Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Sunday, June 1, 2014

jangan beri harapan, sakit rasanya

Matlamat tanpa usaha adalah angan-angan. Usaha tanpa matlamat umpama berjalan tanpa tujuan. Matlamat beserta usaha pasti menghasilkan kejayaan

Bagi setiap usaha yang disertai dengan disiplin, pasti akan ada ganjaran yang berganda.

Imaginasi adalah lebih penting daripada kebijaksanaan.

Bodoh adalah apabila anda merasa terlalu pandai dan tidak mahu mendengar nasihat orang lain.

Jangan bazirkan tenaga anda untuk mencari alasan. Sebaliknya, gunakan segala keupayaan anda untuk mencari dan mencipta jalan penyelesaian.

Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian.

Awk..sy mohd arif b abd razak nk pesan awk study smart ye,jgn strees2,mkn ckup2,doa,slt hajat,solat diawal wktu,jgn pksa dri,snym sokmo,think positive,etc.sy tau awk blh.cayok2.

Muwaqi’ah bt mohmad mustafa
7/10/2013

Ini kisah dulu tinggal kenangan.

nasihat dia buat aku, nasihat yang buatkan hati ini bergetar,
tapi hari ini aku dapat tahu dia dah bertunang,
sangat terdiam terkedu dan tak mampu nak cakap apa2.

ya Allah, aku pasrah aku redha, dia bukan jodoh ku, hilangkan rasa sedih ini, sesungguhnya  Engkau Maha Mengetahui segala yang terkandung di langit dan di bumi, jodoh ku mahupun ajalku.

terima kasih ya Allah atas pinjaman yang sementara, jadikan hati ku ini ada rasa kasih untuk mereka yang berhak abah mak abang akak adik sahabat 2.

mumuwawayaya
1/6/2014


Saturday, May 31, 2014

sampaikan aku Ramadhan

Ramadhan tahun ini special cikit
1 Ramadhan : hari jumaat
8 Ramadhan : hari jumaat
15 Ramadhan : hari jumaat
22 Ramadhan : hari jumaat
29 Ramadhan : hari jumaat
Yang tidak banyak diketahui orang bahwa
Ramadhan
tahun ini akan kita tempuhi dengan 5 hari
jumaat, yang tidak
terulang kecuali setiap 20 tahun.
Ramadhan yang akan datang ini akan menjadi
Ramadhan
dengan waktu siang terpanjang selama 33 tahun
ke belakang.
Itu bermakna Ramadhan kali ini memberi
kesempatan bagi kita utk
memperoleh pahala lebih besar dalam 33 tahun.
Ya Allah sampaikanlah kami pada bulan
Ramadhan.
Allahumma aamiin..
allahumma balighna ramadhon..
Insya'Allah. Benda baik , kita share okey .

mumuwawayaya
31/5/2014

Tuesday, June 12, 2012

wajib bertudung!

wajib bertudung! *klik ini untuk renungan bersama! :)



p/s : bukan susah pun nak presentable as hijabist! :)


yours faithfully,
keeya mustafa

Sunday, February 5, 2012

SUNAHNYA KITA KERJAKAN SHAFAATNYA KITA KEJARKAN


للّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ ..
Salam Maulidur Rasul buat semua

Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya,

“Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi).

Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128. Malah Rasulullah pernah bersabda:

"Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

p/s: sunah baginda saw kita kerjakan dan shafaat baginda saw kita kejarkan :)

your faithfully,
keeya mustafa

Thursday, February 2, 2012

❤ SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS ❤

hye darl,,salam ukhwah untuk semuanya :)

❤ SABAR:
Sabar Di Sebalik Kemarahan
Sabar Di Sebalik Ujian
Sabar Menyelesaikan Masalah


❤ REDHA:
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Redha Terhadap Takdir-Nya
Redha Di Sebalik Setiap Yang Terjadi
Yakin Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...


