Showing posts with label cocet cocet. Show all posts
Showing posts with label cocet cocet. Show all posts

Saturday, June 7, 2014

ikut saya ;)


FOLLOW ME!!!

https://twitter.com/mumuwawayaya


mumuwawayaya
7/6/2014



Sunday, May 25, 2014

mohon terasa

Orang perempuan, kalau bergaduh dengan orang dia sayang, semua kerja tak jadi. Badmood seharian. Menangis la. Rasa nak demam la. Rasa sakit kepala la. Macam-macam perkara negatif la. Semua benda yang dia nak buat semua tak jadi...
Orang perempuan tak suka kena marah. Tak suka orang garang-garang dengan dia. Tak suka kena tengking. Tak suka diabaikan. Orang perempuan sangat suka bila ada orang ambil berat tentang dia.
Orang perempuan susah nak dengar cakap kalau orang nasihat dia sindir-sindir atau tegur kasar-kasar dengan dia. Bagi dia, cukup cakap baik-baik. Kalau dengan cara itu, in shaa Allah dia mudah terima.
Dan.. orang perempuan sangat suka dipujuk bila dia merajuk! -Nadia Thaherah Ezlan-



SAYA SETUJU!!!

mumuwawayaya
25/5/2014

Thursday, April 24, 2014

reunion meletop!

setelah sekian lama,
lama tak jumpa,
rindu rasa hati,
ingin ku bertemu denganmu

bertemu mereka sahabat2 KJ!

ini KJ bkn yb KJ tapi KEJURUTERAAN..

sahabat semasa di sekolah menengah,
2 tahun berjuang (2006-2007) banyak yang kita tempuh,
kacau kelas orang, kelas paling bising padahal kelas paling sikit jumlah pelajarnya..
bising sampai cikgu disiplin menziarah kami setiap hari..
masa tu lah semua jadi semut..
rajinnya...isy isy isy isy..

dan perangai masing2 tak ubah,dengan cakap TERLABIK nya..
korang mesti tau cakap TERLABIK..
ala contoh macan ni.

AKU NAK MAKAN NASI jadi KA-AU NA-AK KAMAN SANI..

hehehe..macam tu la..aku pun tak fasih sangat macam mereka2 ni :


**topek-komeng-ageng**bonding 3 orang ni sangat terbaik, pergi mana2 mesti bertiga, melainkan keluar dgn awek masing2..hahaha..

disebabkan dah terlalu lama tak jumpa, kami decide untuk dinner kat MELETOP pulai :


last jumpa masa reunion raya round2 rumah cikgu, then sekarang masing2 cuti baru dapat jumpa..


**makan sampai kenyang, masak2 makan2, tak ada la steamboat sangat, banyak meng'grill' je..**


**ini baru starting, my port tapi masak2 geng makan, mereka dah kenyang, baru aku melantak..**


**si gadis manis bertudung tu dayah, aku kagum dengan cara kau bawak kereta, sebab apa? sebab kau bawa manual kot..tercabar rasanya, terima kasih bagi aku menumpang secarta percuma..**

sangat puas hati makan kat MELETOP ni, satu kepala 10 ke 12 ringgit tak silap aku, makan sampai tak boleh nak makan, bukan steamboat atau grill saja, ada juga pencuci mulut, buah2, ais krim, macam2 la ada..memang terbaik..


**owner Altis, aku perati je mamat ni, jealous kot, keja singapore samapi hitam legam berkilat da mukanya, yang penting masyuk~~dia ni single minggle, hahaha...yang sebelah tu bukan awek dia, yang itu sudah berpunya 2 orang anak..tapi kalau berjalan dengan anak, orang tak cakap dia bawa anak tapi bawa adik..huhuhu awet muda, badan pun still maintain..**


**yang ber'shawl ijo tahi lombu tu tak payah kenal la, tak penting..owner this blog je pun..hehehe, aku tetatp aku, aiseh**


**hahaha si topek ni cakap monopod kegilaan kaum hawa, tapi tengok tu perasan nak bermonopod jugak..actually, tu bukan monopod tapi senduk kuah tomyam..budak2 ni..hahaha**

harapan : moga ukhwah yang terjalin kekal hingga ke tua, masing2 sama2 rasa susah senang..ada masa kita kumpul2 lagi ea kawan2..rumah masing2 dekat2 je, tapi nak jumpa punya la susah, maklum la masing2 sudah berkerjaya dan ada komitmen masing2..moga berjaya duani akhirat semua hendaknya.. 

mumuwawaya
24/4/2014




Wednesday, February 26, 2014

oh cctv!

