Showing posts with label bila rindu. Show all posts
Showing posts with label bila rindu. Show all posts

Friday, May 1, 2015

kuatnya rasa rindu

Kuatnya rasa rindu, menangis bila minta rasa ni pergi, tolong la kejap je. Haaaaaisyyy...
**suddenly monolog dalaman terkeluar...

saya: jangan datang!

rindu: nakkk jugakkkkk!

saya: jangannn! saya tak suka!

rindu: takk, awak perlukan saya!

saya: saya tak nakk *tapi dengan nada yang semakin kendur dan slow, ada esak di situ*

rindu: kenapa awak tak nak saya?

saya: sebab bila awak ada, saya rasa sedih, sebab awak ingatkan saya pada dia..

rindu: awak kan sayang dia,,

saya: memang saya sayang dia,,

rindu: sebab awak sayang dia lah awak perlukan saya.. kalau awak tak suka saya, maknanya awak tak sayang dia..

saya: tak takkkk, bukan macam tu..

rindu: habis tu, macamana?

saya: sebab… sebab… saya nak dia selalu dengan saya. sebab tu saya tak perlukan awak. awak tak boleh pun buatkan dia datang dekat saya sekarang.

rindu: awak, awak dengar sini,,>>

“Rindu itu sangat manis bila manusia boleh merasainya, ia datang bila dua manusia berjauhan dan rindu itu melengkapkan rasa sayang yang ada antara mereka...”



 Note-to-myself  ^^ ~ im STRONG i never alone, i have ALLAH ^_______^ ya Allah sampaikan salam rindu padanya

SAYANG KU SYUWARI

sincerely,
Mumuwawayaya
01052015

***3months15daystogo***


Monday, January 12, 2015

ku yakin kau jodohku

seandainya kamu jodohku, yang telah di tetapkan Nya untuk menjadi pembimbing ku, maka, ketahuilah kamu bahawa nama mu sentiasa ku sebut dalam doaku.. di setiap siang dan malam ku.. dari terbit fajar hingga ke tenggelam mentari..

................ Ya Allah, Ya Tuhanku.. seandainya dirinya telah Kau tetapkan menjadi temanku, maka ku pohon kepada Mu, dekat kan hati kami.. redhailah rasa di hati ini.. izinkanlah kami menghalalkan segala rindu yang terasa, kasih yang membugar.. izinkanlah aku menjadi yang halal bagi nya, dan dia menjadi yang halal bagi ku.. izinkanlah aku menjadi ibu kepada zuriatnya dan dia menjadi bapa kepada zuriatku.. izinkanlah aku menjadi sebahagian daripada kisah hidupnya, dan dia menjadi setiap kisah hidupku yang mendatang.. seandainya aku telah Kau tetapkan untuk menjadi temannya, maka pohonku kepada Mu agar jadikanlah aku yang terbaik untuknya, yang setia hanya kepada dia, yang taat kepada perintahnya sebagai suami, yang membahagiakan dia, dan yang mencintainya insan hanyalah dia.. dan seandainya dia telah Kau tetapkan menjadi temanku, aku pohon kepada Mu, izinkanlah dia untuk membimbing ku kepada jalanMu.. dengan penuh keredhaan Mu, dengan penuh kasih Mu, dan dengan penuh nur hidayah Mu.. dan izinkanlah kami untuk hidup bersama selamanya selagi hayat dikandung badan di dunia ini bahkan di akhirat kelak.. kumpulkan lah kami di syurga Mu , Ya Rabb.. janganlah Kau sisihkan kami dari jalanMu itu, ya Allah.. anugerahkanlah kami zuriat yang soleh dan solehah.. bantulah kami dalam mendidik mereka dengan didikan agama yang teragung ini.. agar dapat kami lahirkan mujahadah dan serikandi yang tega berdiri hanya kerana agama Mu..tidak sesekali gentar di gugah, tidak sesekali menyerah.. aku pohon kepada Mu, limpahkanlah kami dengan cinta Mu, ya Allah................

wahai jodohku..
seandainya kamu yang aku cari selama ini, ketahuilah kamu yang aku nantikan untuk membimbingku ke jalannya.. kamulah yang aku impikan untuk sama-sama mencipta sebuah keluarga bahagia.. kamulah yang aku doakan selama ini.. walau dimana pun dikau berada, hatta di hujung dunia sekalipun, aku akan tetap disini.. menanti mu dengan penuh rasa kasih yang membugar mesra menyapa hati yang resah ini.. dan andai dikau yang ku nantikan, maafkanlah diri ini.. aku bukanlah seorang wanita yang sempurna buat mu.. aku bukanlah wanita yang memiliki kecantikan impian setiap lelaki.. dan mungkin sahaja aku bukanlah wanita yang kau cari.. tapi aku yakin, seandainya dikau jodohku, dikaulah pelengkap hidupku.. yang bakal menyempurnakan hidup dan impian ini.. yang bakal menyerikan warna-warna hidup ku nanti.. dan sejujurnya dengan penuh keikhlasan, aku ingin kamu ketahui juga bahawa diri ini sentiasa mencintaimu serta menerima kamu seadanya tanpa sedetik keraguan walau kita tak pernah bertemu sebelumnya..

wahai kamu..
aku akan tetap berdoa kepada yang satu..
semoga kau dan aku akan menyatu..
hingga ke akhir waktu.