❤ KUAT:
Kuat Menghadapi Ujian
Kuat Melawan Nafsu Yang Tidak Baik
Kuat Mempertahankan Maruah Dan Agama
Kuat Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku


❤ TENANG:
Tenang Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan
Tenang Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita
Tenang Apabila Diri DiKhianati
Tenang Apabila Hati Dilukai


❤ MENANGIS:
Menangis Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu
Menangis Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu.

yours faithfully,
keeya mustafa

Wednesday, February 1, 2012

‎(˙˙°●.♥ Tolong beritahu Si dia ♥.●°˙˙)


♥ ♥ ♥
Tolong beritahu si dia,ada pesanan buatnya
Tolong beritahu si dia,
Cinta Agung adalah cintaNya
Tolong beritahu si dia,
Cinta manusia bakal membuatnya alpa

♥ ♥ ♥
Tolong nasehati si dia,
Jgn menyintaiku lbh dr dia menyintai Yang Maha Kuasa
Tolong nasehati si dia,
Jgn mengingatku lbh dr dia mengingati Yang Maha Kuasa
Tolong nasehati si dia,
Jgn mendoakanku lbh dr dia mendoakan ibu bapanya

♥ ♥ ♥
Tolong Katakan pd si dia,
Dahulukan Allah,krn disitu ada syurga
Tolong katakan Pd si dia,
Dahulukan ibu bapanya,krn ditelapak itu ada syurganya

♥ ♥ ♥
Tolong ingatkan si dia,
Aku terpikat krn imanya bkn rupa
Tolong ingatkan si dia,
Aku lbh cinta kan Zuhudnya bkn harta
Tolong ingatkan si dia,
Aku kasihinya krn santunya

♥ ♥ ♥
Tolong tegur si dia,
Bila dia mulai mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia,
Bila dia tenggelam dlm angan anganya
Tolong tegur si dia
Andai nafsu mengawal fikiranya

♥ ♥ ♥
Tolong sadarkan si dia,
Aku milik Yang Maha Esa
Tolong sadarkan si dia,
Aku msh milik keluarga
Tolong sadarkan si dia,
Tanggung jawab nya besar kpd keluarganya

♥ ♥ ♥
Tolong sabarkan si dia,
usah ucap cinta di kala cita cita blm terlaksana
Tolong sabarkan si dia,
Andai diri ini enggan dirapati krn menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia,
Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya

♥ ♥ ♥
Tolong pesan padanya,
Aku tdk mau menjadi fitnah besar kpd nya
Tolong pesan padanya,
Aku tak mau menjadi puncak kegagalanya
Tolong pesan padanya,
Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya

♥ ♥ ♥
Tolong kabarkan pd si dia
Aku tak mau meletakkan dia
Tolong kabarkan pd si dia,
Aku mau dia berjaya dlm impian dan cita citanya
Tolong kabarkan pd si dia,
Jadilah penyokong dlm kejayaanku

♥ ♥ ♥
Tolong sampaikan pd si dia,
Aku mendambakan cinta suci yg terjaga
Tolong sampaikan pd si dia,
Cinta krn Allah tdk ternilai harganya
Tolong sampaikan pd si dia,
Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dgn Yang Maha Kuasa..
-- Tolong sampaikan pd si dia ,krn aku tdk mampu memberitahukannya sendiri

♥ Hny Engkau Ya Allah yg mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya,walau aku sendiri tdk mengetahui siapa dan dimana si dia..

♥ Moga dia seekor lebah yg senantiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa,
Memasuki taman larangan dgn sopan santunya dan bertemu mawar berduri yg terjaga oleh tuanya..
-- Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..


yours sincerely,
keeya mustafa

Tuesday, January 31, 2012

BERSABARLAH WAHAI HATI YANG LEMBUT


‎:: ♥ Duhai muslimah yang dikasihi ALLAH…tidak perlu gusar dan mengeluh andai dirimu masih belum dilamar. Teruslah ‘mensolehahkan’dirimu, teruslah bermujahadah menjadi hambaNya yang terbaik, yakinilah dengan janji-janji Tuhan, jangan pernah berhenti berdoa dan berharap kepadaNya. Yakinilah, suatu hari kelak kamu kan memperoleh imam yang terbaik buatmu, sebaik dan seindah akhlakmu jua.! ♥ ::