Tahu apa makna rasa terkongkong?
Bila segala gerak geri kau diperhatikan.
Segala perlakuan kau dirakamkan dan di catat.
Ke sana ke mari kau di lihat dan di kenal orang.
Tak perlu terlalu menonjolkan diri orang akan tahu juga hatta kau cuba sembunyi pun.


keeya mustafa
26/2/2014

Tuesday, August 28, 2012

op..op..op..

oppa!

oppa!

amboi kau bukan main lagi jerit2 oppa! terkinja kinja! gediks yaw! berbulu mata akak!

oppa..oppa..aku op,,pang hang kang..senyap terus! hahahaha.. *tiru trademark matlutfi!

saja2 aje! :p peace yaw!

p/s : sekarang musim oppa gangnam style,, aku pun tak paham apa yang syok sangat,,nampak macam pelik je..hee~

yours saje2,
mumuwawayaya

mata yang jahat

tolong jaga mata anda!
aku cucuk kang!
*garang tak?

seram nak keluar rumah.. banyak mata2 yang jahat!

p/s : nak pakai purdah la macam ni.. banyak mata jahat memerhati! nak cucuk mata si penjual buah kat pasar tu..

owh ye si penjual buah, tak payah susah2 amik hati mak aku, suka2 je panggil mak orang mak..ni mak aku la bukan mak kau..haha..*aku kedekut! please panggil mak cik or auntie ok!

astaghfirullah.. aku hanya mampu ucapkan ihdinosiratolmustaqim ~ moga dipimpin ke jalan yang lurus.. amin...

yours faithfully,
keeya mustafa

Thursday, July 12, 2012

nama cute?

hari ni pergi pejabat pos, nak pos barang untuk sahabat tercinta kat ipoh tuh, tapi sebenarnya untuk anak sedara dia yang comel tu..

disebabkan telah terjebak dan terbabas berada di pejabat pos, aku teringat nak daftar jadi pemilih.. baru nak daftar? ye, baru nak daftar, kenapa dah lambat sangat ke? pak najib tak ada inform kat aku pape pun? bhahaha, besor betul pangkat kau..

akak yang beruniform biru mintak aku ic dan menyebut nama aku.. CUTENYE NAMA AWAK!
~erk? kak, nama kite tak cute, nama kite unik, kalau akak nak tau sape yang cute, cute tu kite la.. hee~ :) *ohmy perasan sungguh!

mana dapat nama ni?
~owh, nama ni kite beli kat tesco, satu huruf RM3!
main2 ye awak ni..
~betul la kak, kite jawab soalan akak elok je, tengok ni, keychain kite --> ade 5huruf, jadi RM15 la, ni tak campur lagi tali ala2 jam tangan ni..

ok2, maksud akak, sejarah nama ni?
~abah kite bagi, amik dari surah Al-Waqi'ah..
owh ye,tu macam pernah dengar.. betul cute ni..

dah siap daftar, seperti biasa habis je urusan, ucapan terima kasih sebagai penutup.. dengan lurus bendul nye, aku cakap --> TERIMA KASIH KAK, CAKAP KITA CUTE..hee~ :)

p/s : akak tu cakap : tahun ni awak tak boleh mengundi taw, kena tunggu tahun lain.. ~owh ye? pape je la kak, janji dah daftar, dah buat tanggungjawab, kalau undi nanti pangkah yang buat kerja elok2, bukan yang kuat songlap..syuuuu...

yours sincerely,
keeya mustafa

Monday, June 11, 2012

aku tak pernah telan susu ibu?

balik dari hospital aku bagi tau abah yang tekanan darah rendah,, dan2 bapak aku cakap "tu la, masa kecik kau tak minum susu mak,,"

what? tak pernah minum? ye je abah?

ye.. tak caye tanya mak sana..

aku pun macam biasa kacau mak aku kat dapur..

mak masak apa tu, boring kan makan yang kite selalu masak? maklumlah tak sedap.. hehehe..
mak betul ke yang kite tak pernah minum susu mak?

eh minum la, sape cakap tak minum?

abah.. sedih je kan.. rugi kot kalau tak pernah minum.. (erk,,ape aku cakap ni).. maksud kite, berkat air susu ibu tu..

