Showing posts with label sunnah Rasulullah SAW. Show all posts
Showing posts with label sunnah Rasulullah SAW. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

Bulan Syaaban tiba!

Hari ini 1 Syaaban 1433H..

pejam celik pejam celik dah berlalu bulan Rejab dan lagi sebulan nak bertemu bulan Ramadhan.. wah, tak sabar nak pergi terawih, ade moreh, ade bazar *makan je tau (fokus untuk beribadat dan kawal nafsu ea semua)

oh ye, kita cuma nak kongsi2 dan sebar2 kan tentang kelebihan dalam bulan Syaaban.
Antaranya :
1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda

2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambaNya (ALLAHUAKBAR!)

3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid (SUBHANALLAH!)

4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak (SUBHANALLAH!)

*untuk perkongsian : Malam Nisfu Syaaban difahamkan yaitu : Malam yg mana buku catitan kita selama setahun akan dibawa kelangit, lalu digantikan dgn buku catitan yg baru. Masanya @ 14 ato 15 pertengahan bulan bermula waktu Maghrib



p/s : Oleh itu marilah kita sama2 mencari keredhaan Allah selagi kita masih diberi peluang olehNya untuk bernafas di dunia yang sementara ini…

bulan Syaaban ni jom semuanya berpuasa, melatih diri sebelum bulan Ramadhan..
Al-Hadis : “Tidak aku lihat Rasulullah SAW berpuasa berturut2 bulan,
melainkan pada bulan Syaaban dan Ramadan…” Allahu’alam…

yours faithfully,
keeya mustafa

Saturday, June 16, 2012

israk mikraj

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ DAN PENGAJARAN
*ARTIKEL DARI I LUV ISLAM

bismillah...~~~

sempena israk mikraj pada tanggal 27 rejab~~~

ada je beberapa khilaf tentang tarikh sebenar peristiwa ini, tapi itu bukanlah suatu perkara yang perlu dipanjangkan perdebatannya...

begini,

entri ini adalah sekadar rentetan daripada perihal israk dan mikraj yg sedikit berbangkit ketika reunion kita tempoh hari...

Israk---> perjalanan baginda Rasulullah dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin.

Mikraj---> perjalanan baginda Rasulullah dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha.



Peristiwa hebat ini terjadi selepas baginda Rasulullah diuji dengan kehilangan isteri tercinta, Siti Khadijah dan pemergian bapa saudara baginda, Abu Talib.


sepanjang perjalanan dari Masjdil Haram ke Masjidil Aqsa (Israk), baginda telah menyaksikan beberapa peristiwa simbolik yang amat ajaib seperti :


1) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
2) Melintasi tempat yang berbau harum.
3) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
4 )Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.


[ini sebahagian sahaja, ada lagi peristiwa-peristiwa lain, i boh sket2 je...]



manakala, sepanjang perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh (Mikraj), baginda telah bertemu dengan beberapa nabi sebelum baginda seperti Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Yahya, Nabi Yusuf di langit-langit yang tertentu.


[ada lagi nabi-nabi lain yang Nabi jumpa, tapi i boh sket je kat sini ]

[ada lagi juga peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan, tapi i boh sket2 je...]


sewaktu tiba di Sidratul Muntaha, baginda telah menerima perintah untuk umatnya supaya menunaikan solat fardhu 50 waktu sehari semalam.


Atas nasihat oleh Nabi Musa A.S, baginda Rasulullah telah berulang-alik sebanyak beberapa kali semata-mata mahu mengurangkan bilangan waktu solat dalam waktu sehari semalam yang akhirnya tinggal lah 5 waktu je ...

---> sesape yang maseh terasa berat untuk menunaikan solat fardhu yang 5, mungkin boleh fikir-fikirkan tentang ayat ini...