yours sincerely,
keeya mustafa

Monday, January 30, 2012

menyucikan HATI


Ƹ̴Ӂ̴ƷSurah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

Ƹ̴Ӂ̴ƷSurah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

Ƹ̴Ӂ̴ƷSurah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

Ƹ̴Ӂ̴ƷSurah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

Ƹ̴Ӂ̴ƷSurah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

Ƹ̴Ӂ̴ƷSurah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

Ƹ̴Ӂ̴ƷSurah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

Ƹ̴Ӂ̴ƷSurah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

Ƹ̴Ӂ̴ƷSurah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

Ƹ̴Ӂ̴ƷSurah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was

yours faithfully,
keeya mustafa

Thursday, January 26, 2012

wahai ADAM



JADILAH IMAM DISISI WANITA YANG KAMU SAYANGI

Peringatan Untuk Semua Lelaki Muslim. Wahai lelaki yg mempunyai tanggungjawab sebagai ketua keluarga.. Jika benar kau mencintai hak mu yang sah.. Maka cintailah dia sepenuh hatimu.. Jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, Jagalah dia dengan baik. Kasihanilah dia. Lindungilah dia, berilah kasih sayang padanya. Nasihatilah dia. bawalah dia ke jalan Allah S.W.T. Perbetulkan kesilapannya. Bersabarlah dengannya dan terimalah kekurangannya. Jadi imamnya yg terbaik dan redhalah dengan Hak mu yg telah ditetapkan itu.


yours sincerely,
keeyamustafa

Wednesday, January 25, 2012

ALLAHUAKBAR!!!

Oh Allâh... I have no money • but • I have • YOU ► I....A M....R I C H !
Oh Allâh... I have no freedom • but • I believe in • YOU ► I....A M....F R E E !
Oh Allâh... I have no patience • but • I read • YOUR QUR'AN ► I....A M....C A L M !
Oh Allâh... I get no respect • but • YOU • listen to my doa ► I....AM....P R O U D !
Oh Allâh... I have no time • but • I think of • JANNAH ► I....H A V E....F O R E V E R !


yours faithfully,,
keeya mustafa

Monday, January 23, 2012

renungan bersama


REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."


subhanallah..tolong sebarkan..:) dri Ustaz Nasir

Sunday, January 22, 2012

yang LAMA


cerita lama
dosa lama
cinta lama
sebentar lagi kita tinggalkan
bukan selamanya lupa
hanya dibenam dalam benak memori sementara

aku salut cerita lama yg keji
aku salut dosa lama hina tak terperi
aku salut cinta lama tak berkronologi
satu dua pejam celik
dunia makin tua
kita makin dewasa

adakah sejarah akan berulang?
pasti yang hitam kelat tak mahu di ingat
yang semanis kurma dipersilakan bergelimpangan
dengan mengharapkan si hitam
sedikit-sedikit memaparkan urna-urna bahagia
kuning, merah dan biru

cerita lama
dosa lama
cinta lama
sebentar lagi kita tinggalkan
bukan selamanya lupa
selamat datang angka dua belas


yours faithfully,
keeya mustafa

Thursday, January 19, 2012

BERSYUKURLAH :)


Bersyukurlah Dengan Dugaan Yang Kita Terima
Kerna Dugaan Yang Orang Lain Terima Dan Rasakan Lebih Besar Dari Kita
Bersyukurlah Dengan Dugaan Yang Kita Terima
Kerna Tanpa Dugaan Kita Akan Terus Hanyut Dengan Kelekaan Dunia
Bersyukurlah Dengan Dugaan Yang Kita Terima
Kerna Dugaan Tersebut Menguji Ketabahan, Kekuatan dan Keredhaan Kita Sebagai Manusia
Bersyukurlah Dengan Dugaan Yang Kita Terima
Kerna Dengan Dugaan Dan Cabaran Kita Akan Bermuhasabah Dan Lebih Mengenali Diri Kita
Bersyukurlah Dengan Dugaan Yang Kita Terima
Kerna ALLAH Masih Menyayangi Kita
Dan Kerna Itulah DIA Memberi Kita Dugaan Supaya Kita Sentiasa Mengingati-NYA Dan Sentiasa Mendekatkan Diri Pada-NYA Pemilik Seluruh Alam Semesta
BERSYUKURLAH DENGAN SETIAP PEMBERIAN-NYA
KERNA DIA KITA TERCIPTA SEBAGAI HAMBA


yours sincerely,
keeya mustafa

Thursday, January 12, 2012

SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MELINDUNGI



Trauma!
by Wardina Safiyyah OfficialPage on Thursday, 12 January 2012 at 04:18
Mereka merompak "perasaan selamat" saya

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.

“Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakkau” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu. Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.

Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.

"Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”
"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”
“Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

(Quran, Al-Falaq:1-5)

Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.

Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.

Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”

Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,
Wardina

Friday, January 6, 2012

ALLAH MAHA MENYAYANGI :)

•► Dalam BAHAGIA Allah menyisipkan DUKA..
.♥ Agar kita tahu ada hikmah di sebalik sekaan air mata..

•► Dalam HARAP Allah menyisipkan RESAH..
.♥ Agar kita sedar untuk mengiringi doa dengan sepenuh pasrah..
...
•► Dalam JUANG pun Allah meletakkan LELAH..
♥ Agar kita ingat betapa mahalnya istiqomah..

Allah tidak ciptakan sesuatu dengan sia-sia..♥♥♥



yours sincerely,
keeya mustafa

Thursday, January 5, 2012

RETURN TO ALLAH :)


this entry about monsson season at TERENGGANU..
but i just story at my COLLAGE area..

okay,,, :)


strong winds!! heavy rain!! and complete with storm.. :0
all bicycles has fallen down,, :0



around my collage,,this terrible incident!!! :0


asked tree, why you swaying??
because i'm shaking by strong winds!!


VERY DANGER!! ANYTHING WILL BE FLYING TO YOU!!!
hohohoho :0


a few minutes after storm,, SUBHANALLAH!!!


MANY DISASTER THAT OCCUR,,LET US PRAY TO ALLAH....


Monday, January 2, 2012

Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan raja lawak


Assalamualaikum...ni ada sedikit ilmu daripa Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan raja lawak pada malam tadi..

1. Apakah Hukum sambut countdown...?
UAI:"countdown tu mende"...??
Zizan: !@#$*...emm.."count tu, kire..down tu, bawah...2011 ke 2012.."
UAI: "count up la gitu..11 ke 12...."
zizan: !@#*.... =)
--> Kata ulama' countdown bukan perayaan...ianya jatuh haram mengikut cara(perbuatan) kite...jatuh haram sekiranya sambut dengan buat maksiat,mnum arak,judi,ambil dadah,dll....

2. Apakah hukum main bunga api...?
--> Ulama'2 sepakat menyatakan setiap perbuatan yang ada membazir = tidak harus...samada makruh @ haram.. Jika beli sedikit mercun kemudian bakar,makruh kerana membazir sedikit duit.. sekiranya membazir berlebihan jadi Haram.. contohnye beli sampai beratus2,beribu2 ringgit...kalau bunga api untuk sambutan tahun baru terang2 haram kerana ambil duit rakyat beratus2 ribu ringgit, pembaziran yg nyata...

3. Pandu kereta sorang2 pd pukul 3pagi...smpai kt lampu isyarat,lampu merah..boleh tak nk teruskan kerana tiada kenderaan lain ketika itu,jalan sunyi...
--> Peraturan kerajan buat bg menyelesaikan maslahatan rkyt..lampu isyarat dicipta untuk jln yg sibuk/sesak.. dlm jln kmpung ade lampu isyarat x?tiada sbb jln kampung xsibuk... Boleh jalan,jika yakin tiada kenderaan lain ketika
itu(dari arah kiri,kanan,depan) dan yakin tiada mudarat kpd org lain..peraturan mnusia boleh ditukar mengikut keadaan..tetapi Undang2 ALLAH(Quran),tak boleh diubah sampai bile2...

4. Betul ke alat muzik tu najis..?? UAI: "Betul.....sekiranya ada tahi ayam pada alat muzik itu"....=)
--> Najis ialah benda yg keluar dari kemaluan... kalau binatang,anjing & babi..haiwan mati(bangkai) juga najis.. Jika main alat muzik sampai lalai,tu yg jd haram... bunyi2-an ni dibenarkan... dalilnya, dalam kitab2 bab Nikmat
Syurga = Allah ada sediakan bunyi2-an didalam syurga nanti...

5. "Isteri kena hiburkan suami dirumah...kalau suara isteri xsedap kena nyanyi jugak ke...?" =)
--> Tujuan hiburkan suami untuk mengeratkan ksh syg dlm rmh tgga... hiburkan suami bukan dgn nyanyi je.. mcm2 cara boleh...isteri hiburan suami dr hujung rambut smpai hujung kaki.. dgn cara ckp boleh hiburkan suami..
cara berjalan...ni tidak,bile kt opis berjalan "catwalk"..dlm rumah plak "elephantwalk"...=) cara layanan juga hiburkan hati suami...dll...

