)

OKAY!!!
MUWAQI'AH
PLEASE CUT YOUR LISTS
TOO LONG

inilah jadinya bila sudah mengidam
dan merindui tanah air tercintai

cit ayat macam aku kat overseas je..

memang over taw..

okay,,enough ;)



yours sincerely,
walys151009.blogspot.com






PEACE OF FRIDAY


Hari Jumaat ialah hari kebesaran islam bagi orang mukmin. hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslin dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada mas itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh Allah pada hari Jumaat. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah.





Peristiwa pada hari Jumaat
  • Dijadikan nabi Adam, Turunnya ke bumi serta hari dimana wafatnya baginda.
  • Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat
  • Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa
  • Pernikahan antara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha


  • Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa
  • Pernikahan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
  • Pernikahan anatara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
  • Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah
  • Pernikahan antara Sayyidina Ali as dengan Siti Fatimah




  • Kelebihan pada hari Jumaat

    • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
    • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu




    • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud:“Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
    • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
    • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.


    • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
    • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.


    yours sincerely,
    keeya mustafa


    Saturday, November 26, 2011

    a day at kitchen ;0

    AT KITCHEN WITH MY LOVELY MOTHER!!! :)

    WONDERFUL WEEKEND!!

    our hand made cooking ;)

    for breakfast,,
    kuih buah melaka!!!


    for lunch !!!:)

    BBQ CHICKEN ;)
    special for my mum..
    we just can see it,,can't taste it...emmm :(


    usually,, rice must be here..


    side dish = ULAM!!
    nyumm!! ;)


    eat with..
    SAMBAL BELACAN!!!

    my hand-made ;)


    FRIED CHICKEN ;)
    our favorite!!!
    NECK CHICKEN!!! THAT'S MINE ;)


    and lastly..
    SAYUR BENING (javanese dish)!!!
    hehehe...


    too many dishes!!! very delicious ;)

    ngruuuuup!!! excuse me.. hee~

    ALHAMDULILLAH :)

    new soul HIJRAH ;)


    CERAMAH DARIPADA : PROF.DR. MUHAYA BINTI MOHAMAD
    Pakar Mata dan Motivator



    ADA

    BERI

    DAPAT

    jika kita ADA sifat positif,, kita akan memBERI perkara yang positif kepada orang lain,, sekaligus kita akan menDAPAT kembali perkara yang positif.

    DAN SEBALIKNYA...




    SAYA ORANG BERIMAN DAN BERTAQWA

    BAHAYA!!! BERAKAL TANPA IMAN :0




    FOKUS APA YANG KITA ADA
    BUKAN
    FOKUS PADA APA YANG KITA TIADA




    DUNIA DALAMAN SAYA
    MENENTUKAN
    DUNIA LUARAN SAYA


    SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM TAHUN 1433 HIJRAH 2011 MASIHI

    FROM ME
    MUWAQI'AH BINTI MOHMAD MUSTAFA
    AND
    FAMILY

    LET WE START A NEW BOOK
    AND
    LEAVE OLD BOOK

    ;)

    sincerely,,
    keeya mustafa

    Wednesday, March 16, 2011

    wafhany batik cake

    wafhany homemade batik cake


    Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

    • 1 bungkus (350g) biskut marie
    • Setengah buku butter
    • 2 biji telur
    • 1 cwn serbuk koko
    • 1/2 cwn milo
    • 1 cwn air
    • 3/4 cwn gula
    • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

    Cara-cara

    1. patah2kan biskut
    2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
    3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
    4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
    5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
    6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang


    wow awesome!