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan solat; dan sesungguhnya (solat) itu amatlah berat
kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,"
“(iaitu) mereka yang yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.”
[Surah Al-Baqarah 2: 45-46]

p/s :
bulan Rejab ini amatlah digalakkan untuk umat islam berpuasa sunat. Tentang berpuasa sunat sempena ISRAK MIKRAJ, hal ini ada disentuh oleh ulama. Agak panjang untuk diceritakan di sini. So, i ringkaskan je la ye...


begini,

boleh je nak berpuasa sunat pada 27 Rejab, tapi cukuplah sekadar niatkan ianya sebagai puasa sunat bulan Rejab, BUKAN Israk Mikraj ---> saya tidak menjumpai periwayatan hadis tentang puasa sunat Israk Mikraj. Jika mahu berpuasa, silakan dengan niat puasa sunat bulan rejab...

yours sincerely,
keeya mustafa

Sunday, December 4, 2011

SELAMAT BERPUASA SUNAT AS-SYURA


Barang siapa yang berpuasa esok 9 dan 10 Muharram (isnin dan selasa),

maka pahalanya bersamaan dengan 2 tahun ibadah,

dan bagi yang mengingatkan orang lain pula,

akan mendapat pahala bersamaan dengan 80 tahun ibadah.



yours sincerely,
keeya mustafa

Wednesday, November 30, 2011

Sunday, November 27, 2011

starting the first sheet with a good things


SALAM UKHWAH,, :)

Dengan bermulanya tahun 1433 hijrah, saya nak mengajak kamu semua melakukan sedikit perubahan.
sebelum ini kita hanya ambil wuduk semata-mata, tapi sebenarnya kita telah terlepas pandang bahawa setiap perbuatan wuduk itu ada maksud yang tersirat.

MARILAH KITA BERUBAH KERANA-NYA.





MULAKAN DENGAN NIAT : "SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS KECIL TUNAI KERANA ALLAH TAALA

*ketika berkumur , bisikkan dalam hati , "ya Allah...ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"
( ini kerana mulut dan lidah adalah anggota yang paling banyak berbuat dosa)

*ketika membasuh muka , bisikkanlah , "ya Allah...putihkanlah mukaku diakhirat kelak, janganlah Kau hitamkan wajahku ini."
(ini kerana , wajah ahli syurga putih berseri seri)

*ketika membasuh tangan kanan , bisikkanlah , "ya Allah...berikanlah catatan amalanku melalui tangan kanan ku ini."
(ini kerana catatan amalan yang diberi melalui tangan kanan membuktikan Husnul Khatimah)

*ketika membasuk tangan kiri , berbisik dan merintihlah , "ya Allah...jangan Kau berikan catatan amalan ku melalui tangan kiriku ini."
(ini kerana pemberian hisab melalui tangan kiri menandakan suul khatimah )

*ketika membasuh kepala , bisikkanlah , "ya Allah...lindungilah daku dari terik matahari di padang mahsyar dengan Arasy Mu ."
(ini kerana , matahari hanyalah sejengkal diatas kepala pada waktu itu)

*ketika membasuh telinga , berbisiklah , "ya Allah..ampunilah dosa telingaku ini"
(ini kerana telinga telah digunakan untuk mendengar fitnah , umpatan , hasutan dan lain lain )

*ketika membasuh kaki kanan , ucapkanlah , "ya Allah...permudahkanlah kakiku meniti di titian siratul mustaqim"
(ini kerana meniti di titian siratul mustaqim itu adalah mudah bagi ahli syurga)

*ketika membasuh kaki kiri , berdoalah , "ya Allah...bawakanlah aku ke masjid , surau dan ke rumah Mu ya Allah . dan bukan tempat tempat maksiat."
(ini kerana manusia sentiasa perlukan petunjuk Ar Rahman untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kemurkaan )





kemudian , bacalah doa ini dengan sepenuh hati :

Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah jadikanlah daku daripada golongan yang bertaubat, jadikanlah daku daripada golongan yang bersih, jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau yang soleh.



dan seterusnya disusuli dengan solat sunat wudhuk sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah menghapuskan dosa-dosa kita dengan berwudhuk.

"MULAKAN DARI AWAL
SUPAYA IBADAH YANG DILAKUKAN MENJADI LEBIH SEMPURNA."


sincerely,
keeya mustafa

Thursday, February 5, 2009

BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)

• Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

p/s : mengenali Baginda mencintai Baginda :)

wow awesome!