minum la dik,, kau tau cerita tak yang kau dulu sebenarnya lambat 2hari tengok dunia ni,, abah pulak nak kau keluar normal.. abah kau bagi mak minum air kunyit, air nenas, air halia,, segala macam dia bagi, biar rasa sakit nak beranak tu datang,, tapi dah lambat 2hari kau tak keluar, doktor decide kau keluar ikut pintu (operation)..takut lemas berenang2 pulak kau kat dalam perut mak..

hui,, mesti sakitkan mak.. kesian mak.. :(

kalau kesian belajar betul2, kuatkan semangat, jangan cepat sangat givup..

oke, baiklah.. 1st class degree kite bagi kat mak dengan abah nanti.. wee~

p/s : korang cuba la tanya mak bapak korang, cerita masa korang nak tengok dunia,masa zaman kecik korang, bila korang start tak pakai lampin, bila korang pandai jalan, aku dah interview mak bapak aku, korang bile lagi.. memang kelakar dengar dorang cerita..

yours sincerely,
keeya mustafa

Sunday, June 10, 2012

MEDICAL CHECKUP

tadi aku ditemani mak ke hospital untuk buat medical checkup..
hah! dah kenapa sakit ke aku?
tak la, nak fly jauh ni..kena buat checkup..hee~

sampai je tanya costumer service, miss saya nak buat medical checkup..

pergi bilik no9 jumpa pegawai kesihatan..

~KAT BILIK NO.9..bagi semua dokumen, dan dapat flow untuk pergi pelbagai bilik dan kaunter.. pegawai kesihatan tu cakap terlalu pantas, nasib telinga masih tajam, otak tak bebal, dan dapat tangkap apa yang dia cakap..

pergi kaunter A amik no. giliran..tak ada masalah, sebab amik nombor je..hee~

pergi kaunter B, tunggu giliran..
TIBA-TIBA terlihat satu adegan..antara pekerja kaunter dan warga asing.
AWAK CEPAT SIKIT BOLEH TAK, NAK APA? BAGI IC! ( mak eh garang gile pekerja kaunter ni..)

aku pun tanya, mak boleh ke layan macam tu? dia kan kerja gomen, takkan layan orang macam tu..

ala dik dengan orang asing ni kena tegas, kalau tak kena pijak kepala.. mungkin orang tu dah strees kot, ramai orang hari ni..

akupun cuba la nak tengok muka makcik tu, actually macam kenal suara tu.. tapi ignore je la..

sampai giliran aku..TIBA-TIBA hai SISTER ROSNAH..(oke tu mak aku, baru naik pangkat oke, staff nurse ke sister) aku pun tak paham sangat flow pangkat nurse ni..

erk.. aku pun salam la mak cik yang bertegur dengan mak aku ni..

eh, ni bukan auntie zaini ke? auntie ke yang garang tadi? hehehe..

auntie zaini dahi dah berkerut..( nampak dahi je la sebab dia pakai mask)

amboi kau direct! nak buat apa ni..

nak buat medical checkup..

aik, dah besar2 pun heret mak lagi?

erk!( aku sentap kot, cari pasal ni..huhuhu)

mak aku pun menyelit, aku yang nak teman dia, bahaya sekarang anak dara jalan sorang2..

dah abis bayar semua, terus pergi buat ujian air kencing dan periksa xray..

~KAT BILIK X-RAY..
mak, kenapa semua pekerja lelaki?

memang lelaki la, bahgian xray ni..

erk? mak nanti teman masuk..

eh kau ni..mana boleh!

ala mak, semua lelaki tu, malu kot.. (Ya Allah lindungi la aku) aku pikir macam2..huh..

~kat bilik persalinan
lahai, aku memang benci betul part xray ni.. macam mana boleh terjebak ni..

tuk..tuk..tuk.. cik dah siap, boleh xray sekarang..

erm..pakai tudung boleh tak? dosa ni nampak aurat..

tak boleh cik, kejap je ni, darurat, tak pe koT..procedure memang macam tu..

erk! tak ada pekerja pompuan ke? segan la aku..

kejap je cik tak sampai berapa saat pun..

YA ALLAH AMPUN LAH DOSA KU SESUNGGUHNYA NI DARURAT..

keluar dalam keadaan muka tebal, dan memang berlaku dengan pantas proses xray tu..

dah selesai cepat2 aku keluar dari bilik tu,, rasa azab dalam bilik tu..
sumpah tak datang sini lagi dah..