Aminkan ku dlm doa mu, dan aku sntiasa mengaminkan doamu...


Monday, November 10, 2014

PENGAPIT TAK JADI

~~sebelum majlis~~
hang ada baju colour ni tak colour tu tak?
-----ni tak tu tak-----

biru lelangit tu aku ada..
--ok, set nanti pakai tu heh--

~~malam berinai~~
bila aku tgk pelamin**
weh, pengapit nak berdiri celah mana? pak besar gila pasu kat tepi tu**
---abg sado pengapit diri celah mana?---
//emm, xyah la pengapit.//

what?? xxoxoxoxoxoxo**
k fine, no wonder batang hidung kipas pon aku tak nampak..

~~hari kejadian~~
baju pengantin meleret**
aku tukang jaga ekor pengantin**eh? hehehe

pengapit lelaki TISU ADA TAK?
**WHAT? no pengapit needed/ alooo dengar tak?
ok bye..

~~sekarang~~
aku still tunggu mana gambar aku, yang akak cameraman janjikan..
sweet talker meh//

dan sekarang pengapit lelaki adalah.......tadadada........

I believe miracle ALWAYS around me..



///mamameayah///

BR//MM

Sunday, June 8, 2014

sedar diri

saya sedar diri saya siapa,
dimana saya berpijak,
abah saya dah bekalkan cukup ilmu untuk saya,
supaya saya cermin diri saya,
supaya saya kenal saya siapa.

SELAMAT HARI BAPA UNTUK ABAH "MY HERO" EVER!


mumuwawayaya
8/6/2014

Sunday, June 1, 2014

jangan beri harapan, sakit rasanya

Matlamat tanpa usaha adalah angan-angan. Usaha tanpa matlamat umpama berjalan tanpa tujuan. Matlamat beserta usaha pasti menghasilkan kejayaan

Bagi setiap usaha yang disertai dengan disiplin, pasti akan ada ganjaran yang berganda.

Imaginasi adalah lebih penting daripada kebijaksanaan.

Bodoh adalah apabila anda merasa terlalu pandai dan tidak mahu mendengar nasihat orang lain.

Jangan bazirkan tenaga anda untuk mencari alasan. Sebaliknya, gunakan segala keupayaan anda untuk mencari dan mencipta jalan penyelesaian.

Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian.

Awk..sy mohd arif b abd razak nk pesan awk study smart ye,jgn strees2,mkn ckup2,doa,slt hajat,solat diawal wktu,jgn pksa dri,snym sokmo,think positive,etc.sy tau awk blh.cayok2.

Muwaqi’ah bt mohmad mustafa
7/10/2013

Ini kisah dulu tinggal kenangan.

nasihat dia buat aku, nasihat yang buatkan hati ini bergetar,
tapi hari ini aku dapat tahu dia dah bertunang,
sangat terdiam terkedu dan tak mampu nak cakap apa2.

ya Allah, aku pasrah aku redha, dia bukan jodoh ku, hilangkan rasa sedih ini, sesungguhnya  Engkau Maha Mengetahui segala yang terkandung di langit dan di bumi, jodoh ku mahupun ajalku.

terima kasih ya Allah atas pinjaman yang sementara, jadikan hati ku ini ada rasa kasih untuk mereka yang berhak abah mak abang akak adik sahabat 2.

mumuwawayaya
1/6/2014


Saturday, May 31, 2014

sampaikan aku Ramadhan

Ramadhan tahun ini special cikit
1 Ramadhan : hari jumaat
8 Ramadhan : hari jumaat
15 Ramadhan : hari jumaat
22 Ramadhan : hari jumaat
29 Ramadhan : hari jumaat
Yang tidak banyak diketahui orang bahwa
Ramadhan
tahun ini akan kita tempuhi dengan 5 hari
jumaat, yang tidak
terulang kecuali setiap 20 tahun.
Ramadhan yang akan datang ini akan menjadi
Ramadhan
dengan waktu siang terpanjang selama 33 tahun
ke belakang.
Itu bermakna Ramadhan kali ini memberi
kesempatan bagi kita utk
memperoleh pahala lebih besar dalam 33 tahun.
Ya Allah sampaikanlah kami pada bulan
Ramadhan.
Allahumma aamiin..
allahumma balighna ramadhon..
Insya'Allah. Benda baik , kita share okey .