6. Hiburan itu haram sebab melalaikan...ape pendapat ustaz...
--> Manusia mmg suke kpd permainan & hiburan.. Islam bukan agama menghalang(semuanya haram) tetapi agama mendidik..hiburan dibenarkan cume kite yg xpandai jaga diri (lalai dr perkara wajib,mabuk,maksiat)...tu yg
jd haram tu..Boleh hiburkan diri sekejap setelah penat kerja @ beribadah.. boleh bermain supaya xbosan..Allah juga hendakkan supaya hamba2nya sihat n cergas untuk melakukan kerja n kewajipan2 lain..niat dlm hati, hiburan kerana Allah...

7. "Saya tgk vcd kuliah Ustaz...ustaz kate,perempuan xwajib pakai tudung..lepas tu vcd lekat..xleh nk tgk ayat seterusnya"...=) betul ke perempuan xwajib pkai tudung...??
--> Betul perempuan xwajib pakai tudung...yg WAJIB ADALAH TUTUP SELURUH AURAT... aurat ialah apa2 bhgian pd anggota bdn yg tidak boleh dilihat oleh lelaki yg bukan mahram.. kalau pkai tudung tp nmpk jugak rmbut kat dalam(tudung nipis bayang) haram jgk...kalau pkai tudung tp rambut keluar(jambul) haram jgk..
pakai tudung tp pkai baju lengan pendek,haram jgk...pakai tudung singkat,haram jugak..jd tutuplah aurat..WAJIB..faham molek..

8. Masa duduk tahiyat awal, anak datang duduk atas peha...batal tak..?
UAI:"Batal...sekiranya si ayah terkentut"...=)
--> Tak batal sebenarnye..kecuali jika si anak itu dalam keadaan bernajis... dalilnya, pernah satu ketika Rasulullah sedang sujud,cucu baginda iaitu saidina hussin tibe2 naik atas belakang baginda..baginda sujud lama2..tidak terus
bangun kerana fikirkan cucunya xpuas lg bermain dan juga bimbang sekiranya saidina hussin terjatuh jika baginda bangun...dalam solat,boleh meraikan kanak2...

9. "Babpe (sebab ape/kenapa) ustaz tak berpasangan ngan zizan masuk raja lawak...?"
--> Ustaz mengajar untuk tarik minat orang muda..kalau mengajar lurus mendata(straight) aje, orang muda xberapa suke...datang 2,3kali pastu xdtg dh sbb bosan...kena pelbagaikan cara.. Alhamdulillah,orang muda
datang kuliah...yang xsuke datang kuliah,jadi suke datang kuliah...kite nk hasilnye....

10. "Saya suka tengok cerite hantu...sampai takut nk gi ke dapur waktu malam..isteri saya lagi la takut..." =)
Apa hukum tengok cerite hantu...?
--> Sengaja tengok suatu bende yang buat kite takut,tetapi bende takut tu xdk faedah = Makruh... Kalau tengok suatu benda yg membawa takut kepada Akhirat(ALLAH),contohnya tengok orang mati = Sunat...
Jika takut pada bende yang hanya lakonan(filem/drama)..? = maknenye kite 'tak sihat'...=)

11. "Saya nak derma tabung masjid rm10..tetapi terambil duit rm50 dan termasuk ke dlm tabung masjid..boleh tak saya nak mitak balik(baki)...?" =)
--> Boleh mitak balik...dengan syarat kena bersumpah dulu...jika imam x yakin dengan dia,imam xwajib bagi... fikirkan hikmah...mungkin Allah nk bg ganjaran yg besar pd kite...redha aje lah...

12. "Kenapa wanita suka berbelanja..isteri saya janji, sekali ni je-sekali ni je,tp beli jgk"....=)
--> wanita mcm bdk2...suke membeli..contohnye bdk2,pantang tgk mainan terus je nk,padahal mainan dh byk kt umah...mcm juga wanita, padahal baju,kasut byk dlm almari yg xpkai lg..nk beli lg..wanita mmg suke tgk benda yg cantik.. memang tugas
suami cari duit, isteri habiskan duit..kalau bukan isteri yg habiskan duit, siapa lg...kalau bkn isteri,siapa lg yg nk beli periuk,kuali,dll...suami jgn marah..isteri besar jasanya..tlg beranakkan anak, jaga anak2, tlg basuh bju kite,tlg msak,kemaskan umah,dll...