~kat bilik doktor..

awak pernah masuk wad?
pernah, sakit darah keluar kat hidung..( aku tak tau sakit ape, aku cakap je yang aku tau )

tekanan darah rendah sangat! tau tak sebelum ni?
tau.. pernah check masa nak derma darah dulu..

ada sakit apa2 tak?
setakat ni tak ada, tapi tak tau la lepas doktor cek ada pulak.. ( aku geram, nama je doktor, tapi tanya aku ada sakit ke tak.. buat keje la elok2..)

huh..horror sangat buat medical checkup ni, macam2..

p/s: setelah buat semua nya, aku disahkan sihat walafiat walaupun tekanan darah rendah..

yours sincerely,
keeya mustafa

aku ada 2orang adik?

masa pergi medical checkup, aku ternampak sorang nurse ni uniform dia kelihatan pelik..

jadi aku tanya mak, mak kenapa uniformdia macam tu?

tu uniform mengandung la..

owh ye ke? dulu mak pakai macamtu la?

haah, da buang da pun..

TIBA-TIBA AKU BOLEH TERKELUAR SOALAN NI ~ mak dulu ada plan2 takk nak anka berapa?
(erk! ape aku tanya ni? oke tunduk kejap, harap mak tak fikir pelik.. apakah soalan ni!)

tak ada pun.. tapi abah ada plan nak anak 5orang..

ye ke mak? tapi kesian kan 4 orang je.. (ape aku respon macam ni,, sebenarnya aku nak adik lelaki tapi dapat pompuan)

then MAK PUN CERITA,, YANG MAK PERNAH GUGUR!

WHAT? GUGUR? TAK TAU CERITA PUN!

dah lama cerita nya, tahun 94 tak silap mak.. masa tu mak ambil kursus bidan, balik lambat, strees, tak cukup rehat, dan tanda2 pregnant tu..lambat datang bulan..
mak tak sempat nak pergi buat checkup...dah lama2 tu, mak datang bulan, kali ni lama macam tengah berpantang flow dia.. so mak rasa mak gugur, benda tak jadi lagi, mana la nampak kan.. tapi cerita lama,mak pun tak perasan.. ada je kes macam mak ni..

erm..abis tu mak tak ada check ke? betul ke gugur..

tak nak la, takut kecewa..

abah tau tak? abah cakap apa?

tau,nak buat macam mana, tau pun benda dah jadi.. dah la dik benda dah lama..

i obey u mom, kesian mak abah, kalau betul, mesti dah sebaya ain, mesti sekarang tengah sibuk2 nak sambung belajar.. ( argh apakah aku! melalot.. redha.. tapi kalau betul, dan dia adik lelaki kan best..)



dulu aku selalu cakap kat mak, mak adik nak adik laki, masa tu aku tak suka adik aku, sebab dia perempuan dan dapat je apa yang dia nak, maklum lah masa kecik kan kuat jeles tengok adik macam tu.. walaupun selalu aku cakap aku minta tapi...

mak sangat sabar dan lembut je jawab, mak tak boleh bagi adik lagi..

tapi kenapa?

sebab tak boleh sayang..

sob..sob..sob..dah besar ni baru aku tau, kesian mak..

mak maafkan adik sebab selalu minta nak adik laki, dulu adik tak tau pun, after seseorang ibu tu dah beranakkan anak secara belah perut sebanyak 3 kali tu, perlu ikat peranakan dan tak boleh mengandung lagi( aku tak pasti betul ke tak, aku bukan budak sains, jadi aku cakap apa yang paham je, kalau salah betulkan taw..heehehe..)

p/s : pape pun aku sayang adik aku sorang ni, walaupun keras kepala, tapi dia genius, brilliant! semua periksa besar dia dapat result awesome dan gempak.. memang kejutan lah budak ni!

yours sincerely,
keeya mustafa

Friday, February 3, 2012

hye ADAM! buka mata!


♥ : *~ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.. ♥
*~ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.. ♥
*~ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.. ♥
*~ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.. ♥
*~ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.. ♥
*~ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.. ♥

yours faithfully,
keeya mustafa

Sunday, January 29, 2012

nak suami begini begitu?