mumuwawayaya
31/5/2014

Thursday, April 24, 2014

reunion meletop!

setelah sekian lama,
lama tak jumpa,
rindu rasa hati,
ingin ku bertemu denganmu

bertemu mereka sahabat2 KJ!

ini KJ bkn yb KJ tapi KEJURUTERAAN..

sahabat semasa di sekolah menengah,
2 tahun berjuang (2006-2007) banyak yang kita tempuh,
kacau kelas orang, kelas paling bising padahal kelas paling sikit jumlah pelajarnya..
bising sampai cikgu disiplin menziarah kami setiap hari..
masa tu lah semua jadi semut..
rajinnya...isy isy isy isy..

dan perangai masing2 tak ubah,dengan cakap TERLABIK nya..
korang mesti tau cakap TERLABIK..
ala contoh macan ni.

AKU NAK MAKAN NASI jadi KA-AU NA-AK KAMAN SANI..

hehehe..macam tu la..aku pun tak fasih sangat macam mereka2 ni :


**topek-komeng-ageng**bonding 3 orang ni sangat terbaik, pergi mana2 mesti bertiga, melainkan keluar dgn awek masing2..hahaha..

disebabkan dah terlalu lama tak jumpa, kami decide untuk dinner kat MELETOP pulai :


last jumpa masa reunion raya round2 rumah cikgu, then sekarang masing2 cuti baru dapat jumpa..


**makan sampai kenyang, masak2 makan2, tak ada la steamboat sangat, banyak meng'grill' je..**


**ini baru starting, my port tapi masak2 geng makan, mereka dah kenyang, baru aku melantak..**


**si gadis manis bertudung tu dayah, aku kagum dengan cara kau bawak kereta, sebab apa? sebab kau bawa manual kot..tercabar rasanya, terima kasih bagi aku menumpang secarta percuma..**

sangat puas hati makan kat MELETOP ni, satu kepala 10 ke 12 ringgit tak silap aku, makan sampai tak boleh nak makan, bukan steamboat atau grill saja, ada juga pencuci mulut, buah2, ais krim, macam2 la ada..memang terbaik..


**owner Altis, aku perati je mamat ni, jealous kot, keja singapore samapi hitam legam berkilat da mukanya, yang penting masyuk~~dia ni single minggle, hahaha...yang sebelah tu bukan awek dia, yang itu sudah berpunya 2 orang anak..tapi kalau berjalan dengan anak, orang tak cakap dia bawa anak tapi bawa adik..huhuhu awet muda, badan pun still maintain..**


**yang ber'shawl ijo tahi lombu tu tak payah kenal la, tak penting..owner this blog je pun..hehehe, aku tetatp aku, aiseh**


**hahaha si topek ni cakap monopod kegilaan kaum hawa, tapi tengok tu perasan nak bermonopod jugak..actually, tu bukan monopod tapi senduk kuah tomyam..budak2 ni..hahaha**

harapan : moga ukhwah yang terjalin kekal hingga ke tua, masing2 sama2 rasa susah senang..ada masa kita kumpul2 lagi ea kawan2..rumah masing2 dekat2 je, tapi nak jumpa punya la susah, maklum la masing2 sudah berkerjaya dan ada komitmen masing2..moga berjaya duani akhirat semua hendaknya.. 

mumuwawaya
24/4/2014




Tuesday, August 28, 2012

cuba kau..obey you la geng!

seorang sahabat menegur..owh ye, kalau sahabat seorang ni yang tegur sumpah aku malu++ segan+++ blushing+++ tak terungkap malunya..tak kiralah sahabat itu perempuan atau lelaki, tegur menegur tu namanya sahabat..

masih terngiang lagi teguran sahabat2 ini..