13. "Saya rajin berkerja,taat perintah agama,solat xtinggal...boleh tak nk jd menantu ustaz..?"....=)
-->Boleh...dlm hadis pon nabi berpesan,jika ada seorang lelaki yg beragama dtg meminta anakmu,maka segerakanlah menerimanya... nabi tak syaratkan mengambil menantu yang PANDAI AGAMA ( ulama,ustaz,al- hafiz)...tetapi cukuplah yg JAGA AGAMA(bersolat 5waktu,berpuasa penuh,dll)...

14. Apakah hukumnya mengambil wudhu' dalam keadaan bogel..?
--> "Ulama' sepakat menyatakan HARAM mengambil wudhu' berbogel....di khalayak ramai"...=) Jika didalam bilik air rumah hukumnya makruh...

*Ni je yang sempat saya ambil..Jika ada salah dan silap..silalah tegur...kerana kesilapan itu dtgnye drpd kelemahan diri sy sendiri...sama2 kite belajar(menuntut ilmu) mencari redha Allah dan juga sama-samalah kita berkongsi2...=)


SUMBER DARI LAMAN FACEBOOK ISLAM CARA HIDUPKU


yours sincerely,
keeya mustafa

Saturday, December 17, 2011

TERAPI JIWA

halu darl! :)

malam tadi tadah telinga dengar ceramah TANYALAH USTAZAH.. berkisarkan tentang AKHLAH TERTINGGI..

ustazah kata kalau nak cantik, kita kena cantik dalam dan luar..



nak cantik dalam tu ROHANI.. mendekati ALLAH, menginsafi kekhilafan diri, memaafkan orang lain, yang penting JANGANLAH KITA BERMESYUARAT TINGKAP..

MESYUARAT TINGKAP NI MEANS jangan lah mengumpat takut tertambah cerita jadi pula MEMFITNAH.. tak takut ke UMPAMA MAKAN DAGING SAUDARA SENDIRI TAW! bukan sedap pun makan daging orang,, kan lagi sedap makan AYAMGORENG KE? JADI JANGAN LAH MENGUMPAT ATAU MEMFITNAH YEP!



masa melayan ceramah tu sorang2 sebab semua orang da tidur,, aku termenangis bermuhasabah diri.. time ni la, semua flashback, memang kerdil hamba-Mu ini YA ALLAH!

orang kata kalau mudah menangis hati lembut.. tak sangka aku juga berhati lembut rupanya.. OKAY STOP FOR OVER ACTION..

dan last sekali jangan berdendam.. SEMOGA KITA DIPELIHARA OLEH-NYA,,, AMIN...

pas pula pagi2, aku layan TANYALAH USTAZ.. tajuknya INDAHNYA PERUBATAN ISLAM..
USTAZ SHARHAN yang berceramah..

dapatlah ilmu amalkan AYAT2 SYIFA'



kat sini aku kongsikan 6ayat syifa'

1. SURAH AT-TAUBAH AYAT 14
2. SURAH YUNUS AYAT 57
3. SURAH FUSILLAT AYAT 44
4. SURAH AL-ISRA'AYAT 82
5. SURAH AS-SYU'ARA' AYAT 80
6. SURAH AN-NAHL AYAT 69

USTAZ KATA BACA SELEPAS SOLAT SUBUH 7KALI..

semoga menjadi amalan untuk kesihatan jasmani dan rohani..TERAPI JIWA MUSLIM..

sekaligus mendekatkan diri pada ALLAH dan menkaji AL-QURAN..

yours sincerely,
keeya mustafa

Sunday, December 4, 2011

BAIT2 SKRIP DARI CERITA NUR AIN


KADANG-KADANG ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MATAHARI KITA



LALU ALLAH DATANGKAN GURUH DAN KILAT
PUAS KITA MENANGIS
MENUNGGU DAN MENCARI KE MANA HILANGNYA MATAHARI KITA




RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI YANG INDAH


yours sincerely,
keeya mustafa

IMAM AL-GHAZALI SAYS


Menurut Imam GHAZALI Yang jauh Itu WAKTU...
Yang Dekat Itu MATI...
Yang Besar Itu NAFSU...
Yang Berat Itu AMANAH...
Yang Mudah Itu Berbuat DOSA..
Yang Panjang Itu Amal SOLEH...
Dan..
Yang Paling Indah Itu MEMAAFKAN...

Jadikan Sebagai Renungan...



yours sincerely,
keeya mustafa

wow awesome!