Si A: "Seronoknya if dapat suami romantik like Seth Tan." [Nora Elena]
Si B: "Bahagianya if dapat suami penyabar like Adam." [Adamaya]
Si C: "Bestnya if dapat suami cute like Hyuk Jae." [Super Junior]
Si D: "Sukanya if dapat suami handsome like Shah Rukh Khan." [Kuch2 Hota Hei]

>>>Barangkali mereka terlupa betapa hebatnya RASULULLAH SAW sebagai seorang suami yang selayaknya dijadikan ROLE MODEL dalam kehidupan. Renung2kan :)

yours faithfully,
keeya mustafa

Saturday, January 28, 2012

calon isteri or bini korang


calon isteri:
N̲a̲k̲ ̲p̲a̲n̲d̲a̲i̲=Cari isteri cikgu
N̲a̲k̲ ̲s̲i̲h̲a̲t̲=Cari isteri doktor
N̲a̲k̲ ̲k̲a̲y̲a̲=Cari isteri anak tan sri
N̲a̲k̲ ̲g̲l̲a̲m̲o̲u̲r̲=Cari isteri artis
N̲a̲k̲ ̲g̲a̲d̲u̲h̲=Cari isteri samseng
N̲a̲k̲ ̲s̲e̲m̲b̲a̲n̲g̲=Cari isteri penceramah
N̲a̲k̲ ̲a̲l̲i̲m̲=Cari isteri ustazah
N̲a̲k̲ ̲g̲e̲m̲u̲k̲=Cari isteri chef
N̲a̲k̲ ̲s̲e̲l̲a̲m̲a̲t̲=Cari isteri polis
N̲a̲k̲ ̲s̲t̲y̲l̲o̲=Cari isteri kaki shopping
N̲a̲k̲ ̲M̲A̲M̲P̲U̲S̲=Cari isteri orang

p/s : hanya gurauan semata-mata.semoga anda mendapat jodoh yang dapat membimbing anda dijalan yang lurus :)

yours faithfully,
keeya mustafa

Friday, January 27, 2012

apa yang PALING RINGAN di DUNIA INI?


Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling ringan di dunia ini ? ‘
Murid 1 = ‘ Kapas ‘
Murid 2 = ‘ Angin ‘
Murid 3 = ‘ Debu ‘
Murid 4 = ‘ Daun-daun ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat..

p/s: sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan :)) dan dirikan solatkamu dengan khusyuk dan tawaduk :))

yours faithfully,
keeya mustafa

Monday, January 16, 2012

10 SOALAN SEBELUM BERTUNANG


1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.


Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.



Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.


yours sincerely,
keeya mustafa

Friday, November 25, 2011

UNTUNG LAH ADA YANG RINDU ;)

TWO is better than ONE ;)

RASA NAK KARAOKE LAGU NI LA..hehehe~

I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought
"Hey, you know, this could be something"

'Cause everything you do and words you say
You know that it all takes my breath away
And now I'm left with nothing

So maybe it's true
That I can't live without you
Maybe two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one

I remember every look upon your face
The way you roll your eyes
The way you taste
You make it hard for breathing

'Cause when I close my eyes and drift away
I think of you and everything's okay
I'm finally now believing

That maybe it's true
That I can't live without you
Maybe two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one
Yeah, yeah

I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought,

"Hey,"

maybe it's true
That I can't live without you
Maybe two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone

And I'm thinking
I can't live without you
'Cause, baby, two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
But I'll figure it out
When all is said and done
Two is better than one
Two is better than one

by : BOYS LIKE GIRLS ft TAYLOR SWITH
written by : MARTIN JOHNSON

Sunday, November 20, 2011

you're f0rg0tter!! the signs are.......

1st : maps g0 back your h0me must be inside your wallet everytime and everywhere...

2nd : you reading same magazine many time and you didn't remember that you already read before..

3rd : you're very suitable as goverment worker, because if you forgot staff name.. nevermind!! they all wearing name tag.. so it make easy for you FORGOTTER!!!

4th : unreality situation you have done around the world.. reality situation, actually, you just take 10 minutes go to mamak stall... YOU'RE ALREADY LOST!!!

5th : sometime you feel you are fasting but in reality you already forgot take time to eat.... OWH NO YOU'RE LOOK VERY THIN!!! suddenly right???

and the lastly :

you all forget 1st until 5th that YOU READ JUST NOW buddies!!! hahahahaha.. :)

just FOR LAUGHING buddies!!! sometimes WE NEED JOKE!!!
honestly I'M NOT A JOKER GIRL!!! weeee~~~~~ JUST FOR FUN!!!

writter by sesuke,,,suke-suke,,,xsuke,,,~~~ ALREADY CRAZY!!!

wow awesome!