cuba kau lembut sikit cakap tu..sakit telinga aku.. *suara aku memang nyaring, so kalau merdu tak la aku kat sini mungkin dah jadi artis!pergh!
cuba kau jangan garang sangat..orang nak tegur kau pun takut, aku yang kena jadi orang tengah.. *hahaha..kesian orang yang takut aku tu, tak kenal aku lagi dah takut, junior relax je..siap peace yaw lagi jumpa aku..
cuba kau jangan letak handphone kat poket seluar belakang, nanti masuk lubang jamban lagi.. *err..okay! masuklubang jamban dapat la handphone baru.. macam berwang sangat kan?
cuba kau simpan duit dalam wallet, jangan sepah bag tu, macam anak sepuluh dah aku tengok.. *hee~dari sekolah aku dah gumpal2 duit macam ni la, baru nampak banyak..
cuba kau jangan cabut kelas, masa encik bagi take five.. *aku bukan cabut toe, aku cari air tenaga REDBULL lagi..jelly la tu, mata aku segar bugar..hahaha..
cuba kau jalan tu jangan macam kucing.. *hah! apakah? kau tak nampak beza manusia dengan kucing ke? sampai cara jalan aku pun tak kena..ada aku kisah!hahaha..
cuba kau pinjamkan otak kau kat aku sekejap, baru lah namapk tak kedekut ilmu.. *lahai yop boleh je aku bagi pinjam tapi kau kena benti merokok dulu la ea..sumpah busuk!wek!
cuba kau copkan aku tempat duduk akt sebelah kau, bolehla aku nak meniru! *boleh je yop, janji tak ada bau rokok, kalau kelas petang kau kena mandi dulu, sebab aku tak nak tengok aku menguap terlebih..berjangkit kau tau tak!
cuba kau tulis besar2 sikit, senang sikit aku nak usah tiem final!
cuba kau copkan temapat duduk kat depan kiri kanan atau belakang kau untuk aku..aku rasa tenang kot.. *tenang tersenyum dapat usha jawapan aku kan?
cuba mata kau tu jangan kuat sangat menjeling, suka sangat cari gaduh.. *aku tak cari gaduh beb, aku jeling sebab tak puas hati je..natural trademark..nak buat macam mana kan?

p/s : baiklah aku cuba, kalau teringat nak mencuba..hehehe..rindu meh sama kamu semua..ayayai!

yours heartbeat,
keeya mustafa

Tuesday, August 14, 2012

kasut misai kasut bertali

ingat lagi dulu masa sekolah trend kasut bertali bukan main lagi pop pop! jenama bergemerlapan kat sekolah antaranya converse, all star, all america, epallas, jazz star, bata dan sewaktu dengannya. aku antara yang terjebak dengan trend kasut bertali ni, start dari darjah3 sampai form4. tadika sampai darjah 2 aku setia dengan kasut strap berjenama spark!dan bila dah form5 aku dah rasa malas untuk mengikat kasut apatah lagi memberus menyental kasut sehingga putih bersinar, jadi aku telah berpaling ke zaman lampau untuk memiliki kasut yang diberi nama spark itu..

okay, di sini aku cuma nak kongsi cerita pasal kasut bertali, macambiasa yang pernah dilalui oleh mereka yang memakai kasut bertali ni, tali akan terurai, atau dengan kata yang lebih mudah difahami tali kasut akan terbuka dari ikatan yang kemas berbentuk reben. time tali kasut terbuka ni la aku malas nak betulkan ikatannya, maka dengan muka yang tidak bermaya aku meminta ihsan dan belas kasihan rakan aku untuk mengikat tali kasut aku..hohoho..nampak teruk sungguh kan..tapi kawan aku memang terbaik, tak membantah pun, buat je, owh ye sebelum tu jangan fikir macam2, aku tak ada bagi ubat guna2 atau telah memukau kawan aku untuk menurut perintah tanpa membantah tetapi keadaan aku masa ikatan kasit terbuka tu tidak mengizinkan aku untuk membetulkannya sendiri, sebab asal aku tengah makan mesti tali terbuka, jadi kawan aku yang baik hati ni tolong la aku..hehehe..sweet tak? macam kat gambar bawah ni..kadang aku tak perasan pun tali kasut terbuka, kawan aku yang tegur danbetulkannya untuk aku, untungkan aku? sampai sekarang kami jadi kawan baik..

disebalik keuntungan aku mempunyai kawan yang baik ini, ada yang menegur, kenapa keu biarkan dia suruh kau ikat kasut dia..dah macam hanba aku tengok..telinga aku tajam, spy aku banyak, ofcos sampai ke telinga bilaorang bercakap..ok fine, korang jelly kan.. so bila benda yang aku rasa bukan satu penghinaan terhadap kawan aku, tapi dipandang sendeng oleh orang lain, aku dah tak minta, dan tak bagi kawan aku betulkan tali kasut aku.. aku buat inisiatif baru untuk menyelesaikan masalah tali kasut ni. bial cukup termenung dan menanam benih untuk membuahkan idea, akhirnya aku ikat kasut longgar sedikit, tali terakhir berbentuk reben aku simpan ke dalam, jadi bila tanggalkan atau pakai semula kasut, aku tak perlu bersusah payah untuk membongkok dan menonggeng untuk memakainya, tinggal sarung dan boleh pakai sambil berjalan. selesai masalah! genius! dan style ini menjadi ikutan kawan serta junior, sehingga sekarang..jadi sangat berbangga sedikit aku tentang kejayaan ini, mungkin styleini telah merebak diseluruh daerah johor bahru, atau negeri johor, atau negeri yang berjiran dengan johor, atau Malaysia..#MYsygMALAYSIAku..

p/s : cakap pasal kasut ni, aku elergik dengan orang yang pakai kasut, lepas tu pijak bahagian belakang kasut, maksudnya tak sarung kasut dengan sempurna, nampak serabai! dan paling elergik sekali jalan menyeret, ibarat berat sungguh kaki bagai diletak batu bata diatasnya. sangat mengganggu ketenteraman awam..

yours sincerely,
keeya mustafa

Saturday, August 11, 2012

dari pujaan hati

assalamualaikum..al kisah tentang pujaan hati..kongsi cerita tentang tanda mata mereka buat diri ku..hahaha..mari2! jalan2 dalam ini cerita..

bermula dengan ayahanda dan bonda..

*hadiah jam tangan pemberian ibu tercinta sempena hari jadi ke 22 dan mangkuk bertulisan surah yasin pemberian abah..minum air yasin dalam mangkuk yasin, biar jadi orang..layankan aje..hee~


*ni nur hasrin a.k.a ain a.k.a kecik yang bagi..dia kesian tengok aku tak bercawan nak minum kena pinjam roomate masa kat umt dulu, dia ziarah aku kat umt, pas tu jalan 2 pkb, masa dia nak balik utem dia belikan aku ni..maceh! sebab alert dengan keadaan aku yang kekurangan ni..


*akak aku bagi sebab dia tahu yang adik dia sedang belajar untuk menjadi artist..maksud aku,aku sedang belajar art, belajar craft..so biladah profesional, akuakan jadi artist..artist bukan hanya pada pelakon atau penyanyi sahaja, tapi orang yang terlibat dalam art adalah artis juga..dengan berbekalkan benang dan jarum ni semangat la aku nak jadi macam Halta Dolmat! kihkihkih..


*sikat kecil ini sebenarnya untuk menyikat rambut barbie! tapi apa beza barbie dengan aku..hahaha..ofcos la barbie lagi cantek! sekarang sikat ni aku tak pakai da,aku letak dalam peti peringatan ni, ini pemberian dari fharaheen. dia ni kalau pergi dating tinggalkan aku sorang2 kat rumah sewa, nanti balik dia belikan aku roti red bean!kegemaran aku..nampak tak kawan ni pandai amik hati!


*ada juga yang alert yang aku ni tak pandai pakai wallet, semua sumbat je kat poket..bergumpal duit, nak keluarkan duit kne segumpal macam tu..maceh la cik kakal..sekarang sangat berguna wallet ni..dan tak ada gumpalan duit lagi :)


*minyak yuyi dari echa..masa berenang kat lata aku diserang nyamuk secara bertalu talu, jadi berbintat dikulit, dia syorkan yuyi ni..aku minta terus minyak ni, dan dia berikan dengan seikhlas hati..kihkihkih..
*ubat cocok hidung..ni mat alip bagi,masa aku demam dan diserang flu, akumintak tolong dia belikan soluble panadol dgn 100plus, tapi dia bagi extra ubat cocok hidung ni! huhu seriously aku tak reti pakai ubat ni, sedut terlebih perit kat otak..argh! sakit otak aku..hohoho..


*hahaha..abang aku belikan..nampak tak aku ni manja dalam famili..ramai ingat aku ni anak bongsu, padahal ada adik lagi sorang..hahaha..pape pun setelah berusia 22tahun ni, aku dah kurang menggelarkan diri aku sebagai ADIK, aku gantikan dengan SAYA! nampak formal dan sangat matang..toink..toink..walaupun asyik tergeliat je lidah ni, tapi sekurangnya aku cuba!chaiyok!


*nurin bagi masa lawatan kat perlis..dia beli 2, 1 untuk aku 1 untuk dia..sweety! rantai silver sponsor sendiri, azalinya rantainya warna hitam, aku tukar supaya namapak lebih sopan oleh gadis melayu..hohoho statement!chillax! maceh selalu belanja kita kfc sehingga berat kita naik mendadak keran dipaksa menemani anda 3hari seminggu untuk ke kfc..hohoho..rahsia bina badan!


*ni dari anak mami iaitu cik zana,,dia bagi semua member pompuan, sorang satu, member laki janan jelly oke! creative sangat anak mami sorang ni, handcraft handmade!


*cincin jed berwarna coklat itu! pemberian nurin masa kami berdua dating..aku yang teruja tengok batu jed ni, sangat la tertarik dengan gelang jed warna hijau, tapi last2 tak jadi beli sebab kalau aku beli mestilari bajet bulan tu, jadi akau tahan nafsu ni untuk memiliki gelang tersebut..huhu aku stres tau tak! benda minat tapi tak dapat! pape pun kembali kepada fitrah, bukan semua yang kita nak kita dpat miliki..akhirnya untuk mengubat duka lara, nurin belikan aku cincin jed ni, aku satu dia satu..see!so sweet! nurin kalau ada masalah senyum je, so dia memang gadis yang sweet! bukan macamaku gembeng! hahaha,.kenyataan!redha..
*cincin silver dari cinta hati siti nur syazwani, anak mami penang..dia bagi masa hari konvo aku, lebih berharga dari pingat dean!wani sahabat terbaik dikala susah dan senang, sangat memahami aku, pendengar yang baik, dan kalau aku marah dia, dia senyap je,pastu senyum..agak2 aku sanggup nak terus marah ke?kalau dia senyum, nanti aku baru sedar aku tengah marah dia, nanti aku malu sendiri dan mintak maaf terus..aku suka peluk dia!hahaha..kan dah rindu!


*ni dari budak skema, nurin namanye! dia beli masa lawatan kat negeri 9. kebetulan tarikh dah nak dekat dengan birthday aku ke 21..maceh la awak! ni namanya pengelap touch screen..orang lain pakai satu je,aku pakai dua2..hahaha..gila tamak!


*lembu ni aku dapat masa main tukar2 hadiah kat pantai bersama DPT CREW, lembu ni menjadi rebutan ramai kot, semua nak, time susun hadiah ni aku dah usha dah lembu ni, aku mesti dapat kau lembu, hahaha aku tak kira! setiap kali nombor dicabut, berdebar ni takut tak dapat, hah aku kalau apa aku minat takot tak dapat aku mula stres di jantung..akhirnya! aku dapat! serious takut tak dapat sebab aku orang terakhir yang cabut nombor..korang dapat rasa tak? aku kepingin sebab kau cute lembu, hijau mantol pulak tu, aku jaga elok punya, sekarang lembu ni aku ajar dia bergayut kat dalam wardrobe aku..owh ye, kene mention ke dari sapa? oke, dari cik kakal! kbai..


*khas dari duan awang chik, sebenarnya ni hadiah accident je, masa kat pantai melawi ada buat main tukar2 hadiah, si duan ni misunderstanding macam mana entah, dia beli lah hadiah terlebih2, dia bagi la aku hadiah terlebih ni..hahaha, maceh la ea..suka aku kawan dengan kau, sebab kalau kau mintak aku ajar kau, aku dapat makanan free! maceh burger ayam special! sekarang dah tak ada..sob sob..hah, tiba2 aku rindu burger abang mie kat depan poli tu..sodap nye thumb up!


*from sabahan! si alias riduan! al kisah cerita ni, masa last day DPTCREW buat makan2 kat pantai melawi, aku ni tengah feeling sob sob sebab nak berpisah dengan dorang, alias dengan spontan amik senduk ais kat tepi pantai dan tulis nama dia,bagi kat aku.. see so sweet! hahaha..pujian ikhlas dari aku untuk kau alias, aku suka tengok kau senyum, sweet! hahaha,,statement ni akan buat kau cakap kat aku yang aku merepek kan..lagi sweet kot bila nanti ko pakai baju raya colour peach mantol, yang kau harus redha pakainya di pagi raya, kau punya style rambut pun ala korea kena sangat dengan peach mantol tu..serious weh sweet, pagi raya nanti amik gambar muka redha oke! peace yaw!
*alias aku letak barang kau dalam ni bersama barang yang lain..hehehe..baik punya report..



*ni hasil tangan icak! masa ni dia kata dia boring masa kelas math, aku pulak masa ni suka sangat sebab dapat highest mark utk ujian 1 math..so time tengah fokus teliti jawapan yang salah, si icak ni lukis dengan pantas dan bagi kat aku..surprise! hahaha,so sweet!


*yang ni pun dari icak! aku suka pakai rantai gelang cincin, so dia bagi la aku, tapi aku simpan je..cerita rantai ni macam lawak sikit, icak cakap ni rantai yang keluar dari telur..what telur???big question mark here! blur+++ ala telur tikam masuk 2kupang (20sen) pas tu keluar telur tu..ooo, tikam tong! hahaha senget cuba cakap terang sikit aku ni loading..hee~mana entah dia jumpa tong tikam kat kelantan ni..sebab tu aku tak pakai rantai tikam kot..isy2..


*long sleeve tee from khairunnisa a.k.a icak! baju ni icak bagi aku masa aku sem 2, katanya dah tak muat, so ni kira bundle la, aku tak kisah bundle ke apa, janji bersih, nampak cute tee ni sebab ada word SUNSHINE kat bahagian depan, terasa macam aku sunshine la kan! ahahaha, tak pe kot nak perasan sikit..comel!bhahaha..


*from nik aisyah ameera a.k.a echa myra, actly from her mom (umi), hehe..suka umi dia, layan aku macam anak sendiri, naik segan + malu, bila umi bersungguh nak belikan baju, so aku cuci la mata mencari yg berkenan, baju ni mula2 aku pegang je, sbb nmpk smart, tiba2 terus umi suruh try, sblm try aku tgk hrga dulu..dan...you guess what?how much?RM99.99, brand jeep oke!..sgt la mahal, menggigil tangan den, dalam aku nak letak balik tu, umi perasan dan terus tanya, hah kenapa tak try? mahal la umi..dengan selambanya,umi pun cakap yang dia ada duit dan bekerja, apalah sangat..seriously, aku segan dengan echa, agak2 dia ni pernah merasa tak baju yang mahal2 ni..ecah pun bagi isyarat mata suruh layankan aje..aku ada juga tanay echa, umi ada belikan untuk dia baju harga macamni tak..echa cakap ada,so kurang la malu aku..seriously, blushing! pape pun thanks umi and echa..panjang umur kita sampai kuantan lagi..

p/s : terima kasih kepada semua yang menyanyangi diri ini..kihkihkih..kalian sentiasa di dalam hati..oke tolong jangan buat muka senget2 macam tu..hee~oke..peace yaw!

Thursday, August 2, 2012

al-kisah lagu raya

sudah 2minggu kita menjalani ibadah puasa, lagu2 raya sudah mula berkumandang di corong2 radio. aku sendiri punya koleksi lagu raya, dari zaman auntie ogy rashid sampailah zaman hujan band.

banyak2 lagu raya yang paling aku suka SATU HARI DI HARI RAYA BY M NASIR
*sungguh liriknya menyentuh hingga ke kalbu. lagu yang mengingatkan kita pada Maha Pencipta dan pada ayah dan bonda.

pagi2 tadi dah ada lagu ni kat radio era. tau je yang aku nak request. sorang2 pulak tu, feeling sob story la. walaupun sekarang duduk dengan mak dan abah tapi still rasa sedih. actually aku takut dan tak boleh bayangkan kalau mereka tiada di sisi. masa sem3, aku dapat khabar mak abah sakit je terus meraung nak balik, tapi mak abah cakap dorang ok. akak call samapai aku tak boleh nak bercakap langsung, paen la yang tolong pinjamkan bahu dia. terima kasih kawan!

al-kisah lagu raya, masa sem1, aku ingat lagi, kawan aku ni pergi gatal buka lagu raya masa 1st ramadan, amik kau! aku dgn si icak ni nangis tak ingat! last2 paen yang berjiwa kental tu tutup. sambil teresak aku pun salahkan icak, kenapa kau buka lagu raya kan aku dah rindu mak abah aku. terus aku ambil phone dan call kedua-dua pengarang jantung aku.

p/s : raya2 jugak, ibadat dalam bulan ramadhan ni kena lebih diutamakan. stabilkan urusan dunia dan akhirat. korang dah bayar zakat? bayar taw! ingat! untuk johor RM8.50 je.. apalah sangat.. beli macam2 boleh kan? kenny rogers lagi mahal daripada zakat, itu menunjukkan anda mampu untuk membayar zakat. salam ukhwah!


yours faithfully,
keeya mustafa

Sunday, June 17, 2012

daripada KAMI MM FAMILY!


UNTUK MAK&ABAH! THANKS FOR EVERYTHING!

LAGU UNTUKMU! 1234 by ARIS ARIWATAN...

KAMI  MAK&ABAH !!!


yours faithfully,
keeya mustafa

Wednesday, May 16, 2012

the great TEACHER ever :) PN HARYATI WAHID



PN HARYATI BINTI ABDUL WAHID

YOU'RE THE BEST TEACHER EVER

HAPPY MOTHER'S DAY
HAPPY TEACHER'S DAY
HAPPY BIRTHDAY

HARI GURU DAN HARI LAHIR DISAMBUT PADA HARI YANG SAMA..SEMOGA CIKGU DIRAHMATI DUNIAA DAN AKHIRAT :)

CIKGU SEORANG YANG TEGAS,,WALAUPUN CIKGU GARANG TAPI SAYA TAHU CARA NAK BAGI CIKGU COOL DOWN.. SENANG JE,,SENYUM MELERET DAN MELEBAR HARUS DIBERIKAN,, NANTI CIKGU SENYUM,, SUARA YANG GARANG TU AKAN JADI LEMBUT..wee~
SAYA JE YANG DAPAT DETECT CIKGU MACAM NI..JADI SAYA TAK TAKUT PUN BILA CIKGU MARAH..hee~

PAGI TADI HUJAN, KALAU TAK DAH SAMPAI SAYA KAT SEKOLAH .. CUACA TAK MENGIZINKAN.. RINDU SANGAT KAT CIKGU :)TERIMA KASIH KERANA JADI PENGUAT SEMANGAT SAYA :)

yours sincerely,
muwaqiah mustafa

my wonderful!!! :) CIK FANA ;)

hye Cik Fana,
Ni je yg termampu,,
hadiah dari jauh..
dari selatan malaysia..
dari Wilayah Kota Iskandar..hahaha bangga kejap :)

Lollipop bertanya kepada coklat,
"Kita ni sungguh manis kan?"
Coklat jawab
"Awak ingat kita dah cukup manis ke?
Awak tengok siapa yang tengah baca ni,
laaaaagi manis.
Tengok dia senyum. Manisnya.....:-) "
NAMPAKNYA CIK DAH TERBAYANG COKLAT! HAHAHA,, TAU DAH...TAU DAH... JGN NK COVER OK!

MAAF, SAYA TERCURI GAMBAR LAGI! hee~ peace!
Happy Teacher's Day! :-P
CIK NUR FARHANA HAZWANEE BT SULAIMAN (nama kena eja betul2, kalau salah kena potong markah) hee~

sempena hari guru ni saya nak dedikasikan lagu ni utk cik fana (hoho skema sungguh!)
videonya saya bagi kat tmpt lain..secret! hahaha secret la sgt..
Ku Ada Kamu

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

oke relax2,, cik jgn nangis dulu,, saya tau cik terharu..kn?hehe..
suka tak? hooyeah! budak ni cute kan mcm saya..hahaha..nanti bila suara saya ni dah merdu saya nyanyikan untuk cik oke..LIVE!

pape pon SELAMAT HARI GURU YG KE BERAPA TAHUN NI..:)

yours sincerely,
muwaqiah mustafa

Tuesday, March 20, 2012

RINDU YANG TAK TERCAPAI DEK AKAL KU!


♥..Seandainya engkau bertemu seorang kawan
yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan,
mendahulukan atas nama kebajikan,
menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran,
menegur kelemahanmu atas nama kebaikan,
memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan,
ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan
tetapi seorang saudara
dan sahabat sejati yang sukar di cari..♥♥

♥..Sahabat Sejati Adalah Mereka Yang Sanggup Berada Disisimu Ketika Kamu Memerlukan Sokongan Walaupun Saat Itu Mereka Sepatutnya Berada Di Tempat Lain Yang Lebih Menyeronokkan..♥♥

DI SINI KITA BERTEMU, DI SINI KITA BERPISAH,
SETELAH HAMPIR SETAHUN BERPISAH,
KITA BERTEMU KEMBALI UNTUK MERAIKAN KEJAYAAN BERSAMA,
MERAIKAN KEJAYAAN SETELAH BERJUANG SELAMA 3TAHUN,
DAN SETELAH BERTEMU,
KU TAK MAHU BERPISAH KERANA TIDAK MAHU MENITISKAN AIR MATA PERPISAHAN LAGI...
yours sincerely,
keeya mustafa

Monday, March 5, 2012

sorry!! sorry!! pada yg comel!! dan encem!!

hye darl!!
lama dah tak update blog ni,,

JADI???



Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.



p/s : Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.

yours sincerely,
keeya mustafa

Wednesday, February 22, 2012

RINDU CIKGU! :) PINJAM BAHU :(


PN HARYATI BINTI ABDUL WAHID (cikgu LUKISAN KEJURUTERAAN)

SAYA RINDU CIKGU!!!
HARI TU DAPAT BORAK SEKEJAP JE.. :(
huhuhu..
RINDU NAK DENGAR NAK TENGOK CIKGU MARAH-MARAH..hehehe..
TAPI SENANG JE NAK COOL KAN CIKGU..

SAYA SENYUMCIKGU MESTI TERSENYUM JUGA..
DAN MARAH-MARAH SAMBIL TERSENYUM,,
LAST2 KITA TERGELAK SAMA-SAMA..
hahaha..

BILA SAYA TANYA CIKGU KENAPA CIKGU GELAK?
CIKGU CAKAP "AWAK NI TAK TAKUT ER SAYA MARAH?"

SAYA SENYUM2 SIPUT JE CIKGU..
CIKGU MARAH KE? KAN CIKGU MENGAJAR NI..SAYA TENGAH FOKUS DALAM IMAN TAW..
hehehe..

p/s : okay cikgu..saya sangat rindukan cikgu..
dan cikgu sangat excited bila saya datang sekolah melawat cikgu..
ada kelapangan saya datang lagi,,banyak benda nak kongsi dengan cikgu..
nak tumpang bahu cikgu,,nak nangis banyak2 boleh tak?
huhuhu..mungkin saya tak kuat buat masa ni,,dan cikgu boleh bagi saya kaunseling macam biasa,,yang selalu saya masuk telinga kanan keluar telinga kiri..

yours sincerely,
keeya mustafa

Saturday, February 4, 2012

khas untuk kamu SEMUA!!!


Jangan berjalan di depanku, aku mungkin tidak akan mengikutimu..
Dan jangan berjalan di belakangku, aku mungkin tidak layak diikuti..
Akan tetapi berjalanlah disisiku dan jadilah sahabatku..
InsyaAllah aku akan sentiasa menemanimu di waktu susah dan senangmu...

wow awesome!